Warisan tolak khemah besar Tun M

June 5, 2022 · Politik

Presiden Parti Warisan (Warisan) Datuk Seri Mohd Shafie Apdal menolak idea pembentukan khemah besar seperti yang dicadangkan Pengerusi Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) Tun Dr Mahathir Mohamad.

Sambil menyatakan khemah besar bukan lagi penyelesaian terbaik pada masa ini, Ahli Parlimen Semporna itu berkata Malaysia sekarang ini memerlukan satu kepimpinan mahupun pemerintahan yang boleh meletakkan negara pada landasan sepatutnya.

Warisan, terutama Shafie sendiri sebelum ini kelihatan lebih rapat dan saling bekerjasama rapat dengan Pejuang dan Dr Mahathir.

“Saya dah nyatakan, kita tak ada nak khemah besar sebagai penyelesaian. Berapa banyak khemah sana, sini dan berapa khemah sudah saya masuk… saya sudah masuk khemah Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH), cukuplah.

“Nak buat khemah lain lagi, rumah kita pun khemah sudah dicabut. Kita sukar penuhi selera semua pihak dan sebab itu saya pastikan Warisan diperkuat dan diperkukuhkan,” katanya menurut laporan Utusan selepas mempengerusikan mesyuarat Ahli Majlis Tertinggi Warisan semalam.

Mengenai kenyataan Pakatan Harapan (PH) Sabah bahawa Warisan semakin menjauhkan diri, beliau berkata, mereka bebas memberi pandangan namun, beliau menyatakan tidak akan ada lagi PH Plus Warisan.

Namun, di pihak pembangkang jika ada isu berhubung dengan kepentingan negara dan Sabah mereka akan bersetuju.

Tetapi, pendirian Warisan cukup jelas bahawa mereka ingin perkuatkan ‘rumah’ terlebih dahulu sebelum sibuk melihat rumah orang lain.

Ahli Parlimen Semporna itu berkata, sudah sampai masanya untuk belajar daripada pengalaman lepas dan perbaiki kesilapan lampau.

Dalam pada itu, Mohd Shafie melahirkan kekecewaan dengan tindakan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS) yang menolak permohonan Warisan menangguhkan pemilihan parti pada tahun ini.

Menurut beliau, surat makluman mengenai penolakan permohonan diterima pada 26 Mei lalu namun, tidak dimaklumkan alasan permohonan itu ditolak.

Mengulas lanjut katanya, beliau sedia untuk bersaing dengan siapa juga pencabarnya sekiranya ada pemimpin Warisan yang ingin bertanding jawatan Presiden dalam Mesyuarat Agung Tahunan bagi pemilihan parti tri-tahunan Warisan pada Ogos ini.

“Kita mengalamkan sistem demokrasi jadi tidak menjadi masalah untuk sesiapa juga bertanding. Bagi pihak pimpinan, tiada sekatan atau halangan untuk mana-mana individu bertanding, kalau ada mahu lawan saya, tiada masalah,” katanya.

Berita berkaitan
DAP bidas Shafie tak berprinsip kerana mahu kerjasama dengan parti menang
June 30, 2022· Politik
Din Ketapi umum keluar parti lagi, tapi masih mesra kerajaan
June 28, 2022· Politik
Dipetik dalam kes rasuah Zahid, Shafie Apdal enggan komen
June 19, 2022· Politik
Warisan akan bertanding di Negeri Sembilan, sudah sasar kerusi mampu menang
June 17, 2022· Politik
Popular
UMNO perlu buat pemilihan, Nazri, pakar beritahu sebab-sebabnya
July 1, 2022
Kenyataan Anwar pelik, kata Najib
July 1, 2022
SD sokong Anwar, Zahid tak pernah minta saya tandatangan: Annuar
July 1, 2022
Saya tak terlibat SD, pegang prinsip UMNO No DAP No Anwar: Shahidan
July 1, 2022
Lagi Politik terkini
Henti berbalah, UMNO perlu rapatkan barisan hadapi PRU-15: Hishammuddin
45 minit lalu · Politik
Saya tak terlibat SD, pegang prinsip UMNO No DAP No Anwar: Shahidan
4 jam lalu · Politik
Kenyataan Anwar pelik, kata Najib
6 jam lalu · Politik
SD sokong Anwar, Zahid tak pernah minta saya tandatangan: Annuar
9 jam lalu · Politik
UMNO perlu buat pemilihan, Nazri, pakar beritahu sebab-sebabnya
11 jam lalu · Politik
Video / Foto
[FOTO] Himpunan bantahan kenaikan harga
3 jam lalu
[VIDEO] Marah disaman tiada lesen, langgar kereta JPJ sehingga terbalik
June 30, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok