Veteran UMNO bimbang dengan jangkaan Hadi kerajaan campuran boleh jatuh

March 6, 2023 · Politik

Seorang veteran UMNO, Tan Sri Shahrir Samad menasihati supaya tidak mengambil mudah dengan jangkaan dibuat oleh Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang berhubung kemungkinan kerajaan campuran boleh jatuh pada massa terdekat ini.

Shahrir berkata sebarang kemungkinan boleh berlaku susulan kenyataan Hadi yang tidak menolak kerajaan campuran Pakatan Harapan (PH)-UMNO boleh tumbang bila-bila masa, malah sebelum ini kerajaan PH juga tersungkur selepas hanya 22 bulan menjadi kerajaan pusat.

“Jatuhnya PH. Naiklah kerajaan Perikatan Nasional (PN). Pencetusnya ialah PAS.

“Sekarang sekali lagi PAS memulakan langkah untuk menjatuhkan Kerajaan Perpaduan dan menaikkan kembali sebuah kerajaan tajaan PAS.

“Sekali dah berjaya. Kali kedua, cuba lagi. Hadi sudah beri amaran awal Mac 2023. Tunggu dan lihat,” katanya dalam satu hantaran di Facebooknya.

Pada 1 Mac lalu, Hadi dilaporkan menjangkakan kerajaan hari ini yang diterajui Anwar akan tumbang tidak lama lagi.

Susulan itu, Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata tidak bimbang dengan jangkaan dibuat Hadi tersebut tetapi menasihati jika mahu menukar kerajaan ia perlu dilakukan pada Pilihan Raya Umum (PRU) depan dan bukan sekarang.

“Ketepikanlah soal perbedaan pendapat. Kalau mahu tukar kerajaan, tukar dalam PRU depan.

“Kalau penggal yang lalu, tiga pertukaran Perdana Menteri dan Malaysia menjadi bahan ketawa seluruh dunia… jangan lakukan kerja-kerja buruk ini untuk menyusahkan rakyat sekali lagi,” katanya dipetik laporan media.

Anwar juga senada dengan anak muridnya, Zahid yang juga Timbalan Perdana Menteri dengan menyifatkan ramalan kerajaan campuran akan tumbang yang dibuat Hadi sebagai ‘mengigau’ dan tidak mungkin akan berlaku.

“Tak apalah…itu hak dia (Abdul Hadi) untuk merancang dan mengigau,” katanya dipetik laporan media.

Hadi ketika membahaskan Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan 2023 di Parlimen Selasa lalu, yang mengingatkan pemimpin kerajaan sedia ada supaya tidak menyalahkan pembangkang sekiranya pentadbiran hari ini jatuh sekali lagi.

Hadi berkata, jika ia berlaku pemimpin dan penyokong PH tidak boleh mengatakan ia ‘tebuk atap’ sebaliknya ia berlaku akibat ‘atap bocor’.

“Kalau jatuh lagi, jangan salahkan kami. Bukan ‘tebuk atap’, tetapi ‘atapnya bocor’, ‘pintunya terbuka’ dan ‘dindingnya pecah’,” katanya

Berita berkaitan
Sekarang Anwar jadi PM, orang Melayu nak berkumpul pun tak boleh: Dr Mahathir
9 jam lalu· Politik
Kalah tiga pilihan raya, Asyraf dilantik jadi Setiausaha Agung UMNO baharu
21 jam lalu· Politik
Tak ada dibuat kerajaan di dunia kawal harga makanan siap masak: Rafizi
March 21, 2023· Isu semasa
PMX pertahan cadangan cagar akaun KWSP, tiada risiko besar
March 21, 2023· Isu semasa
Popular
Sekarang Anwar jadi PM, orang Melayu nak berkumpul pun tak boleh: Dr Mahathir
March 23, 2023
Kalah tiga pilihan raya, Asyraf dilantik jadi Setiausaha Agung UMNO baharu
March 22, 2023
Saya sibuk, tak sempat baca surat MUDA mohon sertai PH: Saifuddin
March 22, 2023
Jangan pandang ringan ‘suara dari penjara’, kata KJ kepada UMNO
March 21, 2023
Lagi Politik terkini
Puak politik liberal lindungi LGBTQ, acara songsang terbuka di Malaysia
52 minit lalu · Politik
Saya sibuk, tak sempat baca surat MUDA mohon sertai PH: Saifuddin
24 jam lalu · Politik
Anwar beri cadangan dangkal cagar KWSP: Ketua Penerangan Bersatu
March 22, 2023 · Politik
Bila DAP nak ada Setiausaha Agung orang Melayu pula?
March 22, 2023 · Politik
‘Zaman Warisan sudah berlalu’
March 22, 2023 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Laporan polis premis mahu anjur pesta kepondanan, LGBT
23 jam lalu
[VIDEO] Bersatu persoal penjelasan Anwar isu kuasa pelepasan cukai
March 22, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok