Zahid akan ikut cikgunya main isu derhaka bagi mempengaruhi MT UMNO

August 3, 2021 · Politik

Jika sebelum ini alasan pembatalan Darurat digunakan untuk memberi tekanan kepada kerajaan Perikatan Nasional (PN), dijangka Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi akan mengikut nasihat cikgunya, Datuk Seri Anwar Ibrahim memainkan isu derhaka bagi mempengaruhi Majlis Tertinggi (MT) petang ini.

Mesyuarat tergempar yang dipanggil petang ini dijangka panas selepas Zahid difahamkan tidak berpuas hati dengan tindak tanduk Ahli-Ahli Parlimen (MP) UMNO dan Barisan Nasional (BN) semasa sidang Dewan Rakyat baru-baru ini.

Antara perkara yang tidak menyenangkan Zahid adalah berkaitan isu surat sokongan MP BN yang ditandatangani Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada Khamis, ia antara topik panas yang akan dibincangkan petang nanti.

Berbeza Mesyuarat MT pada 8 Julai lalu yang membuat ketetapan mendesak Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berundur selepas tidak menuruti kehendak UMNO untuk membatalkan Darurat dan mengadakan sidang Parlimen dengan segera, mesyuarat hari ini akan menumpukan kepada isu derhaka yang juga dimainkan oleh Anwar dan blok pembangkang.

Zahid tidak dapat lari daripada mengikut rentak permainan politik Anwar kerana itu adalah talian hayat terakhir untuk menyelamatkan karier politiknya.

Sumber dalaman memberitahu mesyuarat MT akan membuat ketetapan yang lebih keras dan tegas tidak seperti 8 Julai lalu, mendesak Menteri dan Timbalan Menteri UMNO serta pemimpin yang memegang jawatan dalam syarikat berkaitan kerajaan (GLC) meletak jawatan.

Semasa mesyuarat 8 Julai sebelum ini, intipati perbincangan dikalangan ahli-ahli MT banyak berkisar isu masa yang sesuai untuk menarik sokongan terhadap kerajaan PN.

Kali ini Zahid sudah mempunyai alasan yang kukuh dengan menggunakan isu derhaka sebagai hujah untuk menarik keluar semua pemimpin UMNO daripada kerajaan.

“Kali ini Zahid akan memuktamadkan keputusan yang dibuat pada 8 Julai lalu, mencari masa yang sesuai untuk keluar daripada kerajaan PN,” kata sumber dalam UMNO kepada Agenda Daily.

Untuk rekod, Mesyuarat MT sebelum ini hanya membuat pendirian mendesak Muhyiddin meletak jawatan dan bukannya mendesak Menteri dan Timbalan Menteri UMNO meletak jawatan mereka.

Bagaimanapun, Muhyiddin tidak menghiraukan ugutan Zahid tersebut, malah Menteri dan Timbalan Menteri UMNO masih setia kekal berada dalam Kabinet kerajaan PN.

Lebih mengecewakan Zahid yang tidak dapat hadir semasa sidang Dewan Rakyat baru-baru ini kerana positif Covid-19 ialah berhubung keputusan 40 MP BN yang mengeluarkan surat menyokong kerajaan PN, ia termasuk Datuk Seri Najib Razak yang turut menandatangani persetujuan untuk menyokong kerajaan sedia ada.

Nyata, MP UMNO dan BN tidak selari dengan Zahid, malahan perbezaan tersebut memperlihatkan pertembungan yang jelas antara MT UMNO dengan MP UMNO dan BN yang tidak boleh dielakkan lagi.

Masa tidak lagi memihak kepada Zahid dan langkah drastik terpaksa diambil kali ini, ia sama ada mengarahkan Menteri dan Timbalan Menteri UMNO meletak jawatan dengan segera atau pun mendesak mereka menyokong usul tidak percaya pada sidang Dewan Rakyat yang akan berlangsung September nanti.

Mesyuarat petang ini bukan sahaja panas tetapi akan menjadi penentu hala tuju UMNO dan ia berkemungkinan akan menambah perpecahan dalaman yang lebih parah lagi sekiranya Zahid masih kekal mengikut nasihat cikgunya, Anwar yang sudah geli-geli mahu menjadi Perdana Menteri yang baharu.

Berita berkaitan
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024· Politik
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024· Politik
UMNO kekal pendirian beri laluan kepada calon DAP, kata Mat Hasan
April 22, 2024· Politik
Tengku Zafrul mohon kebenaran betulkan fakta Zahid dalam kes pengampunan Najib
April 22, 2024· Politik
Popular
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024
Bayangkan penyokong tegar DAP akan undi UMNO, kata Wan Saiful
March 1, 2023
Takut jawab di Parlimen isu PMX ke Arab Saudi, buat kenyataan media
March 28, 2023
UMNO kekal pendirian beri laluan kepada calon DAP, kata Mat Hasan
April 22, 2024
Lagi Politik terkini
Kor Ming mahu UMNO bantu habis-habisan calon DAP di Kuala Kubu Bharu
April 22, 2024 · Politik
Azmin dakwa rumah terbuka Aidilfitri Bersatu disekat kerajaan Selangor
April 18, 2024 · Politik
Terdapat ‘kesilapan fakta’ dalam afidavit Zahid, kata Tengku Zafrul
April 18, 2024 · Politik
Pengapungan harga petrol dijangka beri tekanan kepada rakyat, kata Bersatu
April 18, 2024 · Politik
Tengku Zafrul letak jawatan bendahari UMNO Selangor, tak sehaluan
April 1, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok