Warisan sedia bertembung dengan MUDA di Semporna

September 23, 2022 · Politik

Parti Warisan sedia bertembung dengan parti baharu dipimpin Syed Saddiq Syed Saddiq Syed Abdul Rahman selepas melebarkan sayapnya di Semporna.

Untuk rekod, Semporna merupakan kawasan kubu kuat Presiden, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal dan pada Julai lalu, Parti MUDA baharu sahaja mendaftarkan sekumpulan ahli baharu mereka di sana dan langkah itu dilihat sebagai usaha untuk mencabar penguasaan Parti Warisan.

“Kita (Warisan) tidak boleh menghalang mereka (MUDA) ke mana-mana yang mereka nak (mahu) kan.

“Yang itu kehendak parti mereka, kebebasan mereka dalam negara kita,” katanya menerusi video disiarkan Astro Awani.

Bagaimanapun, Ahli Parlimen Semporna itu meluahkan kebimbangan dengan kemunculan pelbagai parti yang bukan sahaja atas landasan umur tetapi bangsa dan agama.

Beliau turut memberi contoh beberapa negara barat serta Jepun, Singapura dan Indonesia yang mana parti ditubuhkan bukan atas landasan kaum, agama, umur dan lain-lain.

Sebaliknya, Shafie berkata, kebanyakan parti di negara tersebut lebih kepada membela rakyat selain mewujudkan peluang pekerjaan dari segi ekonomi, kesihatan dan keselamatan.

Pada 1 Julai, MUDA meluaskan pengaruhnya ke Sabah terutama di Semporna dalam usaha menguatkan sokongan rakyat di negeri itu.

Sehingga kini, MUDA mempunyai lebih 200 ahli di Semporna, sekali gus menyaksikan parti yang baharu ditubuhkan dua tahun lalu mendapat tempat di pantai timur Sabah.

Untuk rekod, Parti MUDA sudah memohon untuk menyertai gabungan pembangkang, Pakatan Harapan (PH) bagi bekerjasama menghadapi pilihan raya umum ke-15 (PRU-15) tetapi setakat ini masih belum diluluskan permohonannya.

Parti Warisan bukan sebahagian daripada parti komponen dalam PH dan dilihat sering berbeza pendirian antara satu sama lain.

Berita berkaitan
Dua kem UMNO berbeza di Sabah, kumpulan pro Hajiji dan Bung Moktar
November 29, 2023· Politik
Syed Saddiq didapati bersalah, dijatuhi hukuman penjara dan sebatan
November 9, 2023· Politik
Tarikh penting PRK Kemaman akan dibincang dalam mesyuarat SPR pada 17 Okt
October 11, 2023· Isu semasa
Nasib Syed Saddiq diketahui 9 Nov, dibebas atau disabit empat pertuduhan
September 21, 2023· Isu semasa
Popular
Dua kem UMNO berbeza di Sabah, kumpulan pro Hajiji dan Bung Moktar
November 29, 2023
Samsuri tak tolak anjur solat hajat berhubung tuntutan wang royalti
November 29, 2023
Isu pertalian dengan komunis, tiga pemimpin DAP saman MP Kepala Batas
November 29, 2023
Wahab sudah sahkan identiti ‘Mr H’ didakwa dalang rakaman tular
November 29, 2023
Lagi Politik terkini
Isu pertalian dengan komunis, tiga pemimpin DAP saman MP Kepala Batas
November 29, 2023 · Politik
Wahab sudah sahkan identiti ‘Mr H’ didakwa dalang rakaman tular
November 29, 2023 · Politik
Samsuri tak tolak anjur solat hajat berhubung tuntutan wang royalti
November 29, 2023 · Politik
Sesi perbahasan kecoh selepas Ahli Parlimen pertikai tiada menteri dalam dewan
November 27, 2023 · Politik
Imbuhan penjawat awam negeri diumum selepas PRK Kemaman: Ahmad Samsuri
November 27, 2023 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Agihan saksama kepada sekolah cina walaupun tak dihargai
15 jam lalu
[VIDEO] Sanusi konsisten salur peruntukan pembangkang Kedah sejak 2020
16 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok