Wujud gerakan ketua-ketua bahagian desak Zahid letak jawatan?

April 6, 2021 · Politik

Spekulasi bertiup kencang kini wujud gerakan sekumpulan ketua-ketua bahagian yang sedang merancang untuk mendesak Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi meletakan jawatannya.

Difahamkan gerakan tersebut disusun selepas Zahid dilihat tidak mengendahkan desakan supaya pemilihan parti tersebut disegerakan.

Sumber memberitahu gerakan ini hampir sama seperti sebelum ini dimana ketua-ketua cawangan juga pernah membuat gerakan sama ketika era pentadbiran Datuk Seri Najib Razak.

“Desakan-desakan seperti ini akan berterusan bagi memberi tekanan kepada Presiden… tidak diketahui siapa yang menggerakkan serangan sebegini tapi ini bukan kali pertama berlaku.

“Sebelum ini semasa melawan kerajaan Najib, pemimpin-pemimpin cawangan yang bergerak dibawah untuk membuat desakan supaya Najib meletak jawatan,” kata sumber.

Tidak pasti samaada gerakan ini mendapat sokongan daripada kumpulan yang digelar Kluster Menteri, bagaimanapun beberapa pemimpin di bahagian UMNO sudah membuka mulut secara terbuka mendesak Zahid meletak jawatannya.

Minggu lalu, Ketua Pemuda UMNO Bahagian Pontian, Mohd Helmi Buang menggesa Zahid mengundurkan diri sekiranya mahu menteri-menteri UMNO melepaskan jawatan dari kabinet.

Desakan kemudiaan disuarakan pula penasihat UMNO Selangor, Tan Sri Muhammad Muhd ‚Äč‚ÄčTaib yang mengatakan pemimpin yang didakwa di mahkamah perlu melepaskan jawatan.

Hari ini, seorang lagi pemimpin bahagian, Ketua UMNO Simpang Renggam, Zakaria Dullah pula membuat gesaan sama kerana mendakwa pimpinan sedia ada dilihat liabiliti kepada parti.

Jelas sumber, Zahid berkemungkinan tidak melayan gesaan supaya pemilihan parti diadakan dan ini menyebabkan kumpulan berpengaruh yang dipercayai tidak sebulu dengan Ahli Parlimen Bagan Datuk meneruskan serangan mendesak beliau pula meletak jawatan.

“Zahid dah kata tidak akan ada pemilihan parti tahun ini, apa cara sekali pun dia tidak akan mengadakan pemilihan parti,” ujarnya lagi.

Kumpulan ketua-ketua bahagian ini menurut sumber dibelakangi mereka yang mempunyai pengalaman dan pengaruh dalam UMNO, jika tidak masakan mereka berani secara terbuka untuk membuat kritikan secara terbuka terhadap Zahid.

Beberapa pimpinan UMNO termasuk bekas ketua pemuda, Khairy Jamaluddin Abu Bakar sebelum ini menggesa UMNO mengadakan pemilihan sebelum pilihan raya umum akan datang untuk menyelesaikan kemelut dalaman parti itu.

Pemilihan UMNO perlu diadakan setiap tiga tahun sekali dan mandat yang diberikan akan berakhir pada Jun ini.

Berita berkaitan
Tajuddin sokong Ismail Sabri jadi PM, beri amaran jangan main-main
23 minit lalu· Politik
Pemuda UMNO kritik penubuhan Pasukan Khas Jihad diumum Ismail Sabri
2 jam lalu· Isu semasa
Kerajaan ambil tindakan ketirisan minyak masak ke negara jiran
2 jam lalu· Isu semasa
Pendedahan Tajuddin tak mengejutkan, ‘kluster mahkamah’ sanggup lakukan apa sahaja
7 jam lalu· Politik
Popular
Tangguh pemilihan, UMNO kena tunggu keputusan RoS 16 Julai ini: Ismail Sabri
July 2, 2022
Menjelang tamat MoU dengan Ismail Sabri, Anwar kata kerajaan ‘bangang’ pula
July 3, 2022
PH hanya kritik Ismail Sabri tapi bukan desak PRU-15 awal, kata pemimpin
July 3, 2022
Pendedahan Tajuddin tak mengejutkan, ‘kluster mahkamah’ sanggup lakukan apa sahaja
July 3, 2022
Lagi Politik terkini
PH belum muktamadkan agihan kerusi pada PRU-15
10 minit lalu · Politik
Sedarlah diri Anwar tiada sokongan majoriti nak jadi PM: Annuar
14 minit lalu · Politik
Selepas dibidas ‘bangang’, Noh bidas Anwar pula tak tahu cerita sebenar
1 jam lalu · Politik
Parti Syed Saddiq intai peluang bertanding di Perak
2 jam lalu · Politik
PH hanya kritik Ismail Sabri tapi bukan desak PRU-15 awal, kata pemimpin
8 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Tak serius, kerajaan ambil lewa isu harga barang, kata pemimpin Amanah
July 1, 2022
[FOTO] Himpunan bantahan kenaikan harga
July 1, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok