Warisan terbuka jalin kerjasama dengan mana-mana parti: Shafie

March 19, 2022 · Politik

Parti Warisan (Warisan) terbuka untuk mengadakan kerjasama pintar dengan mana-mana parti termasuk Gabungan Rakyat Sabah (GRS) serta Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU), kata Presidennya Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.

Bagaimanapun katanya, Warisan akan membuat penilaian terperinci terhadap bakal parti rakan kongsi dan bentuk kerjasama pintar itu bagi memastikan ia seiring dengan perjuangan Warisan untuk mempertahankan kepentingan Sabah, inklusif dan memperkukuh perpaduan rakyat Malaysia.

“Kita perlu terbuka untuk memastikan kita dapat mengukuhkan parti kerana kita sedar dan tahu kalau kita bersendirian agak tidak mudah. Kalau pun ada perkongsian atau kerjasama pintar, konsepnya seperti dilakukan Sarawak, bekerjasama rapat dengan kerajaan memerintah,” katanya dalam sidang media di sini hari ini.

Mohd Shafie berkata Warisan juga terbuka menjalin kerjasama pintar dengan mana-mana parti yang bakal menerajui kerajaan di peringkat Persekutuan selepas PRU15 kelak demi membentuk kerajaan lebih stabil, dan dalam masa sama, mengangkat mandat diberikan rakyat dalam pilihan raya berkenaan.

“Tapi apa yang penting sekarang ialah kami perlu mempersiapkan parti untuk menghadapi PRU15 akan datang.

“Langkah pertama memperkukuhkan parti dan kawasan diwakili Ahli Dewan Undangan Negeri dan Ahli Parlimen Warisan,” katanya lagi.

Untuk rekod, Warisan membuat penampilan sulung bertanding di semenanjung pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor 12 Mac lalu, bagaimanapun semua calonnya yang bertanding tewas.

Berita berkaitan
UMNO-BN patut bantah beri gelaran Tan Sri kepada Kit Siang: Lim Sian See
10 jam lalu· Politik
Lompat parti empat Ahli Parlimen Sabah, AGC akan bantah permohonan Bersatu
June 1, 2023· Politik
Dr M sedia bekerjasama dengan Muhyiddin tapi tidak dengan Anwar
June 1, 2023· Politik
Pembentangan RUU Anti Lompat Parti di Sabah bukan sengaja dilewatkan: GRS
May 24, 2023· Politik
Popular
UMNO-BN patut bantah beri gelaran Tan Sri kepada Kit Siang: Lim Sian See
June 4, 2023
Kit Siang dapat anugerah Tan Sri: Laporan
June 4, 2023
UMNO bukti majoriti memimpin, bukan minoriti, PAS beritahu Anwar
June 4, 2023
Minta bekas ahli ke PAU, UMNO bimbang ramai pakai baju roket daripada baju Melayu?
June 4, 2023
Lagi Politik terkini
Peja sahkan tidak tanding PRN
4 minit lalu · Politik
Ahli UMNO kena berlapang dada terima kehadiran PKR, DAP
57 minit lalu · Politik
PN N.Sembilan selesai bahagi kerusi, tinggal umum
4 jam lalu · Politik
Saya bangga Tan Sri Lim akhirnya pakai songkok, kata MCA kepada DAP
4 jam lalu · Politik
PAU 2023: Tak dijemput, DAP hormati keputusan Pemuda UMNO
5 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Ucapan Sanusi di himpunan jentera PB Best Pulau Pinang
16 jam lalu
[VIDEO] Ucapan Dominic di himpunan jentera PN Pulau Pinang
17 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok