Warisan mula serang DAP, PKR: Shafie dakwa janji PH tak ditepati

October 1, 2022 · Politik

Datuk Seri Mohd Shafie Apdal melancarkan serangan terhadap Pakatan Harapan (PH) ketika perbincangan mengenai Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) mendapat momentum, sambil mendakwa DAP dan PKR gagal melindungi hak rakyat Sabah ketika mereka berkuasa.

Presiden Parti Warisan itu berkata ketika beliau berkhidmat sebagai ketua menteri, Kabinet negerinya yang terdiri daripada ahli parti komponen PH telah memutuskan bahawa mereka harus bekerjasama untuk menuntut hak tertentu daripada kerajaan Persekutuan PH ketika itu dikembalikan ke negeri ini.

Menurutnya beliau meminta Ketua PKR Sabah ketika itu Datuk Christina Liew, yang merupakan bekas Timbalan Ketua Menteri, serta pemimpin DAP seperti Phoong Jin Zhe, bekas Menteri Belia dan Sukan Negeri, dan Ahli Parlimen Kota Kinabalu Chan Foong Hin untuk mengemukakan masalah kepada pemimpin Pusat masing-masing

“Saya minta mereka bersuara untuk Sabah kerana ini demi kepentingan rakyat Sabah,” katanya ketika majlis bertemu rakyat di Sandakan hari ini (1 Oktober 2022), menurut The Star.

Bagaimanapun, Shafie berkata beliau kecewa dengan maklum balas yang diterima daripada pemimpin negeri sekembalinya mereka dari Kuala Lumpur.

Beliau berkata tuntutan yang mereka bincangkan sebelum ini tidak dapat dipenuhi, sambil menambah bahawa mereka memberitahunya Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dan kemudian Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng telah memutuskan perkara itu.

“Mereka (pemimpin Sabah) kata ‘kita kena ikut keputusan parti’.

“Pada pendapat mereka, siapakah yang mengundi wakil rakyat DAP di Sandakan seperti (Ketua DAP Sabah dan ADUN Tanjung Papat) Datuk Frankie Poon dan Ahli Parlimen Sandakan Vivian Wong? Adakah orang DAP di KL mengundi mereka atau penduduk Sandakan?

“Undi diberikan oleh rakyat Sabah… jadi mengapa anda tidak melindungi hak mereka? Kenapa perlu menjaga hak DAP atau PKR? Parti itu tidak penting tetapi hak rakyat adalah penting,” kata Shafie.

Meneruskan serangan terhadap DAP, Shafie juga mendakwa parti itu enggan memberi laluan kepada Warisan di mana-mana kerusi majoriti Cina di Sabah ketika pilihan raya negeri mengejut pada 2020.

“Terdapat kira-kira enam atau tujuh kerusi majoriti Cina dan saya cuba berunding dengan (veteran DAP) Lim Kit Siang dan Guan Eng, meminta hanya satu kerusi untuk (Naib Presiden Warisan) Datuk Junz Wong bertanding tetapi mereka enggan,” katanya.

Bagaimanapun, Ahli Parlimen Semporna itu berkata beliau dan Warisan masih meneruskan usaha membantu PH seperti sebelum ini sebagaimana pada PRU-14 ketika mereka berkempen di kerusi Sandakan, Kota Kinabalu dan Tawau.

“Guan Eng juga berjanji sebelum PRU-14 bahawa jika kita terus menjadi kerajaan, beliau berkata 40 peratus hasil cukai yang terhutang kepada Sabah akan dikembalikan kepada negeri ini.

“Beliau juga memberi jaminan 20 peratus bayaran royalti minyak akan diberikan kepada Sabah… ini semua hanya janji,” kata Shafie.

Beliau berkata ini, bagaimanapun, tidak bermakna Warisan mempunyai permusuhan terhadap penduduk di Semenanjung Malaysia.

“Kami tidak melawan semua orang di Semenanjung, kami sayang mereka. Tetapi kita tidak mahu rakyat Sabah dan Sarawak terpedaya dengan janji kosong,” katanya.

Berita berkaitan
Kuat kecam Zahid, UMNO akhirnya pecat Isham Jalil: Laporan
1 jam lalu· Politik
Armada Bersatu gesa siasat video warga Malaysia dengan pembantu PM Israel
December 5, 2023· Isu semasa
Kalah PRK Kemaman, Isham kata cukup-cukuplah UMNO jadi penjilat DAP
December 5, 2023· Politik
Lebih baik Kit Siang minta UMNO tukar Zahid, bidas Takiyuddin
December 5, 2023· Politik
Popular
Kalah PRK Kemaman, Isham kata cukup-cukuplah UMNO jadi penjilat DAP
December 5, 2023
Tiada laporan polis diterima berhubung rakaman tular perbualan lucah
November 17, 2023
Seperti Zahid, Anwar juga dalam penafian selepas kekalahan PRK Kemaman
December 5, 2023
PH pun ada ‘virus’, syok bercakap saja, kata ahli MT UMNO
January 19, 2023
Lagi Politik terkini
Seperti Zahid, Anwar juga dalam penafian selepas kekalahan PRK Kemaman
December 5, 2023 · Politik
Zahid masih dalam penafian selepas UMNO kalah teruk di Kemaman
December 4, 2023 · Politik
Kekalahan UMNO di Kemaman kerana rakyat tolak kerjasama dengan DAP: Dr M
December 4, 2023 · Politik
Hanya pembedahan prostat, semua lelaki ada: Zahid
December 4, 2023 · Politik
UMNO kalah teruk hilang undi banyak, majoriti Dr Samsuri meningkat
December 2, 2023 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Kedah, Itali jalin kerjasama jayakan Kedah Aerotropolis
16 jam lalu
[VIDEO] Kit Siang patut nasihat UMNO tukar presiden, PAS elok dah
December 5, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok