Walaupun kalah dua PRN, keahlian PKR tetap meningkat: Saifuddin

February 1, 2022 · Politik

PKR menerima sejumlah 78,093 permohonan untuk menjadi anggota baharu parti itu sejak 24 Nov tahun lepas sehingga 31 Jan lalu.

Setiausaha Agungnya Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata anggota yang telah berdaftar sehingga 31 Jan itu akan dibentangkan kepada Cabang untuk proses semakan dan bantahan dibuat sebelum senarai ini dimasukkan ke dalam Daftar Anggota Induk Parti, menurut laporan Bernama.

Katanya proses itu dibuka bermula 3 sehingga 9 Feb, dan jika terdapat bantahan Cabang boleh mengemukakan bantahan kepada Pejabat Setiausaha Agung sebelum atau pada 9 Feb.

“Kesemua bantahan yang dikemukakan mengikut tempoh yang ditetapkan akan diproses dan diputuskan oleh Majlis Pimpinan Pusat.

“Keputusan Majlis Pimpinan Pusat ke atas setiap bantahan yang diterima adalah muktamad.

“Ibu pejabat akan mengeluarkan Daftar Anggota Induk yang lengkap seawal 18 Feb dan menyerahkan kepada Jawatankuasa Pemilihan Parti bagi melengkapkan Daftar Pemilih untuk kegunaan Pemilihan Parti,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Sebelum ini, Ketua Setiausaha Pengelola PKR Nik Nazmi Nik Ahmad dilaporkan sebagai berkata setakat Ogos 2020 keanggotaan parti itu telah mencecah 1,004,629 orang.

Berita berkaitan
Ahli UMNO kena berlapang dada terima kehadiran PKR, DAP
2 jam lalu· Politik
Minta bekas ahli ke PAU, UMNO bimbang ramai pakai baju roket daripada baju Melayu?
15 jam lalu· Politik
Program himpunan PN di Tanjung Karang dihalang kerajaan negeri, kata Roslan
June 3, 2023· Politik
DUN Selangor terbubar secara automatik pada 25 Jun ini, kata MB
June 3, 2023· Politik
Popular
UMNO-BN patut bantah beri gelaran Tan Sri kepada Kit Siang: Lim Sian See
June 4, 2023
Kit Siang dapat anugerah Tan Sri: Laporan
June 4, 2023
UMNO bukti majoriti memimpin, bukan minoriti, PAS beritahu Anwar
June 4, 2023
Saya bangga Tan Sri Lim akhirnya pakai songkok, kata MCA kepada DAP
June 4, 2023
Lagi Politik terkini
Peja sahkan tidak tanding PRN
59 minit lalu · Politik
PN N.Sembilan selesai bahagi kerusi, tinggal umum
5 jam lalu · Politik
Saya bangga Tan Sri Lim akhirnya pakai songkok, kata MCA kepada DAP
5 jam lalu · Politik
PAU 2023: Tak dijemput, DAP hormati keputusan Pemuda UMNO
6 jam lalu · Politik
UMNO bukti majoriti memimpin, bukan minoriti, PAS beritahu Anwar
8 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Ucapan Sanusi di himpunan jentera PB Best Pulau Pinang
17 jam lalu
[VIDEO] Ucapan Dominic di himpunan jentera PN Pulau Pinang
18 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok