Wanita AMANAH senada dengan DAP, kecewa Azalina tak jadi menteri

August 28, 2021 · Politik

Wanita AMANAH senada dengan sekutu mereka daripada DAP apabila turut kecewa bekas Timbalan Speaker Dewan Rakyat, Datuk Seri Azalina Othman Said tidak dilantik sebagai menteri.

Malah, Ketua Wanita AMANAH, Senator Aiman Athirah Al Jundi menyifatkan Azalina sebagai individu yang sepatutnya menjadi menteri yang menjaga Parlimen dan undang-undang.

“Saya agak kecewa bila Dato Seri Azalina Othman Said tidak tersenarai sebagai salah seorang Menteri.

“Hemat saya, beliau bersikap lebih progresif dan wajar mengisi jawatan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Parlimen dan Undang-Undang),” katanya dalam kenyataan di Facebook beliau.

Semalam, MP DAP Segambut, Hannah Yeoh mempersoalkan mengapa Azalina tidak dilantik dalam Kabinet dan mendesak supaya beliau dilantik sebagai Yang di-Pertua Dewan Rakyat bagi menggantikan Datuk Azhar Harun.

“Sekarang saya mahu Ismail Sabri lantik Azalina jadi Speaker Dewan Rakyat untuk semak dan imbang,” kata Hannah dalam ciapan di Twitter.

Aiman Athirah juga setuju Azalina mengisi jawatan Speaker Dewan Rakyat sebagaimana disarankan pemimpin DAP itu dengan alasan banyak rang undang-undang yang perlu dipekenal dan dipinda.

Beliau memuji Azalina sebagai berfikiran segar, matang dan objektif, malah rugi jika kerajaan baharu tidak mengangkatnya sebagai menteri.

23 Ogos lalu, Ahli Parlimen Pengerang itu meletak jawatan Timbalan Speaker Dewan Rakyat dengan alasan supaya kerajaan dan pembangkang mempunyai lebih ruang untuk menetapkan semula Dewan Rakyat supaya benar-benar dapat berfungsi sebagai forum bagi persaingan dan kerjasama profesional antara parti mengenai dasar dan tadbir urus.

Semalam, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan barisan Kabinetnya, namun nama Azalina tiada dalam senarai.

Berita berkaitan
Saman fitnah: Rayuan Jamal ditolak, perlu bayar RM300 ribu kepada Kok
March 27, 2024· Isu semasa
DAP semakin berani disebabkan UMNO hanya ‘penumpang’ dalam kerajaan
February 13, 2024· Politik
Kit Siang bangkitkan isu PM bukan Melayu, tapi Puad pula bidas PN
December 17, 2023· Politik
Gesaan DAP supaya pilihan raya PBT diadakan di KL, pemimpin UMNO membisu
December 17, 2023· Politik
Popular
Rafizi balas kecaman Puad, ‘dia saja seorang bising’
March 27, 2024
PRU-15: Perutusan Khas Muhyiddin
November 18, 2022
PRU-15: Senarai calon UMNO menang Parlimen
November 21, 2022
PKR berharap Azalina dilantik jadi Yang di-Pertuan Dewan Rakyat
September 3, 2021
Lagi Politik terkini
Rafizi balas kecaman Puad, ‘dia saja seorang bising’
March 27, 2024 · Politik
Selepas Zahid, Isa Samad juga dibebas daripada tuduhan rasuah RM3 juta
March 6, 2024 · Politik
Anwar patut jawab kejatuhan ringgit bukan orang lain, kata Ahli Parlimen
March 5, 2024 · Politik
Dewan Rakyat: Usul gantung Wan Saiful ditarik balik
March 5, 2024 · Politik
Sekarang rakyat cakap balik kepada Tambun, ‘Hang yang tak reti jaga negeri’
March 5, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok