Warisan tanding semua kerusi di Sabah, tujuh negeri Semenanjung

October 12, 2022 · Politik

Parti Warisan (Warisan) akan bertanding di semua 25 kerusi Parlimen di Sabah, dan kerusi Parlimen Labuan pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15), yang akan diadakan tidak lama lagi.

Presiden Warisan Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata parti itu akan menetapkan semula (reset) negeri Sabah menerusi PRU-15.

Mohd Shafie berkata walaupun Parlimen dibubarkan ketika negara sedang menghadapi cuaca tidak menentu, beliau menyifatkan PRU-15 sebagai pendekatan untuk memperbaharui keadaan negara, khususnya Sabah.

“Tujuan kita mahu bertanding (di semua kerusi Parlimen Sabah) kerana kita mahu menetapkan semula keadaan, pentadbiran dan cara pengurusan peringkat negeri Sabah,” katanya menurut BH.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas mesyuarat Majlis Tertinggi Warisan di Kota Kinabalu, hari ini (12 Oktober 2022).

Ketika ditanya mengenai calon muda dan muka baharu, Mohd Shafie berkata, senarai calon akan diputuskan kelak.

“Satu pendekatan kita ialah memastikan adanya gabungan orang muda dan orang lama. Apa yang penting untuk memastikan kemenangan,” katanya.

Mohd Shafie berkata, Warisan juga akan meletakkan calon di beberapa kerusi Parlimen di Semenanjung.

“Kita ada kenal pasti beberapa kerusi yang kita akan tandingi iaitu di Perlis, Kedah, Perak, Selangor, Johor, Pulau Pinang dan mungkin di Kelantan satu (kerusi Parlimen) sahaja.

“Kita mempunyai calon pemegang ijazah doktor falsafah (PhD), profesor, doktor yang kita akan tawarkan untuk bertanding dan mereka sangat profesional,” katanya.

Malaysia Memilih
Semak keputusan PRU15
Berita berkaitan
Tuduh terima dana judi, PAS bidas Anwar berhenti tabur fitnah seperti UMNO
3 jam lalu· Politik
Dulu kritik PM jadi Menteri Kewangan, sekarang Rafizi kata boleh pula
16 jam lalu· Politik
Tarik sokongan dan desak PRU-15 masa banjir, siapa yang meroyan sebenarnya Zahid?
December 4, 2022· Politik
DAP telan setiap keputusan Anwar, malah sokong kleptokrat kembali
December 4, 2022· Politik
Popular
Kabinet Anwar beri ‘kejutan biadab’ terhadap masyarakat sivil: SUARAM
December 5, 2022
Media Indonesia perlekeh ‘reformasi’ dicanang Anwar selepas lantik kluster mahkamah
December 5, 2022
Segerakan juga siasat pemimpin PH main isu sensitiviti umat Islam: Hadi
December 5, 2022
MP PKR malu, tertipu bila Anwar bersekongkol dengan kleptokrat
December 5, 2022
Lagi Politik terkini
UMNO tangguh PAU 2022, tak sempat hantar kad jemputan kepada DAP?
2 jam lalu · Politik
Media Indonesia perlekeh ‘reformasi’ dicanang Anwar selepas lantik kluster mahkamah
8 jam lalu · Politik
Kabinet Anwar beri ‘kejutan biadab’ terhadap masyarakat sivil: SUARAM
10 jam lalu · Politik
Segerakan juga siasat pemimpin PH main isu sensitiviti umat Islam: Hadi
11 jam lalu · Politik
MP PKR malu, tertipu bila Anwar bersekongkol dengan kleptokrat
13 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Ucapan Muhyiddin di ceramah Grand Finale PRK Padang Serai
2 jam lalu
[VIDEO] Ucapan Tuan Ibrahim di ceramah Grand Finale PRK Padang Serai
3 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok