Warganet teruja lihat Jaguar mewah dibawa ‘bakal PM’ ke Istana Negara

June 9, 2021 · Politik

Tumpuan mata rakyat pada hari ini mestilah terarah di Istana Negara apabila Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustaffa Billah Shah berkenan untuk mengadakan pertemuan dengan wakil-wakil parti politik tanah air.

Selain isi pertemuan, sudah semestinya kenderaan yang dinaiki oleh pimpinan poltik menuju ke istana yang tidak terlepas daripada pandangan lensa rakyat.

Pagi tadi, mata rakyat tertancap dengan keindahan kereta mewah jenis Jaguar yang digunakan oleh ‘bakal Perdana Menteri’, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk ke Istana Negara, apabila dikhabarkan kereta yang dinaikinya itu berharga hampir setengah juta.

Semakan Agenda Daily mendapati kereta jenis Jaguar XJ Premium Luxury V6 model tahun 2010 yang dinaiki oleh Presiden PKR itu, bagi harga pasaran kereta terpakai sahaja sudah mencecah antara RM120,000 hingga RM140,000.

Sekiranya harga kereta terpakai jenis XJ itu masih bernilai tinggi di pasaran kereta terpakai, dianggarkan kemungkinan juga kereta tersebut semasa awal pengeluarannya berharga hampir setengah juta.

Model XJ tersebut sudah dihentikan pengeluarannya dan model baharu XF bagi kategori jenis sama yang digantikan pula berharga RM457,934 selepas disemak Agenda Daily dalam laman rasmi Jaguar Malaysia.

Untuk rekod, kereta Jaguar hitam yang digunakan oleh Anwar tersebut didaftarkan pada tahun 2012, dua tahun selepas pengeluarannya dan difahamkan harganya lebih kurang sama dengan model XF baharu dikeluarkan Jaguar.

Daripada rekod pendaftaran kenderaan dengan nombor plat VCQ8055 digunakan Anwar tersebut, kereta tersebut didaftarkan pada 2012 di bawah nama sebuah syarikat, Yayasan Aman Berhad.

Persoalannya kini, mengapa sebuah kenderaan mewah didaftarkan di bawah sebuah yayasan dan apakah fungsi yayasan misteri yang dikatakan diasaskan oleh Anwar dan isterinya itu.

Laporan sebelum ini mendedahkan Yayasan Aman beralamat di Pusat Dagangan Phileo Damansara 1, Petaling Jaya menamakan Anwar sebagai Penasihat dan Pengasasnya.

Menurut dokumen yang dilampirkan di bawah yayasan itu ditubuhkan pada 17 Januari 1983 di bawah syarikat bernama Yayasan Aman Berhad.

Turut dilaporkan terdapat enam Ahli Lembaga Pemegang Amanah Yayasan tersebut, iaitu Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Datuk Kamaruddin Jaafar, Datuk Rameli Musa, Datuk Vaseehar Hassan Abdul Razack, Saiful Izham Ramli dan Anwar sendiri.

Terdahulu Anwar menaiki kereta model Jaguar XJ berwarna hitam sebelum dilihat memasuki pekarangan Istana Negara.

Anwar sebelum ini pernah dikaitkan dengan gaya hidup mewah apabila didakwa ada penaja yang menaja pengangkutan udara mewah untuknya.

Dalam pada itu, Anwar hari ini dilihat telah mengecewakan para penyokongnya apabila ‘tiada khabar gembira daripada istana’.

Difahamkan dalam pertemuan Anwar bersama Yang di-Pertuan Agong selepas sejam itu, tiada perbincangan mengenai isu kerajaan baharu diadakan.

Blok pembangkang sebelum ini membuat desakan supaya Agong menamatkan Pengisytiharan Darurat dan mahu sidang Parlimen dibuka atas alasan kononnya mahu menangani penularan pandemik Covid-19.

Januari lalu, Yang di-Pertuan Agong memperkenankan tempoh pelaksanaan darurat hingga 1 Ogos 2021 atau sehingga suatu tarikh yang lebih awal jika angka kes positif Covid-19 harian dapat dikawal dan diturunkan dengan berkesan.

Baginda memberi perkenan supaya Pengisytiharan Proklamasi Darurat dilaksanakan sebagai langkah proaktif untuk membendung gejala wabak Covid-19 selepas menerima menghadap Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin bin Yassin di Istana Negara, 11 Januari lalu.

Berita berkaitan
China sokong konsep Asian Monetary Fund dibawa Malaysia: PMX
September 17, 2023· Isu semasa
Kerajaan Anwar dikecam selepas Zahid bebas, Ambiga kata pembaziran kerja pendakwa raya
September 4, 2023· Politik
PMX dibenar keluar HKL selepas jalani pembedahan kecil gigi
August 21, 2023· Isu semasa
PN menang besar tanda rakyat tolak BN-PH : Muhyiddin
August 13, 2023· Politik
Popular
Ahli UMNO di Pelangai keluar parti sertai PAS, dakwa disisih
October 1, 2023
Hang tu PM untuk rakyat Malaysia bukan PKR, Afnan gesa Anwar berhenti berdendam
October 1, 2023
UMNO tanding PRK Kemaman jika diadakan, kata Zahid yakin rakyat sokong
September 30, 2023
UMNO sekat pertandingan jawatan Presiden, pecat calon mahu cabar Zahid: Afnan
September 30, 2023
Lagi Politik terkini
Ahli UMNO di Pelangai keluar parti sertai PAS, dakwa disisih
11 jam lalu · Politik
Hang tu PM untuk rakyat Malaysia bukan PKR, Afnan gesa Anwar berhenti berdendam
11 jam lalu · Politik
UMNO sekat pertandingan jawatan Presiden, pecat calon mahu cabar Zahid: Afnan
18 jam lalu · Politik
UMNO tanding PRK Kemaman jika diadakan, kata Zahid yakin rakyat sokong
19 jam lalu · Politik
Bukan Rafizi saja salah tapi PMX juga gagal memimpin negara, kata Tun Faisal kepada Puad
September 29, 2023 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Tak wajar polis pantau PN setiap jam, ganggu kempen calon
22 jam lalu
[VIDEO] Dakwaan Menteri jejas pelancongan, boleh ke Langkawi pakai seluar pendek
September 27, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok