‘Usah ingat heret pemimpin PN ke mahkamah, rakyat sokong PH-BN’

March 17, 2023 · Politik

Tindakan mengheret beberapa pemimpin utama Perikatan Nasional (PN) ke mahkamah bertujuan memusnahkan kredibiliti mereka menjelang pilihan raya di enam negeri, tidak mampu mengetepikan kesangsian rakyat terhadap kerajaan Pakatan Harapan-Barisan Nasional (PH-BN).

“Lagi pula, ini bukan kes sakau duit untuk belanja peribadi, untuk bayar cukai kenderaan milik sendiri, bil kad kredit peribadi, berjoli dan bersantai, beli barang berjenama dan barang kemas.

“Ini kes derma dana pilihan raya, yang bukan masuk ke poket sendiri atau anak isteri dan saudara-mara tetapi sesuatu yang sebenarnya berlaku dan melibatkan hampir semua parti termasuk PH dan BN,” kata Setiausaha Perhubungan PAS Selangor, Roslan Shahir Datuk Mohd Shahir.

Untuk rekod, kerajaan PH-BN terdiri daripada PKR; DAP; AMANAH; UMNO; MCA; MIC; Gabungan Rakyat Sabah (GRS); Gabungan Parti Sarawak (GPS); WARISAN; dan beberapa parti kecil lain, termasuk Bebas.

Justeru, beliau berkata rakyat Malaysia, terutama orang Melayu dan Islam sudah cukup curiga dan sangsi terhadap kerajaan campuran pelbagai parti ini apabila melakukan pendakwaan terpilih, termasuk terhadap Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Menurutnya suhu politik negara sekarang ini mencanak naik susulan pendakwaan terpilih terhadap Muhyiddin dan beberapa pemimpin PN.

Kebetulan pula, katanya pertuduhan itu dilakukan beberapa minggu setelah satu kajian sebuah badan bebas menunjukkan bahawa rakyat Malaysia, khasnya bangsa Melayu Islam, majoritinya masih sangsi dan tidak percaya pada kerajaan campuran pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ini bermakna katanya, dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) lalu, parti-parti yang membentuk kerajaan PH-BN ini gagal menguasai sokongan pengundi Melayu, dan setelah lebih 100 hari memerintah peratusan sokongan orang Melayu terhadap mereka masih di bawah 50 peratus.

Roslan berkata PH-BN menyedari jika trend itu dibiarkan berlarutan pasti mereka akan menghadapi kesukaran dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) di Kelantan, Terengganu, Kedah, Pulau Pinang, Selangor dan Negeri Sembilan.

“Lantas apa sahaja usaha yang boleh dilakukan untuk mencalar dan mencemar imej Perikatan Nasional, terutama PAS dan Bersatu akan segera diambil demi menjamin nasib dan survival politik parti-parti yang membentuk kerajaan campuran ini.

“Kerajaan campuran ini terdiri dari parti-parti yang berbeza agenda dan keutamaan. Mereka mungkin terdesak terpaksa tidur berlandaskan bantal yang sama, namun realitinya mereka masing-masing punya mimpi yang berbeza-beza.

“Dalam keadaan perbezaan yang ketara itu kerajaan campuran ini terbentuk, menghimpunkan segala yang mereka masing-masing sebelum ini label dan serang sebagai kaki sakau, penyamun, perompak, ekstremis, rasis dan pelbagai lagi yang buruk-buruk.

“Kerana itu kerajaan campuran ini dilihat lemah, dan seakan ketandusan arah tuju untuk membawa rakyat dan negara ke arah kemakmuran dan kesejahteraan sebagaimana yang dijanjikan,” katanya.

Roslan berkata sementara janji-janji sebelumnya, termasuk menurunkan harga minyak, menghapuskan hutang PTPTN, gaji minima dan lain-lain, langsung tidak diberi perhatian malah dilupakan.

“Segala suasana yang timpa menimpa ini cukup tidak sihat buat masa depan PH dan BN. Hari ini pun ramai sudah menjangkakan jika beginilah keadaannya, PN bakal menyapu bersih Kedah, Kelantan dan Terengganu dan tidak mustahil boleh bangkitkan kejutan khasnya di Selangor dan Negeri Sembilan serta Pulau Pinang,” katanya.

Berita berkaitan
Perlu pertahankan kerajaan campuran dengan UMNO, kata DAP
March 19, 2023· Politik
Hanya perang saraf UMNO selepas kalah, kata Hadi
March 19, 2023· Politik
Anwar yakin dapat kembali sokongan orang muda hasil kerjasama dengan UMNO
March 18, 2023· Politik
Sekarang sedang bincang dengan BN, kata Saifuddin berhubung agihan kerusi
March 17, 2023· Politik
Popular
Menteri agama ditegur bermain wayang dalam isu ziarah gereja
March 20, 2023
Apa yang dipertahan PKR adalah ajaran Kitab Injil: Hadi Awang
March 19, 2023
RM2.25 juta berjaya dikumpul untuk bayar ganti rugi kes saman MP DAP
March 20, 2023
Hala tuju kerajaan PH-BN bela nasib rakyat semakin tersasar
March 20, 2023
Lagi Politik terkini
Menteri agama ditegur bermain wayang dalam isu ziarah gereja
12 jam lalu · Politik
RM2.25 juta berjaya dikumpul untuk bayar ganti rugi kes saman MP DAP
15 jam lalu · Politik
Zahid dakwa akar umbi mahu UMNO kekal bersama DAP dalam kerajaan
17 jam lalu · Politik
Hala tuju kerajaan PH-BN bela nasib rakyat semakin tersasar
19 jam lalu · Politik
Warisan tak tolak bekerjasama dengan UMNO hadapi PRN Sabah: Shafie
22 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Anak muda pantang ditipu, lebih yakin dengan Perikatan
15 jam lalu
[VIDEO] Sertai Pakatan dakyah ‘cybertrooper’, PAS tawakal dengan Bersatu
20 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok