Usul lantik Speaker Parlimen antara penentu sokongan terhadap Anwar

December 1, 2022 · Politik

Usul untuk memilih Yang Dipertua Dewan Rakyat, walaupun hanya isu kecil, namun ianya tidak boleh dipandang ringan kerana akan menjadi bukti sama ada Datuk Seri Anwar Ibrahim dan kerajaannya mendapat sokongan majoriti atau tidak.

Pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu sebelum ini diumum sebagai PM kesepuluh setelah Yang di-Pertuan Agung percaya Anwar mungkin mendapat sokongan majoriti ahli Parlimen.

Bagaimanapun, kini keabsahan Anwar sebagai PM akan ditentukan menerusi sokongan yang diterimanya di Parlimen terhadap apa sahaja usul yang dibawa kerajaannya, setelah beliau sebelum ini gagal menunjukkan akuan berkanun (SD) ahli Dewan Rakyat yang menyokongnya.

Keadaan sama pernah dialami Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika menjadi PM kelapan, apabila Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menggunakan SD bagi membuktikan Pengerusi Perikatan Nasional itu hilang sokongan di Dewan Rakyat.

Pembuktian terhadap keabsahan sokongan diterima Anwar bakal bermula pada sidang Dewan Rakyat yang dijadual selama dua hari mulai 19 Disember depan.

Pada sidang itu, Anwar dijangka membawa dua usul awal iaitu:

  1. Usul meminta Tan Sri Azhar Azizan Harun mengosongkan kerusi Yang Dipertua Dewan Rakyat; dan
  2. Usul memilih Yang di-Pertua Dewan Rakyat, di mana seorang individu akan dinamakan mengikut Peraturan Mesyuarat 4(1) Peraturan-Peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat.

Menurut surat jemputan dihantar kepada Ahli Parlimen hari ini (1 Disember 2022), aturan mesyuarat pertama adalah pemilihan Yang Dipertua Dewan Rakyat.

Ini kemudian diikuti sesi angkat sumpah oleh Ahli Parlimen yang menang dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) dan pemilihan Timbalan Speaker.

Usul memilih Speaker baharu Parlimen akan dibuat setelah usul pertama diluluskan. Pengundian bagi kedua-dua usul ini biasanya dijalankan secara belah bahagian.

Pertukaran Yang Dipertua Dewan Rakyat lazim berlaku apabila kerajaan baharu mengambil alih tampuk pemerintahan.

Anwar mungkin tidak membawa usul percaya terhadap dirinya sebagai PM, seperti dijanjikannya, jika kedua-dua usul berkenaan lulus walaupun dengan hanya satu undi menyokong.

Sekiranya kedua-dua usul itu diluluskan, sekali gus akan membuktikan Anwar sememangnya mendapat sokongan ahli Parlimen berhubung pelantikannya sebagai PM.

Ini juga akan dijadikan alasan oleh penyokongnya untuk membuktikan pemimpin mereka mendapat sokongan majoriti ahli Dewan Rakyat, dan Anwar tidak perlu lagi membawa usul percaya.

Tetapi jika dua usul itu tidak mendapat sokongan majoriti ahli Parlimen, ianya sekali gus menunjukkan bahawa Anwar dan kerajaannya tidak mendapat sokongan majoriti ahli Parlimen dan beliau perlu berundur.

Namun, sepanjang pentadbiran kerajaan baharu yang hanya bergantung kepada sokongan khusus daripada BN, Anwar bakal berdepan lebih banyak cabaran untuk membuktikan keabsahannya, termasuk ketika membentangkan Bajet 2023.

Berita berkaitan
Johari sahkan Mohammed Iqbal adalah anaknya, sama dalam web rasmi Parlimen
4 jam lalu· Isu semasa
Anwar patut tanya apa nilai UMNO Zahid bawa dalam kerajaan, kata KJ
January 30, 2023· Politik
MP PH kata lantik Nurul Izzah salah dari segi moral
January 30, 2023· Isu semasa
Penasihat ekonomi wajib ada latar belakang ekonomi, CME bidas Anwar
January 30, 2023· Isu semasa
Popular
Terdesak nak undi orang Melayu sehingga terpaksa calarkan imej Bersatu: Khairy
February 3, 2023
Khairy masuk PKR mungkin Rafizi akan rasa tercabar: Zahidi
February 3, 2023
Pembekuan akaun Bersatu ketika PRN semakin dekat berniat jahat: MB Perlis
February 3, 2023
Pertandingan dua jawatan tertinggi, Ismail Sabri kata tunggu keputusan RoS
February 3, 2023
Lagi Politik terkini
PKR Perlis label Zahidi sebagai ‘tong sampah’, gesa jangan terima
3 jam lalu · Politik
Pertandingan dua jawatan tertinggi, Ismail Sabri kata tunggu keputusan RoS
4 jam lalu · Politik
Pembekuan akaun Bersatu ketika PRN semakin dekat berniat jahat: MB Perlis
12 jam lalu · Politik
Khairy masuk PKR mungkin Rafizi akan rasa tercabar: Zahidi
18 jam lalu · Politik
Sudah banyak kali jawatan Presiden, Timbalan Presiden tak dipertandingkan: Mat Maslan
18 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Perikatan ada peluang menang PRN, yang pasti UMNO ‘bungkus’
February 3, 2023
[VIDEO] Beku akaun Bersatu, sabotaj Perikatan menang PRN enam negeri
February 2, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok