Wan Saiful beri penjelasan kenyataan salah tafsir berhubung MP lompat parti

May 28, 2022 · Politik

Datuk Wan Saiful Wan Jan tampil membuat penjelasan berhubung kenyataannya yang disalah tafsir menerusi laporan media baru-baru berhubung isu Ahli Parlimen (MP) lompat parti.

Ketua Penerangan Bersatu itu membuat penafian berhubung kenyataan sebelum ini akan terdapat beberapa MP lagi yang akan bertindak menyertai parti lain, ia susulan tindakan MP Ampang Datuk Zuraida Kamaruddin yang mengumumkan keluar daripada Bersatu baru-baru ini.

Jelasnya, kenyataan terhadap MP Kuala Langat, Xavier Jayakumar yang dilaporkan media menyimpang daripada maksud sebenar yang ingin disampaikannya.

“Saya dengar YB Xavier Jayakumar (Ahli Parlimen Kuala Langat) akan menyertai parti (PBM) *tetapi saya tidak pasti jika ada pemimpin lain dari Bersatu (selain Zuraida) juga akan keluar untuk menyertai parti baharu*.

“Petikan ini pula kemudian dipetik oleh platform lain dan ada yang spin sehingga menyimpang jauh dari apa yang saya kata.

“Entah siapa yang mencipta bahagian hujung ayat tersebut sebab itu bukan perkataan saya,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Menurut Wan Saiful, kenyataan sebenarnya adalah: “Saya ada dengar mengenai YB Xavier, tapi yang lain-lain saya belum.

“Yang saya maksudkan ialah *saya belum dengar MP dari mana-mana parti* yang akan menyertai PBM dan saya nak tunggu lihat kalau betul-betul berlaku dulu sebelum jawab soalan yang ditanya.”

Wan Saiful menegaskan komen tersebut adalah berbentuk umum tanpa merujuk khusus kepada mana-mana parti.

“Sebab itulah komen saya berbentuk umum tanpa merujuk khusus kepada mana-mana parti, dan saya tak ada dengar pula bahawa ada MP Bersatu keluar.

“Tulisan yang selain dari petikan sebenar seperti dalam video adalah salah dan petikan kenyataan seharusnya tepat seperti yang sebenarnya disebut,” katanya lagi

Berita berkaitan
Azmin dakwa rumah terbuka Aidilfitri Bersatu disekat kerajaan Selangor
April 18, 2024· Politik
Pengapungan harga petrol dijangka beri tekanan kepada rakyat, kata Bersatu
April 18, 2024· Politik
Atas permintaan akar umbi dan MPT, Muhyiddin akan tawar diri kekal sepenggal lagi
November 25, 2023· Politik
MPT Bersatu tolak keputusan Muhyiddin tak pertahankan jawatan Presiden
November 24, 2023· Politik
Popular
Anak Bung Moktar dilantik bendahari Pemuda UMNO
March 24, 2023
Kes Covid-19 tinggi tapi blok pembangkang masih desak buka Parlimen
May 27, 2021
Terdapat ‘kesilapan fakta’ dalam afidavit Zahid, kata Tengku Zafrul
April 18, 2024
Bersatu tangguh pemilihan bahagian, MPT kecuali cawangan
May 13, 2023
Lagi Politik terkini
Terdapat ‘kesilapan fakta’ dalam afidavit Zahid, kata Tengku Zafrul
April 18, 2024 · Politik
Tengku Zafrul letak jawatan bendahari UMNO Selangor, tak sehaluan
April 1, 2024 · Politik
DAP Johor bidas tindakan Akmal, boleh jadi benih ekstremisme
April 1, 2024 · Politik
Anwar bantah permohonan ujian poligraf dibuat Yusoff Rawther: Laporan
March 30, 2024 · Politik
Rafizi balas kecaman Puad, ‘dia saja seorang bising’
March 27, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok