Zahid ajak bermaaf-maafan selepas klip audio tular

April 10, 2021 · Politik

Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi hari ini mengajak semua pihak bermaaf-maafan selepas dicabar banyak pihak supaya membuat laporan polis berhubung klip audio perbualan dengan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Presiden UMNO itu berkata tali silaturahim tidak boleh diputuskan semata-mata kerana perbezaan pendapat dan ideologi.

“Sedar atau tidak kita mungkin membuatkan orang lain berasa marah sekali gus memutuskan hubungan silaturahim yang sudah lama dibina.

“Jangan kerana perbezaan pendapat, ideologi dan buah fikiran kita mencaci sesama sendiri, memaki hamun, menuduh, memfitnah dan membuat perkara yang boleh merenggangkan hubungan,” katanya yang turut memetik hadis riwayat al-Bukhari mengenai al-Wasil.

Baru-baru ini, satu klip audio perbualan antara dua individu dengan suara mirip Zahid dan Anwar, yang didakwa berlaku selepas Perhimpunan Agung UMNO, tular di sosial media.

Zahid dan Anwar sehingga hari ini masih belum membuat laporan polis.

Bagaimanapun, kenyataan Zahid itu berbeza dengan keputusan Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2020 baru-baru ini yang bersetuju sebulat suara memutuskan hubungan kerjasama dengan Bersatu dan kerajaan Perikatan Nasional (PN) bagi menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) nanti.

Ketika PAU 2020 27 dan 28 Mac lalu, UMNO berapi-api mendesak supaya hubungan itu diputuskan segera, tanpa Zahid menasihatkan supaya tali silaturahim tidak diputuskan.

Malah, Zahid juga menggesa ahli UMNO yang dilantik menjadi menteri atau pengerusi syarikat berkaitan kerajaan (GLC) di bawah Kabinet Tan Sri Muhyiddin Yassin, meletak jawatan.

Bagaimanapun, Zahid dalam kenyataan hari ini berkata, sebagai umat Islam dan bangsa Melayu hubungan tidak boleh diputuskan kerana Islam melarang.

“Jangan sesekali putuskan hubungan kerana Islam mementingkan persaudaraan. Islam mengajar umatnya setiap kejahatan yang dilakukan terhadap seseorang Muslim tidak boleh dijadikan asbab terputusnya hubungan baik dan kebaikan.

“Dalam agama suci ini, silaturahim yang disyariatkan adalah saling mengasihi, memuliakan dan memberi maaf kepada orang yang berbuat zalim kepada kita,” katanya lagi.

Berita berkaitan
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024· Isu semasa
Tengku Zafrul letak jawatan bendahari UMNO Selangor, tak sehaluan
April 1, 2024· Politik
DAP Johor bidas tindakan Akmal, boleh jadi benih ekstremisme
April 1, 2024· Politik
Saman fitnah: Rayuan Jamal ditolak, perlu bayar RM300 ribu kepada Kok
March 27, 2024· Isu semasa
Popular
Terdapat ‘kesilapan fakta’ dalam afidavit Zahid, kata Tengku Zafrul
April 18, 2024
Azmin dakwa rumah terbuka Aidilfitri Bersatu disekat kerajaan Selangor
April 18, 2024
Rafizi balas kecaman Puad, ‘dia saja seorang bising’
March 27, 2024
Lagi Politik terkini
Azmin dakwa rumah terbuka Aidilfitri Bersatu disekat kerajaan Selangor
April 18, 2024 · Politik
Terdapat ‘kesilapan fakta’ dalam afidavit Zahid, kata Tengku Zafrul
April 18, 2024 · Politik
Pengapungan harga petrol dijangka beri tekanan kepada rakyat, kata Bersatu
April 18, 2024 · Politik
Anwar bantah permohonan ujian poligraf dibuat Yusoff Rawther: Laporan
March 30, 2024 · Politik
Rafizi balas kecaman Puad, ‘dia saja seorang bising’
March 27, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok