Video tular ‘pengundi hantu’ dalam pemilihan UMNO jejas imej parti, kata Shahrir

March 13, 2023 · Politik

Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan UMNO (JPU) 2023, Tan Sri Shahrir Samad menyifatkan penularan video berhubung dakwaan pengundi hantu dalam proses pemilihan mencemar imej parti tersebut.

Terdahulu, kecoh dalam media sosial satu video yang dirakam semasa proses pemilihan berlangsung yang memaparkan pertikaman lidah berhubung isu kertas undi lebih.

Shahrir berkata perbuatan merekod dan menyebar video dengan tujuan untuk meviralkan kepada umum adalah salah dan menjejaskan imej parti.

“Setakat ini, kita belum menerima apa-apa bantahan mengenai perkara dan situasi yang sudah diviralkan melalui video yang sudah diambil di dalam pusat mengira undi. Kita belum terima apa-apa bantahan lagi.

“Kalau kita tak terima apa-apa bantahan sehingga Selasa, apa yang kita akan lalukan adalah mengambil tindakan terhadap pihak yang mengambil video itu dan meviralkannya.

“Apabila diviralkan video seperti itu dan ia menimbulkan pelbagai spekulasi. Jadi pihak yang bertanggungjawab mengambil video dan menyebarkan di alam maya akan berdepan tindakan,” katanya dipetik laporan BH.

Beliau mengulas mengenai satu video yang tular hari ini dipercayai berlaku di pusat kiraan undi bagi sayap Pemuda UMNO Titiwangsa, berkait dakwaan manipulasi undi oleh JPU bahagian Titiwangsa.

Dalam perkembangan lain, (JPU) Bahagian Titiwangsa menggantung mesyuarat Pemuda bahagian itu akibat kekecohan berpunca daripada lebihan kertas undi ketika pendaftaran kelmarin.

Pengerusi JPU Titiwangsa, Zaharah Adnan, berkata perkara itu berlaku kerana terdapat keengganan pihak Ahli Jawatankuasa (AJK) Pemuda menerima pendaftaran dilakukan pihak JPU dan memaksa pendaftaran AJK Pemuda juga diterima pakai.

Berikutan itu, katanya ia menimbulkan kekecohan ketika pengiraan undi berlangsung.

“Terjadi insiden ketegangan dan ugut-mengugut di antara AJK Pemuda Bahagian dengan pihak JPU menyebabkan suasana terlalu tegang sehinggakan jalan penyelesaian tidak dapat dicapai.

“Untuk mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku maka Pengerusi JPU Titiwangsa menggantung pemilihan Pemuda Titiwangsa kepada suatu tarikh yang akan ditetapkan kelak,” katanya.

Berita berkaitan
Kalah tiga pilihan raya, Asyraf dilantik jadi Setiausaha Agung UMNO baharu
21 jam lalu· Politik
Isu ziarah gereja: Polis akan panggil Hannah Yeoh untuk dirakam keterangan
March 20, 2023· Isu semasa
Ramai stres kos sara hidup tinggi, sekolah buka serentak Ramadan
March 20, 2023· Isu semasa
Warisan tak tolak bekerjasama dengan UMNO hadapi PRN Sabah: Shafie
March 20, 2023· Politik
Popular
Sekarang Anwar jadi PM, orang Melayu nak berkumpul pun tak boleh: Dr Mahathir
March 23, 2023
Kalah tiga pilihan raya, Asyraf dilantik jadi Setiausaha Agung UMNO baharu
March 22, 2023
Saya sibuk, tak sempat baca surat MUDA mohon sertai PH: Saifuddin
March 22, 2023
Jangan pandang ringan ‘suara dari penjara’, kata KJ kepada UMNO
March 21, 2023
Lagi Politik terkini
Puak politik liberal lindungi LGBTQ, acara songsang terbuka di Malaysia
54 minit lalu · Politik
Sekarang Anwar jadi PM, orang Melayu nak berkumpul pun tak boleh: Dr Mahathir
9 jam lalu · Politik
Saya sibuk, tak sempat baca surat MUDA mohon sertai PH: Saifuddin
24 jam lalu · Politik
Anwar beri cadangan dangkal cagar KWSP: Ketua Penerangan Bersatu
March 22, 2023 · Politik
Bila DAP nak ada Setiausaha Agung orang Melayu pula?
March 22, 2023 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Laporan polis premis mahu anjur pesta kepondanan, LGBT
24 jam lalu
[VIDEO] Bersatu persoal penjelasan Anwar isu kuasa pelepasan cukai
March 22, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok