Wayang politik: Pakatan PH-UMNO kerajaan atau pembangkang?

December 5, 2022 · Politik

Rakyat mahu melihat apakah perancangan kerajaan gabungan Pakatan Harapan (PH) dan UMNO untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi selepas Pilihan Raya Umum Ke-15, bukannya telinga mereka terus disumbat dengan wayang politik.

Yang peliknya, setelah menjadi kerajaan pun, PH masih tidak dapat membuang sikap mereka sebagai pembangkang apabila terus mengkritik parti lain yang tidak sehaluan dengan mereka, daripada menyusun strategi menangani masalah ekonomi rakyat dan negara.

Pada 2018 pun, ketika PH mula-mula mentadbir negara setelah menang PRU-14, sikap pemimpin PH yang baharu merasa duduk di kerusi menteri-menteri menimbulkan kehairanan rakyat apabila mereka masih bersikap seperti pembangkang.

Selama 22 bulan, menteri-menteri PH daripada PKR, DAP dan AMANAH lebih banyak bermain wayang politik daripada bertugas melaksanakan amanah demi rakyat.

Kini, dengan bantuan UMNO yang berpengalaman sebagai pentadbir sebelum ini, menteri-menteri baharu PKR, DAP, AMANAH dan parti lain bolehlah belajar daripada mereka bagaimana untuk menguruskan kementerian. Jangan belajar seleweng wang rakyat.

Mereka juga perlu ingat pesan Pengerusi Perikatan Nasional yang juga bekas Perdana Menteri kelapan, Tan Sri Muhyiddin Yassin, supaya berhenti bermain politik, sebaliknya mencari jalan menyelesaikan masalah rakyat dan negara.

“Cuma pesan saya kepada ahli-ahli politik PH dan UMNO, janganlah asyik menuding jari kepada orang lain dengan menuduh yang bukan-bukan semata-mata untuk menutup kelemahan kerajaan yang baharu berusia beberapa hari ini yang kelihatan masih belum ada idea bernas untuk menyelesaikan permasalahan rakyat,” kata Muhyiddin dalam satu kenyataan hari ini (5 Disember 2022).

Pesanan itu dibuat susulan kenyataan dan tuduhan daripada beberapa pemimpin serta menteri PH dan UMNO terhadap parti lawan, setelah kedua-duanya mengetepikan prinsip masing-masing untuk bekerjasama demi mencapai kuasa.

Daripada bijak bercakap mengenai rancangan itu ini ketika kempen pilihan raya lalu, kini menteri-menteri PH dan UMNO kelihatan seperti orang bodoh setelah mendapat kuasa dan duduk di kerusi menteri.

Misalnya, Timbalan Presiden PKR Rafizi Ramli, selepas dilantik sebagai Menteri Ekonomi, hanya bercakap mengenai ‘orang gemuk’, bukannya strategi ekonomi untuk membantu rakyat dan negara.

Rafizi sebelum ini memang terkenal bermain dengan politik persepsi, penggunaan bahasa, gaya percakapan dan lenggok badan, menyebabkan orang biasa yang melihat dan mendengarnya akan terpengaruh.

Namun, selepas menjadi menteri dia gagal untuk mengetengahkan strategi jangka pendek atau panjang untuk menyelamatkan ekonomi negara.

Terbaharu, Rafizi mengulas sebab Anwar menjadi Menteri Kewangan dan pembentukan kerajaan dengan UMNO/BN. Sebelum ini, dialah hero yang melalak “Jika ia berlaku, saya akan menjadi orang pertama yang bersuara, jika berlaku sebarang usaha rundingan dengan UMNO.”

Jadi, eloklah menteri-menteri kerajaan PH-UMNO ikut nasihat Presiden Bersatu:

“Awak dah jadi kerajaan, act like a government.

“Sudah-sudahlah bermain wayang politik kerana rakyat mahu lihat apa perancangan kerajaan untuk mereka.”

Berita berkaitan
Saman fitnah: Rayuan Jamal ditolak, perlu bayar RM300 ribu kepada Kok
March 27, 2024· Isu semasa
Dewan Rakyat: Usul gantung Wan Saiful ditarik balik
March 5, 2024· Politik
Sekarang rakyat cakap balik kepada Tambun, ‘Hang yang tak reti jaga negeri’
March 5, 2024· Politik
DAP semakin berani disebabkan UMNO hanya ‘penumpang’ dalam kerajaan
February 13, 2024· Politik
Popular
Rafizi balas kecaman Puad, ‘dia saja seorang bising’
March 27, 2024
DAP sahkan video tular lelaki kecam ‘parti serban’
August 11, 2023
Gesaan DAP supaya pilihan raya PBT diadakan di KL, pemimpin UMNO membisu
December 17, 2023
Nak bangun negara madani apa, lantik TPM ada kes mahkamah: Sanusi
January 24, 2023
Lagi Politik terkini
Rafizi balas kecaman Puad, ‘dia saja seorang bising’
March 27, 2024 · Politik
Selepas Zahid, Isa Samad juga dibebas daripada tuduhan rasuah RM3 juta
March 6, 2024 · Politik
Anwar patut jawab kejatuhan ringgit bukan orang lain, kata Ahli Parlimen
March 5, 2024 · Politik
NGO bidas kerajaan perkenal kod etika, dakwa cuba sekat media
February 21, 2024 · Politik
Isu RM750 juta, PAS minta PMX beri penjelasan jangan melulu buat tuduhan
January 10, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok