Wan Saiful tanding di Jerlun, Lembah Pantai? Laporan

October 4, 2022 · Politik

Ketua Penerangan Bersatu Datuk Wan Saiful Wan Jan dilapor bakal dicalonkan mewakili parti bertanding di Parlimen Lembah Pantai atau Jerlun pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) walaupun sebelum ini disebut-sebut akan bertanding di Kubang Pasu.

FMT memetik sumber dalaman parti mendakwa pencalonan Wan Saiful dibuat ketua bahagian Bersatu kedua-dua kawasan berkenaan selepas dikatakan mempunyai peluang cerah untuk menang jika bertanding antara dua kerusi itu.

“Bila dekat Pilihan Raya Umum (PRU)…pembahagian kerusi itu berlaku pantas dan tidak semestinya buat kempen dekat kawasan dia (Kubang Pasu), akan dapat kerusi itu…ada beberapa ketua bahagian (Bersatu) mencalonkan Wan Saiful untuk bertanding di Jerlun dan Lembah Pantai,” sumber itu dipetik sebagai berkata.

PKR mengekalkan kerusi di Lembah Pantai yang dimenangi sejak 2008 menerusi calonnya, Fahmi Fadzil dengan majoriti 5,598 undi pada PRU-14.

Datuk Seri Mukhriz Mahathir yang mewakili Bersatu memenangi kerusi Parlimen Jerlun, menewaskan calon Barisan Nasional (BN), Othman Aziz dan PAS, Abd Ghani Ahmad, dengan majoriti 5,866 pada PRU-14. Namun kini, Mukhriz telah menyertai parti Pejuang dan berkemungkinan mahu mempertahankan kerusi Jerlun pada PRU-15.

Sumber itu dilaporkan berkata peluang Wan Saiful memenangi satu daripada dua kerusi berkenaan berdasarkan rekod pencapaian terbaik ketika menerajui PTPTN, di samping menyumbang idea dari segi tadbir urus baik ketika berada dalam IDEAS.

Selain itu katanya, tahap sokongan Pejuang di Jerlun dan Fahmi yang mewakili PKR merosot berdasarkan kajian dibuat.

“Mukhriz mungkin pertahan kerusi dia di Jerlun atau pindah ke Kubang Pasu. Berdasarkan kepada kajian dalaman Bersatu, sokongan terhadap Pejuang kurang dan aura anak kepada bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad sudah tidak lagi relevan,” katanya.

Sumber itu berkata pengundi di Jerlun lebih sukakan konsep penyatuan Ummah antara PAS dengan Bersatu di situ.

Sumber itu juga berkata di Lembah Pantai, kajian dibuat menunjukkan rata-rata pengundi mahu memberi peluang kepada parti lain selain PKR yang sudah tiga penggal mewakili mereka di situ.

Menurutnya, ini ditambah lagi dengan penolakan sentimen ideologi kiri yang didakwa Wan Saiful sebelum ini diperjuangkan PKR dalam gabungan PH dipengaruhi ideologi DAP.

Katanya, imej PKR juga merosot sejak kekalahan di Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka dan Johor.

“Sudah tiba masanya pengundi-pengundi di kawasan bandar beralih sokongan kepada perjuangan ‘right centre’, mewakili kuasa politik Melayu,” katanya.

Bagaimanapun, katanya, apa-apa keputusan untuk mencalonkan pemimpin tertakluk kepada keputusan tertinggi parti, dan Wan Saiful sedia bertanding di mana-mana kawasan termasuk dua kerusi itu.

Malaysia Memilih
Semak keputusan PRU15
Berita berkaitan
Dulu kritik PM jadi Menteri Kewangan, sekarang Rafizi kata boleh pula
7 jam lalu· Politik
Angkat semula kleptokrat, MP PKR malu nak ungkap lagi kata keramat ‘reformasi’
7 jam lalu· Politik
Ada kleptokrat jadi TPM, tak tahu kabinet Anwar ini apa dia? soal Samsuri
December 4, 2022· Politik
Tarik sokongan dan desak PRU-15 masa banjir, siapa yang meroyan sebenarnya Zahid?
December 4, 2022· Politik
Popular
Shahidan cadang lagu ‘penyamun’ didendang PH kepada UMNO ditukar
December 5, 2022
Habuan calon MIC tarik diri: PH-UMNO mula nak salah guna kuasa
December 5, 2022
Wayang politik: Pakatan PH-UMNO kerajaan atau pembangkang?
December 5, 2022
Angkat semula kleptokrat, MP PKR malu nak ungkap lagi kata keramat ‘reformasi’
December 5, 2022
Lagi Politik terkini
Kabinet Anwar beri ‘kejutan biadab’ terhadap masyarakat sivil: SUARAM
24 minit lalu · Politik
Segerakan juga siasat pemimpin PH main isu sensitiviti umat Islam: Hadi
2 jam lalu · Politik
MP PKR malu, tertipu bila Anwar bersekongkol dengan kleptokrat
4 jam lalu · Politik
Kumpulan berfahaman kiri mudah pengaruhi kerajaan PH-UMNO
5 jam lalu · Politik
Wayang politik: Pakatan PH-UMNO kerajaan atau pembangkang?
5 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Muhyiddin tak takut disiasat, dakwaan RM600 bilion berniat jahat
2 jam lalu
[VIDEO] Ucapan Ustaz Nassuruddin di ceramah PRK Padang Serai
7 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok