Wan Rosdy dilantik jadi MB Pahang selepas disokong PH-DAP

November 28, 2022 · Politik

Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail sekali lagi mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar (MB) Pahang pada hari ini.

Pengerusi Barisan Nasional (BN) Pahang itu berjaya menjadi MB selepas mendapat sokongan majoriti hasil rundingan dengan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pakatan Harapan dan DAP yang menyokongnya.

Pelantikan Wan Rosdy, 64, susulan perkenan Pemangku Raja Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Pemangku Raja Pahang turut berkenan dengan pembentukan kerajaan negeri daripada BN dan Pakatan Harapan (PH), selepas tiada parti yang memperoleh majoriti mudah 22 kerusi untuk membentuk kerajaan pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15), 19 November lalu.

Majlis pengurniaan Surat Cara Pelantikan dan Mengangkat Sumpah Jawatan Menteri Besar Pahang diadakan hari ini di Balairung Seri, Istana Abu Bakar di Pekan.

Pada PRU-15, BN memperoleh 16 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Pahang, kurang satu berbanding Perikatan Nasional (PN), manakala PH memperoleh lapan kerusi.

Bagaimanapun, BN Pahang mengikut jejak diperingkat pusat selepas Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi memilih PH dan DAP untuk membentuk kerajaan dan bukan bersama dengan PN.

Berita berkaitan
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
15 minit lalu· Politik
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024· Politik
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024· Politik
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024· Politik
Popular
Tengku Zafrul letak jawatan bendahari UMNO Selangor, tak sehaluan
April 1, 2024
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024
Pengapungan harga petrol dijangka beri tekanan kepada rakyat, kata Bersatu
April 18, 2024
Lagi Politik terkini
UMNO kekal pendirian beri laluan kepada calon DAP, kata Mat Hasan
April 22, 2024 · Politik
Tengku Zafrul mohon kebenaran betulkan fakta Zahid dalam kes pengampunan Najib
April 22, 2024 · Politik
Kor Ming mahu UMNO bantu habis-habisan calon DAP di Kuala Kubu Bharu
April 22, 2024 · Politik
Azmin dakwa rumah terbuka Aidilfitri Bersatu disekat kerajaan Selangor
April 18, 2024 · Politik
Terdapat ‘kesilapan fakta’ dalam afidavit Zahid, kata Tengku Zafrul
April 18, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok