Utamakan kepentingan rakyat bukan berdendam dengan pembangkang, kata PN

February 4, 2023 · Politik

Perikatan Nasional (PN) menggesa supaya kerajaan campuran Pakatan Harapan (PH)-Barisan Nasional (BN) supaya melihat kepentingan rakyat dan bukan bersikap membalas dendam kepada pembangkang.

Ketua Whip PN, Datuk Seri Takiyuddin Hassan mahu Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata peruntukan pembangunan memberi manfaat kepada rakyat dan tidak sepatutnya dipotong atau mengurangkannya atas alasan kedudukan kewangan.

“Meskipun Kerajaan Persekutuan dikatakan mengambil langkah mengawal kewangan selaras dengan kedudukan dan kekangan ekonomi negara, namun peruntukan pembangunan yang disalurkan melalui Ahli Parlimen yang memberikan manfaat dan faedah terus kepada rakyat tidak sepatutnya diganggu meskipun dikurangkan,” katanya dalam satu kenyataan.

Takiyuddin juga menggesa kerajaan memberi jaminan peruntukan pembangunan kepada pembangkang tidak disekat seperti yang didakwa dilakukan baru-baru ini apabila hanya Ahli Parlimen kerajaan diberikan peruntukan pembangunan.

“PN turut menggesa Perdana Menteri memberikan jaminan bahawa peruntukan pembangunan in akan diberikan kepada semua Ahli-Ahli Parlimen seluruh negara merentasi parti mereka sebagaimana yang telah dilaksanakan ole kerajaan terdahulu.

“Sebelum in peruntukan tersebut pula disalurkan terus kepada Pusat Khidmat Ahli Parlimen melalui Unit Penelarasan dan Pelaksanaan (ICU), Jabatan Perdana Menteri. Jaminan ini amatlah penting diberikan kerana ia juga selaras dengan Tawaran Harapan yang dibuat ole Pakatan Harapan semasa Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15),” katanya lagi.

Untuk rekod, PH dalam manifestonya berjanji untuk memberi peruntukan sama rata kepada semua Ahli Parlimen tanpa mengira parti.

Dalam pada itu, Takiyuddin juga menggesa supaya kerajaan campuran dipimpin Anwar daripada berhenti berdendam dengan pembangkang, ia selepas beberapa tindakan yang dilihat bermotif politik diambil baru-baru ini.

“PN mengharapkan Kerajaan Persekutuan khususnya Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan Malaysia mengutamakan kepentingan rakyat dan mengurangkan unsur-unsur seumpama deraan dan balas dendam kepada pihak pembangkang yang telah menerima mandat yang sah dari rakyat melalui saluran demokrasi pilihan raya dan memenuhi lunas-lunas undang-undang,” katanya.

Terdahulu, media melaporkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bertindak membekukan akaun parti Bersatu atas alasan sedang menyiasat perbelanjaan semasa PRU-15 lalu.

Pemerhati melihat kerajaan campuran cuba menyekat kemaraan PN menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) yang akan diadakan pada masa terdekat.

Berita berkaitan
Program dialog disekat UiTM, Syed Saddiq bidas kerajaan campuran
6 jam lalu· Uncategorized
Adakah Najib akan dibebaskan esok semasa pentadbiran kerajaan campuran?
14 jam lalu· Politik
Lokasi majlis buka puasa di MAEPS bersama MB Kedah dibatalkan pula, arahan siapa?
March 29, 2023· Politik
Ketua Menteri Melaka letak jawatan, Zahid sahkan bakal umum nama baharu
March 29, 2023· Politik
Popular
Adakah Najib akan dibebaskan esok semasa pentadbiran kerajaan campuran?
March 30, 2023
PAS kata PRN masa sesuai PH, DAP putuskan terus nyawa UMNO
March 31, 2023
Ketua Pemuda UMNO pula sindir Exco Melaka isu kerajaan ‘tebuk atap’
March 30, 2023
AJK UMNO Bahagian Tangga Batu tak iktiraf Rais Yasin ketua baharu
March 30, 2023
Lagi Politik terkini
PAS kata PRN masa sesuai PH, DAP putuskan terus nyawa UMNO
5 jam lalu · Politik
PH setuju tubuh kerajaan campuran UMNO-PH Melaka
16 jam lalu · Politik
Larangan terhadap MB Kedah: PH-BN bawa landskap politik lapuk
17 jam lalu · Politik
Ketua Pemuda UMNO pula sindir Exco Melaka isu kerajaan ‘tebuk atap’
17 jam lalu · Politik
AJK UMNO Bahagian Tangga Batu tak iktiraf Rais Yasin ketua baharu
18 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Machang tak buat laporan polis, dakwaan Jelutong berniat jahat
March 29, 2023
[VIDEO] Bantah bahasa Inggeris dalam RUU, Besut digantung tiga hari
March 29, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok