Zahid ada ‘telor’ atau tidak mengaku klip audio dengan Anwar?

April 10, 2021 · Politik

Perkataan ‘telor’ menjadi trending selepas cabaran anak Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dalam akaun Instagramnya kepada kumpulan Kluster Menteri supaya meletak jawatan.

Kiasan ‘ada telor’ dalam Bahasa Melayu membawa erti kejantanan seseorang dalam menegakkan sesuatu perkara, Datuk Nurulhidayah Zahid seakan mahu menampakkan dirinya berani apabila mengumumkan peletakan jawatan sebagai ahli Perbadanan SME Corp, agensi Kementerian Pembangunan Usahawan (Medac).

Ya, mungkin beliau nampak berani tapi itu pun selepas dua minggu berakhirnya Perhimpunan Agung UMNO 2020 (PAU) dan apabila bapanya Zahid diserang kiri kanan selepas tular klip audio perbualan dengan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Bapanya sebelum ini ada membuat cabaran kepada Menteri dan Timbalan Menteri UMNO semasa PAU untuk meletak jawatan, sebaliknya kumpulan tersebut berjumpa Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan menyatakan kesetiaan untuk meneruskan khidmat kepada rakyat dan negara.

Bayangkan jika mereka meletak jawatan, apa yang bakal jadi kepada UMNO? Sudah pastinya UMNO akan hilang maruah apabila terpaksa melutut pula kepada Anwar.

Mujur klip audio tersebut didedahkan, jika tidak mahu hidup-hidup ahli UMNO ditipu oleh Presiden yang cikgunya Anwar sedang merancang sesuatu pakatan sulit untuk menjatuhkan kerajaan Perikatan Nasional (PN).

Sekurang-kurangnya, Anwar sudah menunjukkan kejantanan apabila tampil mempertahankan dirinya berhubung klip audio tersebut walaupun secara tidak langsung.

Ketua Pembangkang itu membela klip audio perbualan tersebut ia bukan satu kesalahan jenayah jika terbukti ia tulen, bukan kah itu sudah menunjukkan keberanian dan mempunyai ‘telor’.

Bagaimanapun, lain cerita pula dengan Zahid yang masih mengunci mulutnya, malahan laporan polis sampai hari ini tidak dibuat oleh Presiden UMNO tersebut.

Situasi ini menimbulkan prasangka dan defisit keyakinan akar umbi terhadap Zahid, ramai juga tertanya sama ada bapa Nurulhidayah ini mempunyai ‘telor’. Kalau ada ‘telor’ sekurang-kurangnya tampil lah mempertahankan klip audio tersebut.

Agenda Daily memandang serius terhadap ungkapan ‘telor’ yang dimainkan oleh Nurulhidayah kerana ia mengundang rasa lucah dan seksis kerana ia melibatkan alat sulit kaum lelaki.

Tidak sepatutnya kenyataan seksis sedemikian dikeluarkan oleh seorang anak seorang calon perdana menteri.

Bagaimana pula kalau selepas ini sekiranya ada pihak mencabar adakah beliau mempunyai ‘biji’ untuk mencabar ayahnya meletak jawatan sebagai Presiden UMNO?

Jika Anwar boleh tampil membela klip audio tersebut, mengapa tidak Zahid? Sekurang-kurangnya buat lah laporan polis, tidak susah pun untuk menunjukkan bahawa Zahid juga mempunyai ‘telor’ seperti yang dikatakan oleh anaknya.

Untuk Nurulhidayah, serangkap pantun dihadiahkan sebagai tauladan:

Putus sudah tali temberang
Semasa belayar di sampan kotak
Jangan berlagak jaguh yang garang
Kepala sendiri nanti yang retak

Berita berkaitan
Pemuda UMNO kritik penubuhan Pasukan Khas Jihad diumum Ismail Sabri
18 minit lalu· Isu semasa
Kerajaan ambil tindakan ketirisan minyak masak ke negara jiran
42 minit lalu· Isu semasa
Pendedahan Tajuddin tak mengejutkan, ‘kluster mahkamah’ sanggup lakukan apa sahaja
6 jam lalu· Politik
PH hanya kritik Ismail Sabri tapi bukan desak PRU-15 awal, kata pemimpin
6 jam lalu· Politik
Popular
Tangguh pemilihan, UMNO kena tunggu keputusan RoS 16 Julai ini: Ismail Sabri
July 2, 2022
Pendedahan Tajuddin tak mengejutkan, ‘kluster mahkamah’ sanggup lakukan apa sahaja
July 3, 2022
Menjelang tamat MoU dengan Ismail Sabri, Anwar kata kerajaan ‘bangang’ pula
July 3, 2022
PH hanya kritik Ismail Sabri tapi bukan desak PRU-15 awal, kata pemimpin
July 3, 2022
Lagi Politik terkini
Selepas dibidas ‘bangang’, Noh bidas Anwar pula tak tahu cerita sebenar
July 3, 2022 · Politik
Parti Syed Saddiq intai peluang bertanding di Perak
46 minit lalu · Politik
Menjelang tamat MoU dengan Ismail Sabri, Anwar kata kerajaan ‘bangang’ pula
8 jam lalu · Politik
Tangguh pemilihan, UMNO kena tunggu keputusan RoS 16 Julai ini: Ismail Sabri
17 jam lalu · Politik
Isu Zuraida, Muhyiddin sudah berjumpa PM dan berbincang
23 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Tak serius, kerajaan ambil lewa isu harga barang, kata pemimpin Amanah
July 1, 2022
[FOTO] Himpunan bantahan kenaikan harga
July 1, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok