Usul UMNO: Kenyataan menteri bercanggah dengan kandungan surat RoS?

March 7, 2023 · Politik

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail digesa menjelaskan percanggahan kenyataan dibuatnya hari ini dengan kandungan surat yang dikeluarkan oleh Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS) bertarikh 2 Mac 2023.

Setiausaha Agung PAS, Datuk Seri Takiyuddin Hassan yang jugas seorang peguam mendakwa RoS dalam surat tersebut memutuskan usul tambahan yang dibuat dalam Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2022 untuk tidak mempertandingkan jawatan presiden dan timbalan presiden pada pemilihan parti itu adalah tidak sah.

Katanya Saifuddin perlu menjelaskan kriteria memberi pengecualian kepada UMNO daripada mematuhi Seksyen 13(1)(c)(iv) Akta Pertubuhan 1966 (Akta 832) berhubung keputusan usul tambahan tersebut.

Menurut Ahli Parlimen Kota Bharu itu lagi surat tersebut mengatakan bahawa jabatan itu mendapati usul tambahan UMNO itu adalah tidak teratur serta bertentangan dan bercanggah dengan perlembagaan parti berkenaan.

“Sebagai seorang awam, apatah lagi seorang ahli Parlimen kita telah dapat mengesahkan satu surat  yang ditujukan kepada UMNO yang mana dalam perenggan kedua surat ini jika benar mengatakan bahawa berdasarkan semakan dan surat UMNO bertarikh 27 Januari, 2 Febuari dan 14 Febuari, jabatan ini mendapati bahawa usul tambahan UMNO yang diputuskan dalam PAU adalah tidak teratur serta bertentangan dengan bercanggah dengan perlembagaan UMNO.

“Justeru dengan kuasa diperuntukkan kepada RoS keputusan usul tambahan yang mana jawatan presiden dan timbalan presiden tidak dipertandingan pada pemilihan parti akan datang adalah tidak sah.

“Saya tidak tahu surat ini tulen atau tidak tetapi ianya bercanggah dengan kenyataan akhbar atau media yang diberikan menteri dalam negeri (Saifuddin) yang mengatakan bahawa telah memutuskan memberi pengecualian daripada pematuhan Seksyen 13 Akta 832 kepada UMNO,” katanya pada persidangan Dewan Rakyat, hari ini.

Awal hari ini, Saifuddin menerusi satu kenyataan kepada media berkata KDN memberi pengecualian kepada kepada UMNO daripada pematuhan Seksyen 13(1)(c)(iv) Akta 832.

“Merujuk kepada Perlembagaan dan Peraturan-Peraturan Persidangan UMNO, kementerian (KDN) berdasarkan Seksyen 70 Akta Pertubuhan 1966 (Akta 832) telah memutuskan untuk memberi pengecualian daripada pematuhan Seksyen 13(1)(c)(iv) Akta 832 kepada UMNO berhubung keputusan usul tambahan yang telah diluluskan dalam PAU 2022 berkaitan jawatan Presiden dan Timbalan Presiden UMNO yang tidak akan dipertandingkan pada pemilihan UMNO yang akan datang,” kata Saifuddin.

Selain itu, Takiyuddin yang juga bekas menteri undang-undang berkata kerajaan perlumenjelaskan perkara tersebut kerana isu tersebut melibatkan kepentingan awam.

“Kalau inilah amalan yang dilakukan adakah pertubuhan lain boleh mencontohinya? Saya mahu tahu daripada menteri dalam negeri, adakah ini fakta bukan duluan yang mengikat (binding precedent) untuk mana-mana pertubuhan?

“Ini adalah perkara cukup penting untuk diperjelaskan oleh pihak kerajaan,” katanya.

Berita berkaitan
NGO hak asasi kritik kerajaan isu Sosma, minta Saifuddin letak jawatan: Laporan
March 13, 2023· Isu semasa
Saifuddin tak ulas isu surat RoS tular kepada UMNO, pertahan keputusan pengecualian
March 8, 2023· Politik
Surat tular RoS, Hishammuddin kata ‘apa dah jadi dengan UMNO?’
March 8, 2023· Politik
Presiden UMNO kata tidak tahu surat RoS tular
March 8, 2023· Politik
Popular
Menteri agama ditegur bermain wayang dalam isu ziarah gereja
March 20, 2023
Apa yang dipertahan PKR adalah ajaran Kitab Injil: Hadi Awang
March 19, 2023
RM2.25 juta berjaya dikumpul untuk bayar ganti rugi kes saman MP DAP
March 20, 2023
Hala tuju kerajaan PH-BN bela nasib rakyat semakin tersasar
March 20, 2023
Lagi Politik terkini
Menteri agama ditegur bermain wayang dalam isu ziarah gereja
12 jam lalu · Politik
RM2.25 juta berjaya dikumpul untuk bayar ganti rugi kes saman MP DAP
15 jam lalu · Politik
Zahid dakwa akar umbi mahu UMNO kekal bersama DAP dalam kerajaan
18 jam lalu · Politik
Hala tuju kerajaan PH-BN bela nasib rakyat semakin tersasar
19 jam lalu · Politik
Warisan tak tolak bekerjasama dengan UMNO hadapi PRN Sabah: Shafie
22 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Anak muda pantang ditipu, lebih yakin dengan Perikatan
16 jam lalu
[VIDEO] Sertai Pakatan dakyah ‘cybertrooper’, PAS tawakal dengan Bersatu
20 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok