Usul undi percaya, pembangkang tidak mahu sulitkan sokong Ismail Sabri

August 25, 2021 · Politik

Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi isyarat mungkin tidak menentang Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob jika usul undi percaya dibentangkan di Parlimen kelak pada September.

Anwar yang bersama pemimpin Pakatan Harapan, Mohamad Sabu (Amanah) dan Lim Guan Eng (DAP) sejurus pertemuan dengan Ismail Sabri di pejabatnya Putrajaya berkata mereka tidak mahu sulitkan sekiranya usul tersebut dibawa ke Parlimen untuk mengabsahkan kedudukannya sebagai PM ke-9.

“Kita beritahu, kalau suasana begini dan program-program adalah pro-rakyat, kita tidak mahu sulitkan (undi percaya),” katanya dipetik semasa bertemu wartawan selepas bertemu Ismail Sabri di Pejabat Perdana Menteri (PMO) hari ini.

Terdahulu, ketiga-tiga pemimpin pembangkang itu dilaporkan menerima pelawaan Ismail Sabri untuk bertemu di PMO langkah bagi mematuhi titah Istana Negara supaya kerajaan baru bekerjasama dengan pembangkang dalam usaha melawan pandemik Covid-19.

Anwar berkata jemputan Ismail Sabri kepada menunjukkan UMNO sudah mengabaikan pendirian dan dasar “No Anwar No DAP” sebelum ini.

“Ismail Sabri ini mewakili Umno, dia bincang dengan UMNO dan DAP. Saya bergurau dengan dia, ‘No Anwar No DAP’ ini nampak dah berubah lah,” katanya lagi.

Semalam, blok pembangkang mendesak beberapa permintaan yang dilihat sama dengan tawaran dibuat oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin kepada mereka tetapi menolaknya kerana terlalu percayakan Anwar.

Blok pembangkang menggariskan empat tuntutan yang sama dengan tawaran dibuat oleh Muhyiddin sebelum ini, tiga tuntutan lain tersebut adalah menggesa kerajaan baharu melaksanakan Undi 18 dan Akta Anti Lompat Parti, reformasi dan penambahbaikan Pelan Pemulihan Negara, reformasi fiskal dengan meningkatkan jumlah bantuan untuk rakyat termasuk suntikan tunai RM45 bilion secara langsung dan reformasi institusi dengan memperkasa Parlimen melalui penggubalan Akta Suruhanjaya Perkhidmatan Parlimen, memperkukuh fungsi semak imbang Parlimen, serta mengiktiraf peranan Pembangkang dengan benar-benar dilibatkan dalam usaha dan ikhtiar Kerajaan.

Untuk rekod, semua tuntutan tersebut adalah tawaran Muhyiddin sebelum meletakan jawatannya sebagai PM Ke-8.

Ismal Sabri dalam ucapan sulungnya pada Ahad menawarkan kerjasama itu melalui penyertaan dalam Majlis Pemulihan Negara dan Jawatankuasa Khas Menangani Covid-19.

Kata Ismail Sabri Yaakob ia selaras dengan titah Yang di-Pertuan Agong yang mahu semua pihak melupakan perbezaan demi demi mencapai kesejahteraan dan kebajikan rakyat.

Pemimpin blok pembangkang DAP dan PKR sudah menyatakan kesediaan untuk menimbang tawaran tersebut dan akan berbincang terlebih dahulu dengan rakan komponen sebelum membuat keputusan.

Berita berkaitan
Ringgit jatuh lagi menghampiri RM4.70, kerajaan masih abai nasihat MPN
9 jam lalu· Isu semasa
Bukan saya tentukan calon bertanding di Arau, kata Shahidan
12 jam lalu· Politik
Patut tanya PM, kata Speaker selepas pembangkang soal isu bubar Parlimen
14 jam lalu· Politik
Perlu kebenaran penjara jika Najib mahu hadir ke Parlimen: Speaker
15 jam lalu· Politik
Popular
Bukan saya tentukan calon bertanding di Arau, kata Shahidan
October 3, 2022
Tajuddin sindir Zahid, kenapa tak gantung keahlian sampai mati saja?
October 3, 2022
Patut tanya PM, kata Speaker selepas pembangkang soal isu bubar Parlimen
October 3, 2022
Zahid kata UMNO bukan parti nyamuk tak pandai urus negara
October 3, 2022
Lagi Politik terkini
Zahid kata UMNO bukan parti nyamuk tak pandai urus negara
11 jam lalu · Politik
Tajuddin sindir Zahid, kenapa tak gantung keahlian sampai mati saja?
16 jam lalu · Politik
Zahid kata keputusan pecat dan gantung ahli supaya UMNO harmoni
16 jam lalu · Politik
Kalau tak semua mungkin tempat tertentu, PAS berunding kerusi dengan UMNO
17 jam lalu · Politik
Bolehkah Yang di-Pertuan Agong tolak cadangan bubar Parlimen?
19 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Najib bukan Ahli Parlimen jika pengampunan ditolak, jelas Shafee
9 jam lalu
[VIDEO] Hutang negara dalam dolar AS hanya 5 peratus, kata menteri
12 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok