Wan Saiful cabar Anwar tunjuk bukti tuduhan audio tular

April 8, 2021 · Politik

Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dicabar untuk mengemukakan bukti terhadap tuduhan kononnya Bersatu terlibat dalam penularan klip audio tular mirip suaranya berbual mesra dengan Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Ketua Penerangan Bersatu, Datuk Wan Saiful Wan Jan memandang serius tuduhan Anwar dan membidasnya supaya tidak membuat tuduhan secara melulu hanya kerana mahu menyelamatkan diri daripada dikaitkan dalam klip audio tersebut.

“Tuduhan ini saya anggap sebagai agak serius, kalau tidak ada bukti jangan nak tuduh tak tentu pasal.

“Jadi, kalau betul itu pandangan beliau maka sertakan dengan bukti lah,” katanya dalam sidang media semasa program bersama Bersatu Bahagian Setiawangsa di Surau Aljamiyyah malam tadi.

Wan Saiful juga menasihati Anwar supaya bersikap sebagai seorang Islam kerana agama sendiri menuntut supaya umatnya tidak membuat tuduhan tanpa sebarang bukti dikemukakan.

“Kita sebagai orang Islam kita tahu, salah satu perkara yang dituntut agama adalah ‘bawa bukti kamu kalau kamu rasa kamu benar’.

“Jadi main tuduh serkap jarang bukan boleh kita terima semudah itu, jadi saya harap kalau sekiranya tidak ada bukti jangan main tuduh rambang begitu,” katanya lagi.

Beliau turut menafikan penglibatan Bersatu dalam penularan klip audio yang tular itu.

“Bagi pihak Bersatu, kita tidak terlibat tidak ada sebarang perbincangan tidak ada sebarang perancangan tidak ada sebarang penglibatan dalam perbualan antara Presiden PKR dan Presiden UMNO yang dikatakan itu,” ujarnya.

Semalam, Agenda Daily melaporkan satu klip audio suara mirip Anwar dan Zahid sedang berbincang strategi politik selepas Perhimpunan Agung UMNO 2020 (PAU) baru-baru ini.

Anwar dalam kenyataannya menuduh klip audio tersebut disebarkan oleh Bersatu untuk tujuan memecahbelahkan UMNO yang diketahui berdepan konflik dalaman parti.

Perbualan kedua-dua pemimpin itu sangat mesra dengan saling bertukar pandangan berhubung ucapan perwakilan ketika perhimpunan baru-baru ini.

Berita berkaitan
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024· Isu semasa
Azmin dakwa rumah terbuka Aidilfitri Bersatu disekat kerajaan Selangor
April 18, 2024· Politik
Pengapungan harga petrol dijangka beri tekanan kepada rakyat, kata Bersatu
April 18, 2024· Politik
Tengku Zafrul letak jawatan bendahari UMNO Selangor, tak sehaluan
April 1, 2024· Politik
Popular
Rafizi balas kecaman Puad, ‘dia saja seorang bising’
March 27, 2024
Terdapat ‘kesilapan fakta’ dalam afidavit Zahid, kata Tengku Zafrul
April 18, 2024
Azmin dakwa rumah terbuka Aidilfitri Bersatu disekat kerajaan Selangor
April 18, 2024
Lagi Politik terkini
Terdapat ‘kesilapan fakta’ dalam afidavit Zahid, kata Tengku Zafrul
April 18, 2024 · Politik
DAP Johor bidas tindakan Akmal, boleh jadi benih ekstremisme
April 1, 2024 · Politik
Anwar bantah permohonan ujian poligraf dibuat Yusoff Rawther: Laporan
March 30, 2024 · Politik
Rafizi balas kecaman Puad, ‘dia saja seorang bising’
March 27, 2024 · Politik
Selepas Zahid, Isa Samad juga dibebas daripada tuduhan rasuah RM3 juta
March 6, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok