Undi sebenar untuk pilih kerajaan bertanggungjawab: Muhyiddin

November 17, 2022 · Politik

Keputusan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) Sabtu ini (19 November) adalah penentu kepada kestabilan negara, setelah melalui krisis dan suasana pertukaran tiga Perdana Menteri dalam tempoh tidak sampai satu penggal (lima tahun).

Bekas Perdana Menteri kelapan, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata pertukaran tiga Perdana Menteri itu menunjukkan keadaan politik negara sememangnya tidak stabil dan masalah itu perlu diselesaikan segera.

“Jadi keputusan pilihan raya ini adalah penentu, stabil ke tak stabil. Itu soalnya. Kalau nak stabil sesebuah kerajaan tak boleh hanya ada 112 kerusi. Saya jadi Perdana Mneteri dulu ada 114 kerusi (pun tak stabil).

“Inilah tok guru (Presiden PAS Tan Sri Abdul Hadi Awang) yang menaja saya. Dia kata Tan Sri nak jadi Perdana Menteri sekarang saya nak sokong. Ini sejarah. Sampai ke mati saya tak akan lupa. Kerana PAS menyokong saya.

“Jadi kalau situasi tak stabil kita cari jalan supaya menstabilkan keadaan. Dan cara untuk menstabilkan kerajaan ialah menunaikan tanggungjawab kita mengundi parti yang boleh membawa kestabilan, bersih dan prihatin,” katanya dalam Ceramah Mega PN BEST di Parlimen Muar, malam tadi (16 November 2022).

Hadir sama, Abdul Hadi; Ketua Sidang Assabiqun PAS Pusat Datuk Dr Mahfodz Mohamed; dan calon Perikatan Nasional Parlimen Muar Haji Abdullah Husin. Lebih 2,000 orang hadir pada ceramah yang diadakan di Padang Bukit Mor, Parit Jawa, Muar.

Muhyiddin yang juga Pengerusi Perikatan Nasional mengingatkan bahawa pengundian yang dilakukan oleh pemilih pada Sabtu ini akan memberi kesan cukup besar kepada rakyat dan negara, sama ada keadaan politik akan stabil atau tidak.

“Kalau nakkan negara lebih stabil, Perikatan Nasional mesti menang katalah 130 kerusi… (namun) kita doakan supaya menang 100 peratus kerusi yang ditandingi.

“Itu bukan soal memiliki sebuah kerajaan, tapi kerajaan yang bertanggungjawab, kerajaan yang boleh melaksanakan agenda pembangunan negara yang berkesan yang boleh mengangkat darjat dan harkat rakyat Malaysia ke satu harakah yang lebih tinggi. Ini nawaitu.

“Tetapi siapakah agak yang kita percaya dan yakin boleh buat kerja berat. Ini bukan nak jadi ketua kampung… tok penghulu, guru besar, tetapi menguruskan sebuah negara.

“Sebab itu Perikatan Nasional menawarkan calon-calon yang berwibawa, bersih dan mampu menggalas amanah… yang telah bersumpah tidak akan terlibat dengan rasuah,” katanya.

Muhyiddin yang juga Presiden Bersatu berkata Perikatan Nasional juga menawarkan manifesto yang realistik yang akan dilaksanakan jika menjadi Kerajaan Persekutuan dengan majoriti penuh.

Beliau juga mengingatkan pengundi supaya melihat semula sejarah dua gabungan lain iaitu Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH).

Katanya BN bergelumang dengan pelbagai kes rasuah dan penyelewengan setelah mentadbir negara lebih 60 tahun, manakala PH pula tidak menepati janji, selain ada parti yang menyekat agenda Bumiputera iaitu DAP.

“Oleh itu pengundi sepatutnya memilih Perikatan Nasional yang telah terbukti Prihatin, Bersih dan Stabil,” katanya.

Malaysia Memilih
Semak keputusan PRU15
Berita berkaitan
Dulu kritik PM jadi Menteri Kewangan, sekarang Rafizi kata boleh pula
7 jam lalu· Politik
Saya seleweng RM600 bilion?
7 jam lalu· Rencana
Tarik sokongan dan desak PRU-15 masa banjir, siapa yang meroyan sebenarnya Zahid?
December 4, 2022· Politik
DAP telan setiap keputusan Anwar, malah sokong kleptokrat kembali
December 4, 2022· Politik
Popular
Shahidan cadang lagu ‘penyamun’ didendang PH kepada UMNO ditukar
December 5, 2022
Habuan calon MIC tarik diri: PH-UMNO mula nak salah guna kuasa
December 5, 2022
Wayang politik: Pakatan PH-UMNO kerajaan atau pembangkang?
December 5, 2022
Angkat semula kleptokrat, MP PKR malu nak ungkap lagi kata keramat ‘reformasi’
December 5, 2022
Lagi Politik terkini
Kabinet Anwar beri ‘kejutan biadab’ terhadap masyarakat sivil: SUARAM
23 minit lalu · Politik
Segerakan juga siasat pemimpin PH main isu sensitiviti umat Islam: Hadi
2 jam lalu · Politik
MP PKR malu, tertipu bila Anwar bersekongkol dengan kleptokrat
4 jam lalu · Politik
Kumpulan berfahaman kiri mudah pengaruhi kerajaan PH-UMNO
5 jam lalu · Politik
Wayang politik: Pakatan PH-UMNO kerajaan atau pembangkang?
5 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Muhyiddin tak takut disiasat, dakwaan RM600 bilion berniat jahat
2 jam lalu
[VIDEO] Ucapan Ustaz Nassuruddin di ceramah PRK Padang Serai
7 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok