Utamakan akhlak, moral baik hadapi zaman mencabar, kata Muhyiddin

November 16, 2022 · Politik

Pengerusi Perikatan Nasional Tan Sri Muhyiddin Yassin menekan kepentingan pembentukan akhlak serta moral yang baik dalam zaman yang semakin mencabar pada ketika ini.

Menurutnya soal pembangunan akhlak dan sahsiah diri seperti yang ditekankan oleh Islam dapat menentukan rakyat Malaysia dapat hidup dengan lebih aman dan sejahtera.

“Hari ni kita berhadapan dengan banyak masalah cabaran yang ada dihadapi oleh umat Islam di negara kita bukan saja dalam soal pembangunan insanian, tetapi dalam bidang-bidang yang lain.

“Yang penting ialah untuk kita kembali semula pada suatu sirah dan perjalanan yang telah pun ditunjuk oleh Rasulullah SAW supaya hidup kita lebih aman sejahtera dalam keadaan perpaduan yang pastinya ditekankan oleh Islam.

“Oleh sebab itu penekanan pada soal pembentukan akhlak, budi pekerti dalam situasi dan zaman yang agak mencabar pada waktu ini adalah sesuatu yang wajib kita tuntut, baik dari segi pembelajaran, agama, pendidikan di sekolah dengan juga pembangunan akhlak dan sahsiah oleh keluarga dan ibu bapa yang saya fikir akan menentukan masa depan kita yang lebih selamat,” katanya.

Turut hadir Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Kepong, Datuk Dr. Sahruddin Jamal yang juga bekas Menteri Besar Johor.

Muhyiddin yang juga calon perikatan Nasional bagi kerusi Parlimen Pagoh berkata demikian pada program Selawat Malam Cinta Rasul Parlimen Pagoh di Kompleks Sukan Pagoh, malam ini (16 November 2022).

Sehubungan itu, Muhyiddin mengajak umat Islam mencontohi peribadi dan akhlak serta menghayati sirah Nabi Muhammad SAW sebagai panduan mengharungi kehidupan dunia yang semakin mencabar ketika ini.

Sementara itu, beliau yang juga Pengerusi Perikatan Nasional (PN) mengingatkan mereka yang sudah boleh mengundi supaya menunaikan tanggungjawab tersebut pada Sabtu ini.

Katanya yang juga penyandang kerusi Parlimen Pagoh, pilihan raya umum (PRU) akan memberi peluang kepada rakyat untuk memilih kerajaan.

Malaysia Memilih
Semak keputusan PRU15
Berita berkaitan
Saya seleweng RM600 bilion?
9 jam lalu· Rencana
Selepas jadi PM, Anwar kata sedia terima PN dalam kerajaan dibentuk
November 24, 2022· Politik
Agong titah 30 MP BN datang menghadap, yang datang cuma 3
November 23, 2022· Politik
PN terima satu lagi sokongan angkat Muhyiddin jadi PM
November 22, 2022· Politik
Popular
Shahidan cadang lagu ‘penyamun’ didendang PH kepada UMNO ditukar
December 5, 2022
Habuan calon MIC tarik diri: PH-UMNO mula nak salah guna kuasa
December 5, 2022
Wayang politik: Pakatan PH-UMNO kerajaan atau pembangkang?
December 5, 2022
Angkat semula kleptokrat, MP PKR malu nak ungkap lagi kata keramat ‘reformasi’
December 5, 2022
Lagi Politik terkini
Kabinet Anwar beri ‘kejutan biadab’ terhadap masyarakat sivil: SUARAM
2 jam lalu · Politik
Segerakan juga siasat pemimpin PH main isu sensitiviti umat Islam: Hadi
3 jam lalu · Politik
MP PKR malu, tertipu bila Anwar bersekongkol dengan kleptokrat
5 jam lalu · Politik
Kumpulan berfahaman kiri mudah pengaruhi kerajaan PH-UMNO
6 jam lalu · Politik
Wayang politik: Pakatan PH-UMNO kerajaan atau pembangkang?
7 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Muhyiddin tak takut disiasat, dakwaan RM600 bilion berniat jahat
3 jam lalu
[VIDEO] Ucapan Ustaz Nassuruddin di ceramah PRK Padang Serai
8 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok