Ura-ura bubar Parlimen: Sah PM menghadap Agong Khamis

October 4, 2022 · Politik

Ura-ura Parlimen akan dibubarkan segera dan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) akan diadakan – tidak kira musim tengkujuh dan banjir atau tidak – semakin panas setelah Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengesahkan akan menghadap Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah pada Khamis, 6 Oktober 2022.

Bagaimanapun, Perdana Menteri (PM) enggan mengesahkan sama ada beliau akan membentangkan tarikh pembubaran Parlimen bagi membolehkan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) akan diadakan.

Untuk rekod, kerajaan akan membentangkan Bajet 2023 pada sidang Parlimen Jumaat ini (7 Oktober 2023) lebih awal daripada kebiasaan pada tahun-tahun sebelum ini.

“Ada orang kata (pembubaran Parlimen akan dilakukan) sebelum (pembentangan Bajet 2023), ada yang kata selepas bajet pada Isnin.

“Yang lain kata bulan ini atau November malah tahun depan,” katanya menurut NST.

Beliau berkata demikia kepada pemberita selepas menghadiri program Idea Bina Negara (IBN) Anak Muda Keluarga Malaysia di Dewan Agong Tuanku Canselor, Universiti Teknologi Mara, di Shah Alam, hari ini.

Beliau berkata tiada parti politik boleh mempengaruhi PM dalam membubarkan Parlimen bagi memberi laluan kepada PRU.

Beliau berkata walaupun sesiapa sahaja boleh memberikan cadangan dan pandangan mengenai perkara itu, ia tetap menjadi prerogatif PM.

“Tarikh pembubaran Parlimen tidak pernah dibincangkan secara terbuka sama ada dalam parti atau dengan pihak lain.

“Hanya PM mempunyai kuasa untuk mencadangkan supaya Parlimen dibubarkan, tetapi keputusannya terletak pada Yang di-Pertuan Agong.”

Sabtu lalu, Setiausaha Agung PAS Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata PM perlu berbincang terlebih dahulu dengan anggota Jemaah Menteri berhubung pembubaran Parlimen bagi membolehkan PRU-15 diadakan.

Menurutnya Jemaah Menteri boleh memberikan pandangan berhubung perkara tersebut sebelum Perdana Menteri membawa cadangan itu kepada Yang di-Pertuan Agong untuk mendapat perkenan.

“Perdana Menteri kena bawa ke Kabinet, biar Kabinet putuskan. Jemaah menteri akan tentukan dan Perdana Menteri akan menasihati Agong untuk membubarkan (Parlimen) atau tidak,” kata Takiyuddin yang juga Menteri Tenaga dan Sumber Asli.

Mengulas lanjut, Ismail Sabri juga berkata memorandum persefahaman (MoU) dengan pembangkang akan sah sehingga Parlimen dibubarkan.

Beliau berkata, walaupun pembangkang boleh memberikan pendapat mereka mengenai pembubaran Parlimen, ia tidak boleh mempengaruhi keputusan PM.

“Sudah tentu, kami mendengar pandangan orang lain, tetapi keputusan untuk mencadangkannya masih menjadi prerogatif PM.”

Parlimen ke-14 pertama kali bersidang pada 16 Julai 2018 dan akan dibubarkan secara automatik pada Jun tahun depan, dengan PRU-15 boleh diadakan sebelum 14 September 2023.

Beberapa pemimpin politik, termasuk Presiden PAS Tan Sri Abdul Hadi Awang dan Penasihat DAP Lim Kit Siang, berkata PRU-15 tidak harus disegerakan, memetik kebimbangan ekonomi dan musim tengkujuh yang akan menjejaskan rakyat dan jentera kerajaan.

Mengenai masa depan kerjasama politik PAS-UMNO, Ismail Sabri menafikan bahawa rundingan kedua-dua komponen Muafakat Nasional gagal.

“Keputusan itu tidak boleh diputuskan selepas hanya satu mesyuarat. Ia hanya akan gagal jika kita berkata demikian.”

Sabtu lalu, Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata UMNO meletakkan tiga syarat kepada PAS dalam memperkukuh kerjasama rasmi antara dua parti itu bagi menghadapi PRU-15.

Tiga syarat berkenaan ialah:

PAS perlu keluar daripada gabungan Perikatan Nasional (PN); memutuskan hubungan politik dengan Bersatu; dan mengisytiharkan secara rasmi ‘mufaraqah’ berkenaan dan bukan hanya sekadar retorik politik.

Malaysia Memilih
Semak keputusan PRU15
Berita berkaitan
1MDB: Mahkamah tolak permohonan Najib dapatkan dokumen perbankan
28 minit lalu· Isu semasa
Perkahwinan politik PH-BN, UMNO mendapat laba besar dan DAP perlu akur
40 minit lalu· Politik
Tanda rakyat tolak penipuan kerajaan campuran PH-BN, kata Muhyiddin
1 jam lalu· Politik
Mesej jelas rakyat tolak kerajaan campuran dan Kabinet kleptokrat: Azman
1 jam lalu· Politik
Popular
Keputusan PRU Parlimen Padang Serai, DUN Tioman penentu landskap politik negara
December 7, 2022
Perikatan Nasional rampas kubu kuat PH di Padang Serai, peroleh 16 ribu lebih majoriti
December 7, 2022
Walaupun bergabung dengan PH, calon BN menang dengan majoriti tipis
December 7, 2022
Kalau nak korek… korek semualah, kata Shahidan pada Anwar
December 7, 2022
Lagi Politik terkini
MIC tolak kerusi timbalan menteri ditawar Anwar
12 jam lalu · Politik
Perikatan Nasional rampas kubu kuat PH di Padang Serai, peroleh 16 ribu lebih majoriti
12 jam lalu · Politik
Walaupun bergabung dengan PH, calon BN menang dengan majoriti tipis
13 jam lalu · Politik
Kalau nak korek… korek semualah, kata Shahidan pada Anwar
16 jam lalu · Politik
Dana judi: Anwar cuba bina persepsi negatif terhadap Perikatan Nasional
18 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Satu lagi laporan polis dakwa Anwar ligat fitnah Perikatan
19 jam lalu
[VIDEO] Laporan polis dakwa Anwar fitnah Perikatan dibiayai syarikat judi
December 7, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok