Zahid akan bawa BN bekerjasama dengan PH untuk bebas tuduhan

November 3, 2022 · Politik

Tan Sri Muhyiddin Yassin berpendapat Barisan Nasional (BN) yang diketuai UMNO mungkin bekerjasama dengan Pakatan Harapan (PH) sekiranya jumlah kerusi Parlimen kedua-dua parti itu selepas Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) ini, mencukupi untuk membentuk Kerajaan Pusat.

Pengerusi Perikatan Nasional (PN) itu berkata orang ramai mungkin menganggap cerita ini adalah dongengan, tapi beliau berfikir kemungkinan besar kerjasama BN dan PH ini boleh berlaku kerana Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mahu menyelamatkan dirinya daripada mahkamah.

“Zahid akan bersubahat bersama (Datuk Seri) Anwar Ibrahim. Yang turut disertai DAP iaitu yang sudah diketahui bahawa sebuah parti yang cukup ekstrem. Tidak menghormati Islam dan perbuatan melanggar hak keistimewaan orang Melayu.

“Kenapa ia boleh berlaku? Kerana Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berhadapan dengan banyak tuduhan di mahkamah… 87 pertuduhan, bukan satu atau dua,” katanya berucap pada program Jelajah Prihatin Perikatan Nasional Sungai Besar, di Dataran Desa Permai, Parit 8 Gambut, Sungai Panjang, Selangor malam ini (3 November 2022).

Presiden Bersatu itu berkata Zahid sanggup untuk bersekongkol dengan Anwar dan juga DAP jika jumlah itu membolehkan mereka membentuk Kerajaan Persekutuan.

“Anwar jadi Perdana Menteri, Zahid jadi Timbalan Perdana Menteri… dan dia akan berusaha untuk membebaskan dirinya daripada pertuduhan di mahkamah. Itu adalah bentuk jajaran baru untuk boleh berkuasa supaya dengan kuasa itu dapat membebaskan diri mereka daripada segala bentuk pertuduhan,” katanya lagi.

Mengulas lanjut, Muhyiddin yang juga Presiden Bersatu berkata daripada 87 pertuduhan yang dihadapinya, Zahid mungkin sudah terbayang bahawa beliau bakal mengikut Datuk Seri Najib Razak.

Beliau berkata kini tersebar pula surat dalam media sosial berkaitan akujanji atau baiah calon BN yang akan menyokong Zahid menjadi Perdana Menteri, selain membebaskannya daripada tuduhan di mahkamah.

Sehubungan itu, Muhyiddin mengingatkan bahawa pilihan raya ini bukan bertujuan untuk peribadi, sebaliknya adalah soal negara dan rakyat diberi ruang untuk memilih sebuah kerajaan yang baik dan bersih.

“Sebab itu pilihan raya ini ialah untuk menyelamatkan negara kita. Nak memastikan supaya negara kita ini jangan menjadi sebuah negara yang sudah begitu rosak dan tak boleh dibetulkan lagi, dah jatuh dalam satu gaung yang cukup dalam yang tak boleh diselamatkan lagi.

‚ÄúPilihan raya adalah satu proses demokrasi untuk bentuk kerajaan. Bukan perkara mudah, bukan digunakan untuk lindungi seorang individu. Ini bukan soal Zahid Hamidi, ini tentang kita, rakyat. Itu sewajarnya diutamakan. BN-UMNO utamakan diri mereka. Ini tidak wajar,” katanya lagi.

Oleh itu, Muhyiddin berkata Perikatan Nasional akan terus memperjuangkan nasib rakyat, masalah kehidupan yang dialami setelah pandemik Covid-19 melanda negara.

Untuk tujuan itu, katanya pengundi pada 19 November depan perlu membantu mengembalikan semula Kerajaan Perikatan Nasional, supaya segala rancangan untuk rakyat dan negara dapat diteruskan.

Kerajaan Perikatan Nasional yang mentadbir Malaysia sebelum ini telah merancang pelbagai usaha, termasuk soal ekonomi, pendapatan, pekerjaan, pendidikan dan sosial, untuk membantu rakyat, tetapi terhalang akibat tindakan UMNO pimpinan Zahid mengkhianati sokongan.

“Kita mahu melihat Perikatan Nasional menang besar dan dapat membentuk Kerajaan Pusat. Untuk tujuan itu, pengundi sendiri perlu memainkan peranan memilih Perikatan Nasional pada 19 November ini,” katanya.

Malaysia Memilih
Semak keputusan PRU15
Berita berkaitan
Perkahwinan politik PH-BN, UMNO mendapat laba besar dan DAP perlu akur
44 minit lalu· Politik
Tanda rakyat tolak penipuan kerajaan campuran PH-BN, kata Muhyiddin
1 jam lalu· Politik
Mesej jelas rakyat tolak kerajaan campuran dan Kabinet kleptokrat: Azman
1 jam lalu· Politik
Perikatan Nasional rampas kubu kuat PH di Padang Serai, peroleh 16 ribu lebih majoriti
12 jam lalu· Politik
Popular
Keputusan PRU Parlimen Padang Serai, DUN Tioman penentu landskap politik negara
December 7, 2022
Perikatan Nasional rampas kubu kuat PH di Padang Serai, peroleh 16 ribu lebih majoriti
December 7, 2022
Walaupun bergabung dengan PH, calon BN menang dengan majoriti tipis
December 7, 2022
Kalau nak korek… korek semualah, kata Shahidan pada Anwar
December 7, 2022
Lagi Politik terkini
MIC tolak kerusi timbalan menteri ditawar Anwar
12 jam lalu · Politik
Walaupun bergabung dengan PH, calon BN menang dengan majoriti tipis
13 jam lalu · Politik
Kalau nak korek… korek semualah, kata Shahidan pada Anwar
16 jam lalu · Politik
Dana judi: Anwar cuba bina persepsi negatif terhadap Perikatan Nasional
18 jam lalu · Politik
Hairan macam mana Anwar boleh lantik orang ada kes mahkamah: Dr Mahathir
18 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Satu lagi laporan polis dakwa Anwar ligat fitnah Perikatan
19 jam lalu
[VIDEO] Laporan polis dakwa Anwar fitnah Perikatan dibiayai syarikat judi
December 7, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok