Zahid guna PAU untuk kelangsungan kuasa politik

March 28, 2021 · Politik

Masa semakin menghimpit Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang kini sedang keluar masuk mahkamah kerana sekiranya disabit hukuman atas kesalahan yang dilakukannya beliau akan hilang jawatan Presiden UMNO serta-merta.

Dibawah Akta Pertubuhan 1966 menyatakan sekiranya seseorang individu akan hilang kelayakan memegang apa-apa jawatan dalam mana-mana pertubuhan jika disabitkan kesalahan dibawah mana-mana undang-undang serta dihukum denda tidak kurang dua ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak kurang daripada satu tahun.

Berdasarkan fakta ini, Zahid yang sedang dibicarakan di mahkamah pada bila-bila masa sahaja boleh dipecat daripada jawatan Presiden parti dan juga tidak boleh bertanding pada masa hadapan selagi hukuman itu tidak terbatal.

Atas faktor ini, Zahid perlu menggunakan ruang yang ada untuk menyelamatkan karier politiknya dan setiap pilihan jalan selamat yang ada perlu dipertimbangkan.

Jadi tidak menghairankan kesanggupan beliau mengutus surat ke Istana Negara semata-mata bagi menyokong Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menjadi calon Perdana Menteri.

Lebih ketara lagi apabila Zahid juga beberapa kali meminta penangguhan prosiding kes rasuah dihadapinya dengan alasan-alasan yang mengundang kritikan orang awam.

Tidak lupa insiden memalukan apabila kenyataan media yang dikeluarkan oleh Anwar juga sama dengan kenyataan Pengerusi Barisan Nasional (BN), seakan meniru secara bulat-bulat.

Bekas Setiausaha Agung BN, Tan Sri Annuar Musa juga mengkritik UMNO yang meniru kenyataan Anwar tersebut dan mendakwa UMNO kini dikuasai oleh pembangkang.

Keterdesakan Zahid ini menunjukkan beliau sedar sudah tidak ada masa lagi untuknya menangguhkan rancangan untuk menyelamatkan diri melainkan dengan meneruskan untuk duduk semeja dengan Anwar.

Bagaimanapun, pengaruh Zahid dalam UMNO juga semakin berkurangan dan tidak kurang juga ada yang sudah menjauhkan diri dengannya kerana mereka juga sedang menghitung nasib sekiranya Zahid disabit hukuman.

Pengalaman daripada kes perbicaraan bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Razak yang sudah disabit hukuman juga pasti mengerikan Zahid yang berkemungkinan menerima nasib sama.

Perhimpunan Agung UMNO 2020 (PAU) kali ini adalah jalan terakhir yang Zahid ada, memperalat dan memanipulasi ahli akar umbi untuk terus menyokongnya dalam menghadapi saat sukar dalam karier politiknya.

Gantung dan pecat menjadi senjata terakhir untuk menakut-nakutkan pemimpin UMNO yang lantang supaya berdiam diri bagi memastikan hasrat untuk melepaskan diri daripada hukuman menjadi kenyataan.

Jika ahli UMNO masih tidak sedar mereka sedang diperalat pimpinan atasa parti, ia suatu yang malang dan tidak mustahil parti yang suatu masa dahulu menjadi sanjungan orang Melayu ini akan hilang nilainya.

Kesetiaan membabi buta tidak akan dapat menyelamatkan UMNO dan karamnya parti ini apabila tidak ada lagi semak dan imbang dalam parti jika pengkritik diugut dengan pemecatan serta penggantungan.

Untuk rekod, Zahid berdepan pertuduhan dengan 12 daripadanya membabitkan pecah amanah, lapan rasuah dan 27 pengubahan wang haram, membabitkan puluhan juta ringgit dana milik Yayasan Akalbudi.

Berita berkaitan
Bersatu bidas kerajaan campuran tekan musuh politik, siasatan SPRM kerana fitnah
1 jam lalu· Politik
Beku akaun Bersatu, sabotaj terhadap PN sebelum PRN sudah bermula?
4 jam lalu· Politik
Untung jadi anak papa, Wan Saiful tanya siapa lagi dilantik secara diam-diam?
January 31, 2023· Politik
Pucuk pimpinan sedia ada tak mahu berubah jadikan UMNO lebih baik: Khairy
January 31, 2023· Politik
Popular
Beku akaun Bersatu, sabotaj terhadap PN sebelum PRN sudah bermula?
February 1, 2023
Tiada UMNO pun nasib agama, bangsa Melayu tetap dibela
February 1, 2023
Azmin MB jika PN menang PRN Selangor?
February 1, 2023
Betulkah dalam akaun Bersatu ada sehingga RM4 bilion? Lihat penyata
February 1, 2023
Lagi Politik terkini
MP PKR mahu Anwar perbetulkan kesilapan, pertikai lantikan anak
2 jam lalu · Politik
Dalam wawancara media antarabangsa, Anwar disoal berhubung isu kes rasuah Zahid
4 jam lalu · Politik
Betulkah dalam akaun Bersatu ada sehingga RM4 bilion? Lihat penyata
5 jam lalu · Politik
Anak beranak jaga perbendaharaan, Malaysia bukan milik Anwar sahaja
5 jam lalu · Politik
MB Kedah kata pelik bila PM lantik anak jadi penasihat kanan negara
6 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Kerajaan negeri perlu tegas, bukan takut dengan pembela peneroka haram
30 minit lalu
[VIDEO] Anwar dalam diam ‘sedekah’ jawatan pada anak sendiri
15 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok