Usah ulangi rasuah, salah guna kuasa yang dahulu: Pemuda PAS

September 1, 2022 · Politik

Pemuda PAS menegaskan isu rasuah dan salah guna kuasa yang berlaku di negara ini – hampir kesemuanya ketika zaman UMNO dan Barisan Nasional (BN) memerintah – perlu dihentikan segera.

Tanpa menjelaskan pihak yang terbabit dalam rasuah dan salah guna kuasa itu, Ketua Pemuda PAS Ahmad Fadhli Shaari menegaskan pihaknya tidak sesekali berkompromi dengan amalan itu.

Mengambil contoh skandal projek kapal tempur pesisir pantai (LCS) Kementerian Pertahanan yang tercetus baru-baru ini, Ahli Parlimen Pasir Mas itu berkata isu berkenaan menjadi misteri telah mengejutkan negara terhadap masalah sebenar telah berlaku kepada ketelusan tadbir urus negara.

“Projek yang menelan belanja RM6 billion secara rundingan terus itu sepatutnya menambah kekuatan benteng pertahanan negara. Isu rasuah dan salah guna kuasa yang berlaku di dalam negara kita ini perlu dihentikan dengan segera dan dicari akar puncanya.

“Selain isu integriti diperingkat awal Projek LCS ini, isu kelewatan siapnya kapal-kapal ini juga perlu diberikan perhatian. Di antara puncanya adalah campur tangan kerajaan terhadap pendirian yang dibuat oleh TLDM selaku pengguna akhir.

“(Ini) yang menyebabkan projek ini akhirnya terbengkalai. Campur tangan politik yang keterlaluan menyumbang kepada projek ini tidak dapat disiapkan mengikut garis masa yang telah ditetapkan,” katanya menurut Harakah.

Beliau berkata demikian pada Ucaptama Ketua Pemuda PAS di Muktamar Tahunan Pemuda PAS Malaysia Kali Ke-63 bertema ‘Pemuda Generasi Sejahtera’ di Alor Setar, hari ini.

Ahmad Fadhli yang juga Ketua Pemuda Perikatan Nasional (PN) turut menempelak kerosakan dilakukan Pakatan Harapan (PH) selama 22 bulan mereka berkuasa di mana tidak boleh dinafikan dan kesannya masih dirasai oleh rakyat sehingga sekarang.

“Kami ingin berpesan kepada anak muda, pastikan peristiwa hitam PH memerintah negara yang menyaksikan tunjang negara hampir dirobekkan dengan pendirian negara terhadap ICERD contohnya, tidak akan berulang lagi di masa hadapan.

“Seruan penyatuan ummah yang sering kita kumandangkan kepada rakyat adalah perisai yang perlu kita jaga sentiasa. Biarlah peristiwa hitam itu kekal sebagai peringatan dan tidak akan lagi diulang kesilapan yang sama,” katanya.

Berita berkaitan
Menteri PAS, Bersatu utus surat kepada Agong maklum tak setuju PRU semasa banjir
18 jam lalu· Isu semasa
Ada usaha cuba pecah belah gabungan parti dalam PN, kata Muhyiddin
October 6, 2022· Politik
Dua tiga hari lagi PAS tentukan sama pilih BN atau PN, kata AJK Pusat
October 5, 2022· Politik
Nama Hadi tak dicadang sebagai calon PM, PAS nafi kenyataan palsu
October 5, 2022· Politik
Popular
Selepas selesai bertemu Agong, PM bertemu ‘top five’ UMNO pula
October 6, 2022
Zahid kata PM tak dihormati, tapi terlupa insiden ‘boo’ dalam dewan
October 6, 2022
Muhyiddin yakin PAS kekal dalam PN
October 6, 2022
Buat PRU-15 itu pendirian UMNO, Menteri PN mahu utamakan rakyat dahulu
October 6, 2022
Lagi Politik terkini
PRU-15: PN akan pertahan kerusi disandang, kata Wan Saiful
4 jam lalu · Politik
Muhyiddin yakin PAS kekal dalam PN
6 jam lalu · Politik
PN bincang manifesto PRU-15
6 jam lalu · Politik
Selepas selesai bertemu Agong, PM bertemu ‘top five’ UMNO pula
8 jam lalu · Politik
Walau diberi kata dua PAS masih harap UMNO, Bersatu bekerjasama
11 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Menteri PN peduli rakyat, hantar petisyen tangguh PRU15
10 jam lalu
[VIDEO] Perkukuh ukhwah, tolak usaha pecah belahkan PN
18 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok