Zaharin yang dipecat ajak rakyat tolak UMNO, BN bawah ‘penyamun’

October 1, 2022 · Politik

Pengkritik kuat Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, Datuk Zaharin Mohd Yasin menyifatkan tindakan memecatnya daripada UMNO lebih kepada keputusan peribadi presiden parti itu dan konco-konconya dalam kluster mahkamah.

Malah, dia juga tidak akan patah semangat untuk mendedahkan kemungkaran politik Zahid yang dianggapnya sebagai “perompak, penyamun dan pencuri wang rakyat dan menerima rasuah jutaan ringgit untuk kepentingan peribadinya”.

Dalam kenyataan di Facebooknya hari ini, bekas Setiausaha UMNO Bahagian Bandar Tun Razak itu berkata dia tidak akan membuat rayuan berhubung keputusan itu, sebaliknya mengajak rakyat menolak UMNO dan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) akan datang.

Menurutnya dia tidak menerima sebarang surat tunjuk sebab dan juga dihadapkan ke Lembaga Disiplin parti, sebelum keputusan pemecatan dibuat malam tadi.

Katanya UMNO bahagian di Parlimen Bandar Tun Razak juga tidak pernah membuat keputusan dan aduan rasmi kepada pejabat setiausaha agung untuk dia diambil tindakan disiplin.

“Keputusan ini lebih merupakan keputusan tindakan peribadi Presiden dan kuncu2 Kluster Mahkamahya. Dan dikira sebagai keputusan ‘mee segera’.

“Apakah tujuan? Hendak menutup mulut dan mematikan tangan saya dari menulis kemungkaran politik oleh presiden yang menyamun dan merompak dan menerima rasuah jutaan ringgit untuk kepentingan peribadinya?

“Jawabnya tidak. Mulut dan tangan saya tidak akan terhenti kerana tersingkir sebagai ahli UMNO. Malah menaikkan semangat saya terus mengajak rakyat Malaysia berbilang kaum menolak BN/UMNO di bawah kepemimpian seorang perompak, penyamun dan pencuri wang rakyat.

“Saperti mana saya telah jelaskan… Dalam pemecatan saya pertama dan kedua saya tidak membuat rayuan atas pemecatan saya,” katanya lagi.

Terdahulu, mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) UMNO malam tadi (30 September 2022) membuat keputusan memecat Zaharin daripada parti itu berkuat kuasa serta-merta mengikut Fasal 10.6 dibaca bersama Fasal 5.9.

Tindakan itu yang diumumkan Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan, diambil selepas Zaharin didapati melanggar Etika Ahli UMNO di bawah Fasal 20.9 Perlembagaan UMNO

Zaharin pernah dipecat daripada UMNO pada 1996 ketika Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi pemangku presiden parti dan diterima balik pada 1998. Pemecatan kedua pada 2006 ketika UMNO diterajui Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi sebelum diterima semula pada 2009.

“Setelah 52 tahun menyokong UMNO. Sebagai orang ditanam perkaderan kiri, saya tahu dan sedar bahawa UMNO sebuah parti yang mempertahankan sistem kapitalis, dikuasai elit politik dan bangsawan, sistem yang selama ini saya pertahankan.

“Kini saya tidak menjadi ahli parti itu, maka saya tidak lagi berminat berjuang atas landasan kanan. Maka pilihan saya dalam mencari wadah perjuangan di masa depan jika mahu menyumbang perjuangan rakyat terbanyak, akan memilih parti yang berwadah kiri,” katanya.

Berita berkaitan
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024· Isu semasa
Tengku Zafrul letak jawatan bendahari UMNO Selangor, tak sehaluan
April 1, 2024· Politik
DAP Johor bidas tindakan Akmal, boleh jadi benih ekstremisme
April 1, 2024· Politik
Anwar bantah permohonan ujian poligraf dibuat Yusoff Rawther: Laporan
March 30, 2024· Politik
Popular
Kes Covid-19 tinggi tapi blok pembangkang masih desak buka Parlimen
May 27, 2021
Anak Bung Moktar dilantik bendahari Pemuda UMNO
March 24, 2023
Terdapat ‘kesilapan fakta’ dalam afidavit Zahid, kata Tengku Zafrul
April 18, 2024
Azmin dakwa rumah terbuka Aidilfitri Bersatu disekat kerajaan Selangor
April 18, 2024
Lagi Politik terkini
Azmin dakwa rumah terbuka Aidilfitri Bersatu disekat kerajaan Selangor
April 18, 2024 · Politik
Terdapat ‘kesilapan fakta’ dalam afidavit Zahid, kata Tengku Zafrul
April 18, 2024 · Politik
Pengapungan harga petrol dijangka beri tekanan kepada rakyat, kata Bersatu
April 18, 2024 · Politik
Rafizi balas kecaman Puad, ‘dia saja seorang bising’
March 27, 2024 · Politik
Selepas Zahid, Isa Samad juga dibebas daripada tuduhan rasuah RM3 juta
March 6, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok