Usah salahkan Muhyiddin Ismail Sabri enggan lantik TPM: Razali

August 21, 2022 · Politik

Mana-mana pihak, termasuk parti komponen Perikatan Nasionan (PN) tidak perlu menyalahkan Tan Sri Muhyiddin Yassin kerana gagal mendapatkan kuota jawatan Timbalan Perdana Menteri (TPM) seperti dijanjikan.

Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Bersatu, Datuk Razali Idris dilaporkan berkata Presiden Bersatu itu telah berusaha sebaik mungkin dengan mencadangkan calon PN bagi mengisi kerusi TPM.

“Namun hak melantik TPM adalah hak prerogatif Perdana Menteri (PM).

“Muhyiddin dah bagi nama, jadi hak melantik itu hak eksklusif PM, kalau PM tak mahu lantik, kita terima sajalah.

“Jadi MPT dan ahli tak boleh desak atau marah sebab Tan Sri Muhyiddin dah buat yang dia mampu.

“Bagi saya, untuk jawatan TPM, cukuplah… benda itu dah selesai. Cukuplah kita desak PM dengan jawatan-jawatan yang dijanjikan,” katanya memetik laporan FMT hari ini.

Beliau berkata demikian ketika mengulas pengumuman Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini yang menolak untuk melantik seorang TPM bagi membantunya.

Malah, menurut Ismail Sabri, beliau kini telah mempunyai empat menteri kanan untuk membantunya dalam menjalankan tugas kerajaan dan oleh itu beliau tidak terbeban dengan kekosongan jawatan TPM.

“Saya sudah ada empat menteri kanan yang membantu saya. Seolah-olah saya mempunyai empat timbalan perdana menteri. Mereka boleh dikatakan sama, tetapi berbeza.

“Pada ketika ini, tidak menyusahkan atau membebankan saya untuk tidak mempunyai timbalan kerana keempat-empat menteri kanan mewakili parti yang berada dalam kerajaan,” kata Ismail Sabri.

Empat menteri kanan yang dimaksudkan ialah Datuk Seri Hishammuddin Hussein (Menteri Kanan Pertahanan – UMNO); Datuk Seri Mohamed Azmin Ali (Menteri Kanan Industri dan Perdagangan Antarabangsa – Bersatu); Datuk Dr Radzi Jidin (Menteri Kanan Pendidikan – Bersatu); dan Datuk Seri Fadillah Yusof (Menteri Kanan Kerja Raya – GPS).

Mengulas lanjut, Razali bagaimanapun berpendapat perjumpaan antara wakil PN dan PM masih perlu diteruskan kerana banyak perkara yang berbangkit masih belum dibincangkan.

“Jangan kata apabila PM dah cakap untuk tidak lantik TPM, maka perjumpaan dengan wakil PN terhenti. Perjumpaan itu perlu ditunaikan segera untuk bincang perkara berbangkit, bukan isu jawatan (TPM) saja.

“Banyak lagi benda yang kita perlu bincang elok-elok,” katanya.

Berita berkaitan
Bukit Aman siasat ugutan bunuh PM tular dalam TikTok
November 26, 2023· Politik
Kritik kes mahkamah Zahid, seorang pemimpin Bersatu bakal didakwa pada Jumaat
November 24, 2023· Politik
Tiada laporan polis diterima berhubung rakaman tular perbualan lucah
November 17, 2023· Politik
UMNO tandus calon sehingga terpaksa letak calon luar di Kemaman: Sanusi
November 15, 2023· Politik
Popular
Identiti ‘Mr H’ rahsia dan tidak akan didedah, kata KPN
November 30, 2023
ULANG SIAR: Biodata Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob
August 20, 2021
Dua kem UMNO berbeza di Sabah, kumpulan pro Hajiji dan Bung Moktar
November 29, 2023
Pernah kalah sebelum ini, Asyraf masih yakin dapat jadi calon pada PRU-15
October 28, 2022
Lagi Politik terkini
Kes saman fitnah: Ramasamy sudah bayar Zakir RM1.52 juta
2 jam lalu · Politik
Najib mohon DNAA bagi tiga lagi pertuduhan membabitkan kes dana SRC
2 jam lalu · Politik
Identiti ‘Mr H’ rahsia dan tidak akan didedah, kata KPN
22 jam lalu · Politik
Isu pertalian dengan komunis, tiga pemimpin DAP saman MP Kepala Batas
November 29, 2023 · Politik
Wahab sudah sahkan identiti ‘Mr H’ didakwa dalang rakaman tular
November 29, 2023 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Litar lumba projek terbengkalai BN, bukan projek Sanusi
7 jam lalu
[VIDEO] Ucapan Tuan Ibrahim di ceramah PAS Gong Limau
13 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok