Veteran UMNO syor adakan EGM pecat Zahid

April 11, 2021 · Politik

Pemecatan Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi boleh dilakukan dengan mengadakan Perhimpunan Agung Luar Biasa (EGM), itu cadangan yang disuarakan Veteran UMNO.

Setiausaha Agungnya, Datuk Mustapha Yaakub berkata EGM adalah langkah terbaik untuk menoktahkan kemelut dalaman parti yang berpunca daripada klip audio tular melibatkan Zahid dengan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Memang ada pihak mahukan EGM, dengan membawa usul sama ada untuk menarik balik keputusan soal kerjasama dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dan satu lagi mendesak supaya Ahmad Zahid berundur,” katanya dipetik Mingguan Malaysia hari ini.

Dalam Perlembagaan UMNO terdapat fasal yang membolehkan EGM diadakan dengan segera.

Portal tersebut juga memetik Fasal 9.11, jika semua Ahli MT berhenti serentak maka Pengerusi Tetap atau Timbalannya hendaklah dalam tempoh tidak lebih daripada 60 hari mengadakan EGM bagi menubuhkan semula MT dan Perhimpunan Agung itu hendaklah menetapkan tempoh perkhidmatan MT yang baru ditubuhkan itu.

Bagi soal peletakan jawatan presiden parti, Fasal 9.12 menyebut jawatan Ahli MT termasuk Presiden dan Timbalan Presiden boleh dilucutkan atau MT dibubarkan oleh EGM dengan undian tidak kurang daripada dua pertiga daripada jumlah bilangan ahli yang berhak hadir.

Kata Mustapha lagi, pemilihan hanya dapat dijalankan paling cepat pun pada Oktober dan November memandangkan mandat Majlis Tertinggi hanya akan berakhir pada Jun ini dan hanya selepas itu baharu pemilihan parti boleh diadakan.

“Tarikh hayat barisan Majlis Tertinggi (MT) bagi sesi 2018-2021 berakhir pada bulan Jun ini, tetapi kalau nak buat pemilihan selepas itu, 21,000 cawangan dan 191 bahagian perlu bermesyuarat terlebih dahulu lepas itu baru MT akan bermesyuarat.

“Jadi dijangka bulan Oktober atau bulan November baru boleh adakan pemilihan,” katanya.

Baru-baru ini, Agenda Daily melaporkan satu klip audio suara mirip Anwar dan Zahid sedang berbincang strategi politik selepas Perhimpunan Agung UMNO 2020 (PAU) baru-baru ini.

Perbualan kedua-dua pemimpin itu sangat mesra dengan mereka saling bertukar pandangan berhubung ucapan perwakilan ketika perhimpunan baru-baru ini.

Zahid dan Anwar kini sedang berdepan tekanan susulan penularan klip audio tersebut, mereka berdua juga pada awalnya mahu melaporkan kepada polis untuk menyiasat dalang penularan klip tersebut bagaimanapun pihak berkuasa berkata masih belum menerima sebarang laporan setakat ini.

Berita berkaitan
Saman fitnah: Rayuan Jamal ditolak, perlu bayar RM300 ribu kepada Kok
March 27, 2024· Isu semasa
Dewan Rakyat: Usul gantung Wan Saiful ditarik balik
March 5, 2024· Politik
DAP semakin berani disebabkan UMNO hanya ‘penumpang’ dalam kerajaan
February 13, 2024· Politik
Isu RM750 juta, PAS minta PMX beri penjelasan jangan melulu buat tuduhan
January 10, 2024· Politik
Popular
Rafizi balas kecaman Puad, ‘dia saja seorang bising’
March 27, 2024
PRU-15: Senarai calon UMNO menang Parlimen
November 21, 2022
Kit Siang bangkitkan isu PM bukan Melayu, tapi Puad pula bidas PN
December 17, 2023
Ketua Bahagian Tanjung Piai sahkan ikut PM ke UNGA di Amerika, Mat Maslan nafi
September 13, 2022
Lagi Politik terkini
Rafizi balas kecaman Puad, ‘dia saja seorang bising’
March 27, 2024 · Politik
Selepas Zahid, Isa Samad juga dibebas daripada tuduhan rasuah RM3 juta
March 6, 2024 · Politik
Anwar patut jawab kejatuhan ringgit bukan orang lain, kata Ahli Parlimen
March 5, 2024 · Politik
Sekarang rakyat cakap balik kepada Tambun, ‘Hang yang tak reti jaga negeri’
March 5, 2024 · Politik
NGO bidas kerajaan perkenal kod etika, dakwa cuba sekat media
February 21, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok