Usah tunjuk hero, isytihar harta hanya waktu kempen PRU: Hamzah

November 10, 2022 · Politik

Setiausaha Agung Perikatan Nasional Datuk Seri Hamzah Zainudin menyifatkan perisytiharan harta dan aset oleh calon yang bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) sekadar untuk menyedapkan waktu kempen sahaja.

Malah, katanya ketika Tan Sri Muhyiddin Yassin menjadi Perdana Menteri sebelum ini semua menteri sudah diminta mengisytiharkan harta masing-masing.

“Buat apa nak isytihar harta jika hanya nak sedapkan waktu berkempen,” katanya ketika diminta mengulas langkah beberapa pemimpin pembangkang yang mengisytiharkan harta masing-masing sempena PRU-15.

Menteri Dalam Negeri kerajaan sementara itu yang juga bertanding mempertahankan kerusinya di Parlimen Larut berkata ketika pelantikan Kabinet terdahulu, beliau bersama jemaah menteri dan timbalan ketika itu sudah pun membuat mengisytiharkan harta masing-masing.

“Masa Tan Sri Muhyiddin Yassin jadi Perdana Menteri dulu, kita sudah isytiharkan semua harta pemegang jawatan.

“Jadi tak payahlah nak tunjuk hero pada kali ini. Kita sudah lakukan dah lama dah, cuma dulu-dulu masa BN (Barisan Nasional) pun dah buat, cuma kita tak umumkan.

“Jika mereka (PH) isytihar harta, bermakna merekalah yang mengikut kita yang telahpun buat perkara itu terlebih dahulu,” katanya pada sidang media selepas lawatan ke Pusat Daerah Mengundi (PDM) di Kampung Sungai Jernih, Kubu Gajah, Selama, di sini, hari ini.

Ditanya adakah beliau mahu mengekalkan jawatan sebagai menteri sekiranya PN menjadi kerajaan pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) ini, Hamzah menegaskan perkara itu tidak perlu berebut dan akan membahagikan secara adil dan saksama demi kepentingan rakyat serta masa depan negara.

Malaysia Memilih
Semak keputusan PRU15
Berita berkaitan
Tuduh terima dana judi, PAS bidas Anwar berhenti tabur fitnah seperti UMNO
4 jam lalu· Politik
Dulu kritik PM jadi Menteri Kewangan, sekarang Rafizi kata boleh pula
17 jam lalu· Politik
Tarik sokongan dan desak PRU-15 masa banjir, siapa yang meroyan sebenarnya Zahid?
December 4, 2022· Politik
DAP telan setiap keputusan Anwar, malah sokong kleptokrat kembali
December 4, 2022· Politik
Popular
Kabinet Anwar beri ‘kejutan biadab’ terhadap masyarakat sivil: SUARAM
December 5, 2022
Media Indonesia perlekeh ‘reformasi’ dicanang Anwar selepas lantik kluster mahkamah
December 5, 2022
Segerakan juga siasat pemimpin PH main isu sensitiviti umat Islam: Hadi
December 5, 2022
MP PKR malu, tertipu bila Anwar bersekongkol dengan kleptokrat
December 5, 2022
Lagi Politik terkini
UMNO tangguh PAU 2022, tak sempat hantar kad jemputan kepada DAP?
2 jam lalu · Politik
Media Indonesia perlekeh ‘reformasi’ dicanang Anwar selepas lantik kluster mahkamah
8 jam lalu · Politik
Kabinet Anwar beri ‘kejutan biadab’ terhadap masyarakat sivil: SUARAM
10 jam lalu · Politik
Segerakan juga siasat pemimpin PH main isu sensitiviti umat Islam: Hadi
11 jam lalu · Politik
MP PKR malu, tertipu bila Anwar bersekongkol dengan kleptokrat
14 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Ucapan Muhyiddin di ceramah Grand Finale PRK Padang Serai
2 jam lalu
[VIDEO] Ucapan Tuan Ibrahim di ceramah Grand Finale PRK Padang Serai
3 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok