Usul Badan Peguam bidas Menteri UMNO gagal pertahankan institusi kehakiman

May 11, 2023 · Politik

Badan Peguam Malaysia dalam usul yang diluluskan semalam antara lain membidas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said kerana tindakannya menjejaskan kebebasan Badan Kehakiman.

Dala usul tersebut, Badan Peguam Malaysia membangkitkan keputusan yang dibuat oleh Menteri UMNO itu, Azalina dalam melibatkan isu dengan Hakim Mahkamah Rayuan Datuk Mohd Nazlan Mohd Ghazali bersabit kes rasuah dihadapi bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

“Badan Peguam Malaysia seterusnya membantah tingkah laku Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) yang menjejaskan kebebasan badan kehakiman,” menurut usul yang disiarkan dalam kenyataan semalam.

Usul tersebut dibuat selepas Mesyuarat Agung Luar Biasanya (EGM) yang diadakan semalam.

Dalam usul tersebut, Badan Peguam memetik serangan terhadap Mohd Nazlan, yang mendengar dan memutuskan kes penyelewengan dana SRC International Sdn Bhd yang dihadapi Najib di Mahkamah Tinggi.

Hakim itu menjatuhkan hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta terhadap Najib selepas mendapati beliau bersalah terhadap tujuh tuduhan pecah amanah, menyalahgunakan kedudukan dan pengubahan wang haram dana RM42 juta milik SRC, pada 28 Julai 2020.

Badan Peguam dalam resolusi itu menyatakan bahawa dakwaan konflik kepentingan terhadap Mohd Nazlan sudah diputuskan melalui dua panel berasingan Mahkamah Persekutuan tanpa penghakiman berbeza.

Badan Peguam juga mengutuk tindakan semua pihak yang merendah-rendahkan kebebasan Badan Kehakiman, menjejaskan pentadbiran keadilan dan melanggar kedaulatan undang-undang.

Bulan lalu, media melaporkan Azalina mengesahkan Mohd Nazlan melanggar kod etika dan mempunyai konflik kepentingan menerusi surat bertarikh 20 Mac lalu kepada peguambela, Shafee & Co.

Azalina berkata, ia berdasarkan salinan laporan penemuan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)  bertarikh 20 Februari lalu yang dipanjangkan oleh agensi itu kepadanya.

Dalam usul berkenaan juga, Badan Peguam kesal dengan tindakan SPRM dalam membuat laporan itu, masa dan cara ia dikeluarkan dan kesimpulan terkandung di dalamnya yang bukan dalam bidang kuasa agensi siasatan terbabit.

Berita berkaitan
Speaker tolak usul bahas skandal LCS, tapi kenapa kerap dibincang semasa PRU?
14 jam lalu· Isu semasa
1MDB dapat kebenaran teruskan saman terhadap rakan sekutu Jho Low
June 7, 2023· Politik
Dalam pembelaan kes saman, Rosmah kata barang kemas diberi tanpa diminta
June 7, 2023· Isu semasa
Pelik ajaib, kapal LCS tak sampai-sampai: Syed Saddiq
June 6, 2023· Politik
Popular
Zahid ucap selamat maju jaya untuk ‘warlord’ UMNO mahu sertai PN
June 8, 2023
Pemuda UMNO menangis selepas beri Najib Anugerah Tokoh Pemuda
June 8, 2023
PAU bukan lagi bincang hal orang Melayu, tapi pujuk ahli sokong DAP
June 8, 2023
Pemuda UMNO tuntut DAP mohon maaf, Zahid kata tak perlu
June 8, 2023
Lagi Politik terkini
Tok Mat sokong cadangan minta DAP minta maaf walaupun Zahid kata tak perlu
3 jam lalu · Politik
DUN Pulau Pinang bubar 28 Jun bagi beri laluan PRN
4 jam lalu · Politik
Dikritik tolak usul skandal LCS, Speaker jawab kepada Syed Saddiq sebab ditolak
7 jam lalu · Politik
Zahid kata tak perlu, Pemuda UMNO tetap pertahan pendirian mahu DAP minta maaf
7 jam lalu · Politik
Anak harap usaha bebaskan Najib tidak dilupakan
8 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Pemuda menangis teruk Najib dapat anugerah
10 jam lalu
[VIDEO] Gelombang sudah ada, PN tetap usaha menang PRN enam negeri
June 7, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok