‘Usah samakan saya dengan Zuraida’

June 20, 2022 · Politik

Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Bersatu Datuk Seri Mohamed Azmin Ali mengulangi pendiriannya kekal di dalam parti itu, tidak seperti Ahli Parlimen Ampang Datuk Zuraida Kamaruddin.

Sehubungan itu beliau meminta semua pihak supaya tidak membandingkan dirinya dengan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi
yang berhijrah menyertai Parti Bangsa Malaysia (PBM).

Mohamed Azmin, yang juga Menteri Kanan Perdagangan Antarabangsa dan Industri berkata beliau akan terus berjuang dan memberikan perkhidmatan kepada rakyat bersama Bersatu.

“Saya rasa tidak perlu bandingkan saya dengan orang lain kerana apabila saya pilih menyertai Bersatu, ia bukan paksaan malah saya menyertai parti ini kerana ia dekat dengan diri saya yang mahu parti yang progresif dan inklusif kepada semua.

”Bersatu telah lakukan anjakan paradigma dalam perlembagaan parti yang membuatkan parti ini terbuka kepada semua kaum, jadi saya perlu pertahan dan perkukuhkan parti bersama kepimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin, saya juga akan beri tenaga serta sumbangan untuk kukuhkan Bersatu.

“Saya juga yakin dengan dasar-dasar yang dibawa Bersatu sehingga boleh membantu negara keluar daripada kemelut dan krisis kesihatan, ekonomi serta politik akan membuatkan parti ini diterima rakyat pada pilihan raya nanti,” katanya kepada pemberita selepas melakukan lawatan kerja di kawasan Parlimen Balik Pulau hari ini.

Mohamed Azmin berkata demikian ketika diminta mengulas tindakan beberapa pihak membandingkan beliau dengan rakan sekutunya sebelum ini yang meninggalkan Bersatu dan menyertai PBM pada 26 Mei lepas.

Pada Ogos 2020, beberapa pemimpin PKR termasuk Mohamed Azmin dan Zuraida, yang bergerak melalui pertubuhan bukan kerajaan iaitu Penggerak Komuniti Negara, mengumumkan keputusan menyertai Bersatu.

Memetik Bernama Ahli Parlimen Gombak itu juga berkata beliau sedia bertanding di mana-mana kerusi yang ditetapkan oleh pucuk pimpinan Bersatu kerana patuh kepada keputusan parti.

Katanya beliau telah melakukan segala upaya untuk membangunkan Gombak selain membina hubungan dan semangat kekeluargaan sejak sekian lama bersama rakyat serta yakin kawasan itu akan kekal di tangan Perikatan Nasional pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Diminta mengulas spekulasi bahawa beliau akan kembali menyertai PKR selepas didakwa berjumpa dengan dua wakil parti itu di Hotel Sheraton, Petaling Jaya baru-baru ini, Azmin berkata perkara tersebut hanya spekulasi semata-mata.

”Saya jumpa ramai orang, saya tidak ingat siapa saya jumpa, saya juga pergi banyak hotel. Nama pun spekulasi,” katanya.

Berita berkaitan
Isu Zuraida, Muhyiddin sudah berjumpa PM dan berbincang
7 jam lalu· Politik
Jawab dahulu SD sokong Anwar, bukan sibuk desak bubar MPN
June 30, 2022· Politik
Mas Ermieyati kaji tindakan terhadap tuduhan Zahid, nafi guna dana parti
June 30, 2022· Isu semasa
DAP bidas Shafie tak berprinsip kerana mahu kerjasama dengan parti menang
June 30, 2022· Politik
Popular
Mat Hasan nafi dakwaan Tajuddin, umpan jawatan PM supaya PRU awal
July 2, 2022
PM disekat daripada berucap pada Konvensyen BN Sabah esok?
July 1, 2022
Ismail Sabri tolak desakan tarik balik pelantikan Tajuddin sebagai duta
July 2, 2022
Isu Zuraida, Muhyiddin sudah berjumpa PM dan berbincang
July 2, 2022
Lagi Politik terkini
Tangguh pemilihan, UMNO kena tunggu keputusan RoS 16 Julai ini: Ismail Sabri
2 jam lalu · Politik
Mat Hasan nafi dakwaan Tajuddin, umpan jawatan PM supaya PRU awal
9 jam lalu · Politik
PH tak desak PRU-15 disegerakan walaupun tamat MoU 31 Julai
9 jam lalu · Politik
BN perlu agresif dekati pengundi atas pagar, kata Mat Maslan
9 jam lalu · Politik
Fahmi bidas Asyraf tak sensitif kesusahan rakyat desak PRU awal
11 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Tak serius, kerajaan ambil lewa isu harga barang, kata pemimpin Amanah
July 1, 2022
[FOTO] Himpunan bantahan kenaikan harga
July 1, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok