Undi popular PRN Johor: PN atasi PH

March 13, 2022 · Politik

Perikatan Nasional (PN) yang dianggap underdog, memperoleh undi popular mengatasi Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, semalam (12 Mac 2022).

PN memperoleh 334,457 undi atau 24.04 peratus manakala PH dengan 284,969 (20.48 peratus) undi.

PKR yang bertanding menggunakan logo sendiri pada kali ini memperoleh 82,556 undi atau 5.93 peratus manakala parti MUDA buat pertama kali ke gelanggang pilihan raya memperoleh 48,072 atau 3.46 peratus undi.

Undi popular merujuk kepada jumlah undi diraih oleh setiap parti atau gabungannya, lapor Bernama.

Sementara itu, Parti Pejuang Tanah Air (PEJUANG) pula memperoleh 18,692 undi atau 1.34 peratus, Bebas dengan 10,007 (0.72 peratus) undi, WARISAN (6,523 atau 0.47 peratus) dan Parti Bangsa Malaysia (PBM) meraih 4,880 (0.35 peratus) undi.

Parti Sosialis Malaysia (PSM) pula meraih 997 (0.07 peratus) undi dan Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (PUTRA) dengan 247 atau 0.02 peratus undi.

Barisan Nasional (BN) memperoleh undi popular sebanyak 599,753 undi atau 43.11 peratus.

Penganalisis politik dari Universiti Sains Malaysia (USM), Prof Madya Dr Sivamurugan Pandian berkata peratusan undi popular yang memihak kepada BN adalah hasil pengundi setia dan mahu gabungan itu mengambil alih semula urus tadbir negeri.

Beliau berkata prestasi popular Menteri Besar Johor Datuk Hasni Mohammad yang membawa konsep Keluarga Malaysia ke negeri Johor banyak menyumbang kepada undi berkenaan.

“Hasni juga dilihat banyak membantu golongan terkesan akibat COVID-19 terutama peniaga Cina di negeri itu dengan pelan-pelan yang diaturkan di bawah kepimpinannya,” katanya ketika dihubungi Bernama.

Mengulas mengenai undi popular PN yang lebih tinggi daripada PH walaupun PH memenangi lebih banyak kerusi, Sivamurugan berkata dengan sistem first past the post yang diamalkan di negara ini, jumlah itu katanya tidak melambangkan jumlah kerusi dimenangi.

“Prestasi undi PH yang sebelum ini selalunya tinggi daripada parti lain juga perlu dikaji, mereka perlu melakukan pascanilai ke atas pengurangan undi itu, ia agak memeranjatkan,” katanya.

Keputusan PRN semalam menyaksikan BN kembali melebarkan penguasaannya apabila memperoleh mandat besar lebih dua pertiga majoriti apabila memenangi 40 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN), dengan UMNO memenangi 33 kerusi DUN, manakala MCA empat, dan MIC tiga.

Ia diikuti dengan PH (11), PN (tiga), MUDA (satu) dan PKR (satu).

PRN Johor kali ini menyaksikan 239 calon daripada 15 parti politik bertanding merebut 56 kerusi DUN, dan 1,426,573 orang atau 54.92 peratus mengundi.

Berita berkaitan
Tawaran sertai kerajaan, Hamzah kata PN akan sentiasa bersama
May 31, 2023· Politik
Izzah jawab spekulasi dicalonkan untuk PRN P.Pinang
May 31, 2023· Politik
Permohonan Muhyiddin batal 4 tuduhan rasuah RM232.5 juta 11 Julai ini
May 31, 2023· Isu semasa
PN buat saringan awal calon PRN
May 31, 2023· Politik
Popular
Dr M sedia bekerjasama dengan Muhyiddin tapi tidak dengan Anwar
June 1, 2023
Hassan kecewa ketua pembangkang Kemboja diusir kerajaan
June 1, 2023
Saman RM150 juta Dr Mahathir, sampai masanya PMX dedah bukti enam kotak?
June 1, 2023
Bersatu akan bertanding lawan kerusi UMNO pada PRN Kelantan: Mohd Amar
June 1, 2023
Lagi Politik terkini
Melayu mudah lupa sokong PH, Hadi gesa jangan sokong pembohong
8 jam lalu · Politik
Bersatu akan bertanding lawan kerusi UMNO pada PRN Kelantan: Mohd Amar
9 jam lalu · Politik
Gelombang PN tak padam, dijangka kekal dalam PRN: Tuan Ibrahim
10 jam lalu · Politik
Lompat parti empat Ahli Parlimen Sabah, AGC akan bantah permohonan Bersatu
10 jam lalu · Politik
Hassan kecewa ketua pembangkang Kemboja diusir kerajaan
13 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Perikatan Nasional tak serang peribadi saya macam PH-UMNO
6 jam lalu
[VIDEO] Khairy akan bertemu Muhyiddin dalam masa terdekat
7 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok