Walau marah PRU musim bencana, keluarlah mengundi! Gesa Muhyiddin

October 14, 2022 · Politik

Pengerusi Perikatan Nasional Tan Sri Muhyiddin Yassin mengakui ramai pengundi marah dan tidak suka Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) diadakan pada masa ini, terutama ketika musim tengkujuh.

Bagaimanapun, beliau berharap kemarahan itu tidak dijadikan alasan mereka untuk tidak keluar mengundi pada PRU-15 akan datang.

Katanya, tindakan tidak keluar mengundi hanya akan memberikan kemenangan mudah kepada Barisan Nasional (BN).

“Walaupun kita tidak suka pilihan raya, kita kena bagitahu, jangan kerana anda benci, anda tidak mahu pilihan raya, anda tak keluar mengundi, esok BN menang.

“Anda tak keluar BN menang, anda keluar BN kalah,” katanya pada Majlis Ramah Mesra di Pekan Panchor, Pagoh pada Jumaat (14 Oktober 2022).

Muhyiddin yang juga Presiden Bersatu berkata, BN dan UMNO sengaja memilih waktu ini mengadakan PRU-15 kerana tahu jika berlaku banjir orang tidak akan keluar mengundi.

“UMNO tahu kalau pengundi keluar sikit, lagi bagus sebab UMNO akan mengerah orang lama (ahli-ahli) keluar mengundi,” katanya.

Muhyiddin berkata, pengundi di Pagoh diharap dapat menilai kemajuan dan pembangunan yang sudah berlaku di Pagoh hasil daripada usaha beliau sejak menjadi wakil rakyat kawasan itu.

Sehubungan itu beliau meminta pengundi di Pagoh yang kini sudah meningkat kepada 69,000 orang berbanding 52,000 sebelum ini memberi sokongan padu kepada calon PN.

“Siapa sangka di Pagoh kini sudah memiliki universiti awam, ada 16,000 pelajar yang akan memberi kesan kepada ekonomi setempat.

“Jika pilih calon PN lagi banyak kamajuan akan di bawa ke Pagoh, termasuk universiti bertaraf antarabangsa,” katanya.

Malaysia Memilih
Semak keputusan PRU15
Berita berkaitan
Dulu kritik PM jadi Menteri Kewangan, sekarang Rafizi kata boleh pula
8 jam lalu· Politik
Saya seleweng RM600 bilion?
9 jam lalu· Rencana
Tarik sokongan dan desak PRU-15 masa banjir, siapa yang meroyan sebenarnya Zahid?
December 4, 2022· Politik
DAP telan setiap keputusan Anwar, malah sokong kleptokrat kembali
December 4, 2022· Politik
Popular
Shahidan cadang lagu ‘penyamun’ didendang PH kepada UMNO ditukar
December 5, 2022
Habuan calon MIC tarik diri: PH-UMNO mula nak salah guna kuasa
December 5, 2022
Wayang politik: Pakatan PH-UMNO kerajaan atau pembangkang?
December 5, 2022
Angkat semula kleptokrat, MP PKR malu nak ungkap lagi kata keramat ‘reformasi’
December 5, 2022
Lagi Politik terkini
Kabinet Anwar beri ‘kejutan biadab’ terhadap masyarakat sivil: SUARAM
1 jam lalu · Politik
Segerakan juga siasat pemimpin PH main isu sensitiviti umat Islam: Hadi
3 jam lalu · Politik
MP PKR malu, tertipu bila Anwar bersekongkol dengan kleptokrat
5 jam lalu · Politik
Kumpulan berfahaman kiri mudah pengaruhi kerajaan PH-UMNO
6 jam lalu · Politik
Wayang politik: Pakatan PH-UMNO kerajaan atau pembangkang?
6 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Muhyiddin tak takut disiasat, dakwaan RM600 bilion berniat jahat
3 jam lalu
[VIDEO] Ucapan Ustaz Nassuruddin di ceramah PRK Padang Serai
8 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok