‘Wallahi, satu sen pun duit kerajaan saya tak ambil, guna untuk rakyat’

November 16, 2022 · Politik

Bekas Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin bersumpah dengan nama Allah bahawa beliau tidak menggunakan wang kerajaan sewenang-wenangnya untuk diri sendiri, kecuali semuanya dibelanjakan untuk rakyat.

“Wallahi, saya boleh bersumpah satu sen pun tak ada duit kerajaan yang saya belanjakan, kecuali untuk rakyat,” kata Muhyiddin kepada media selepas selepas menyempurnakan Karnival Sahabat Usahawan Amanah Ikhtiar Malaysia Muar di Bukit Pasir, hari ini (16 November 2022).

Pengerusi Perikatan Nasional itu berbuat demikian ketika mengulas kenyataan Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Melaka, Adly Zahari, bahawa PH akan menyiasatnya atas dakwaan membelanjakan RM500 bilion ketika pandemik Covid-19, dua tahun lalu.

Muhyiddin yang juga calon Perikatan Nasional (PN) Parlimen Pagoh berkata setiap wang yang dibelanjakan adalah mengikut peraturan kewangan ditetapkan.

“Nak bukti kita belanja sewenang-wenangnya, berapa banyak bilion yang saya curi? Saya nak cabar Adly, buktikan, mana satu kes.

“Jangan cakap lepas pilihan raya (nak siasat kalau mereka menang), ini kerana dia bertanding di sana (Melaka), dia nak menang.

“Dia kata PN tak betul, dah rosak… macam dialah, parti dia pun ada kes rasuah, kami (Perikatan Nasional) tak ada. Jadi kalau nak mencemarkan nama baik, dia buat tuduhan yang tak betul,” katanya.

Dalam kempen Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) sekarang ini, PH memperhebatkan fitnah ke atas pemimpin Perikatan Nasional sahaja, yang dilihat menjadi ancaman kepada kemenangan parti itu.

Sebelum ini, pemimpin PH, terutama Pengerusi PH Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Timbalan Presiden PKR Rafizi Ramli, membuat pelbagai tuduhan dan fitnah yang gagal dibuktikan terhadap Perikatan Nasional.

Dengan lenggok bahasa dan gaya bercakap, pemimpin PH itu sekadar mahu mencetuskan persepsi jahat, supaya pengundi akan percaya, sedangkan mereka sendiri terlibat dengan kes tidak berakhlak dan tidak bermoral.

Sementara itu, Muhyiddin juga menafikan surat yang tular mengatakan Perikatan Nasional menyokong Anwar menjadi Perdana Menteri.

Untuk rekod, Perikatan Nasional tidak pernah menyokong Anwar menjadi Perdana Menteri, sebaliknya ia pernah dilakukan Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi bersama beberapa Ahli Parlimen parti itu.

Malaysia Memilih
Semak keputusan PRU15
Berita berkaitan
Azeez Rahim dibebaskan terus selepas dua minggu kerajaan ‘hoi ya hoi’ memerintah
21 jam lalu· Isu semasa
Tuduhan seleweng dana, SPRM mohon bantuan pihak buat dakwaan cari bukti
December 8, 2022· Isu semasa
Tiada apa nak disorokkan, kata Tengku Zafrul
December 8, 2022· Isu semasa
Kerajaan kuat saman, pengguna media sosial bidas PM-10 cepat koyak
December 8, 2022· Politik
Popular
Kit Siang bimbang ‘gelombang hijau’ akan menjadikan Malaysia negara Islam sebelum PRU-17
December 9, 2022
Naib Ketua Pemuda UMNO tegur pemimpin BN masih tak sedar diri
December 9, 2022
‘Syaitan’ disisi DAP membisu
December 9, 2022
Kenapa Anwar tak tegur tauke telur, simen rapat PH-DAP? Wan Saiful
December 9, 2022
Lagi Politik terkini
Kit Siang bimbang ‘gelombang hijau’ akan menjadikan Malaysia negara Islam sebelum PRU-17
11 jam lalu · Politik
Naib Ketua Pemuda UMNO tegur pemimpin BN masih tak sedar diri
13 jam lalu · Politik
‘Syaitan’ disisi DAP membisu
15 jam lalu · Politik
PRU Padang Serai: Cina marah PH lantik kluster mahkamah ke Kabinet
16 jam lalu · Politik
Kenapa Anwar tak tegur tauke telur, simen rapat PH-DAP? Wan Saiful
17 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Annuar Musa, 2 pemimpin wanita sah dipecat dari UMNO
15 jam lalu
[VIDEO] Isu kemiskinan pesawah, aktiviti kartel padi perlu perhatian kerajaan pusat
17 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok