Warna baharu PN elak kekeliruan dengan BN, kata Tuan Ibrahim

July 12, 2022 · Politik

Cadangan Perikatan Nasional (PN) untuk menggunakan logo dan warna baharu pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) bertujuan mengelak kekeliruan penyokong PN dan Barisan Nasional (BN), kata Timbalan Presiden PAS Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man.

Beliau berkata perkara tersebut telah dibincangkan pimpinan tertinggi gabungan itu, selepas Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka dan Johor, apabila mendapati ada sebahagian penyokong mereka keliru antara warna PN dan BN.

“Disebabkan perkara itu, pimpinan PN akan mengkaji keperluan (menukar) warna yang berbeza dengan BN serta parti-parti lain untuk PRU akan datang,” katanya kepada pemberita pada Majlis Jamuan Rakyat Aidiladha Parlimen Kubang Kerian, di Pasir Tumboh di sini hari ini.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Kubang Kerian berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Pengerusi PN Tan Sri Muhyiddin Yassin mengenai cadangan PN untuk memperkenalkan logo baharu pada PRU15.

Katanya parti itu mengambil serius mengenai cadangan pengenalan logo dan warna baharu PN, namun keputusan tertakluk kepada kepimpinan parti nanti.

“PAS ini pengalaman banyak, dahulu kita juga pernah guna lambang BN, dulu kita ada pelbagai logo seperti lambang bulan dan bintang serta tangan, bagi ahli parti ia tiada masalah kerana sentiasa mendukung keputusan parti,” katanya. – Bernama

Berita berkaitan
Boleh tumbangkan UMNO di Pahang jika ada persefahaman penyokong PH-PAS
August 16, 2022· Politik
Isu pertemuan PN: Wan Saiful bidas Ismail Sabri buat penipuan dan tak beradab
August 15, 2022· Politik
Tak adil dakwa laporan LCS fitnah hanya kerana Pengerusi PAC dari DAP
August 15, 2022· Isu semasa
Keputusan parti Zuraida dan beberapa parti lain sertai BN dibuat esok
August 14, 2022· Politik
Popular
Asyraf kritik keputusan dalam kes Najib, boleh dituduh hina mahkamah
August 17, 2022
UMNO kecewa mahkamah tolak permohonan Najib, kata Zahid
August 17, 2022
Saya doakan Najib dan keluarga tabah, kata Hishammuddin
August 17, 2022
PRU-15: PAS, UMNO setuju elak pertembungan di 27 kerusi ‘muafakat’
August 17, 2022
Lagi Politik terkini
UMNO kecewa mahkamah tolak permohonan Najib, kata Zahid
12 jam lalu · Politik
Saya doakan Najib dan keluarga tabah, kata Hishammuddin
14 jam lalu · Politik
Asyraf kritik keputusan dalam kes Najib, boleh dituduh hina mahkamah
14 jam lalu · Politik
‘Mengarut Ismail Sabri desak pegawai awam pertahan kerajaan dia’
18 jam lalu · Politik
Zahid ajak akar umbi pertahan ‘Raja Media Sosial’ Najib
20 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Polisi baharu cegah kematian tahanan polis
August 15, 2022
[VIDEO] Himpunan kapal LCS mahu siasatan bukan penjelasan
August 15, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok