Undi percaya, tiada desakan Zahid dan Najib kerana PM wakil UMNO?

September 7, 2021 · Politik

Jika sebelum ini Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Najib Razak yang paling lantang mendesak undi percaya diadakan, namun senario tersebut sudah berubah kerana Perdana Menteri (PM) baharu yang dilantik adalah wakil UMNO.

Usul undi percaya tidak ada di dalam agenda aturan urusan mesyuarat Dewan Rakyat yang akan bersidang minggu depan (13 September), ia disahkan Ahli Parlimen Lembah Pantai, Fahmi Fadzil.

Menurut Fahmi, usul utama yang akan dibentang adalah berhubung pemilihan Timbalan Speaker baharu bagi menggantikan Datuk Seri Azalina Othman Said yang meletak jawatan dan perintah Dewan Rakyat kepada Ketua Polis Negara untuk tidak menghalang Ahli-ahli Parlimen ke Parlimen dan juga usul menjunjung kasih Yang di-Pertuan Agong.

Ia dilihat bertentangan dengan titah Yang di-Pertuan Agong supaya PM kesembilan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menjalankan usul undi percaya selepas pelantikannya.

“Tiada usul percaya terhadap PM9 @IsmailSabri60,” kata Pengarah Komunikasi PKR itu dalam ciapan di akaun Twitternya.

Bagaimanapun, Presiden UMNO, Zahid dan juga bekas PM, Najib tidak memberi sebarang respon berhubung isu usul undi percaya tersebut walaupun mereka berdua antara yang paling lantang mendesak ia diadakan terhadap Tan Sri Muhyiddin Yassin sebelum peletakan jawatannya.

Ia mungkin dilihat janggal sekiranya Zahid dan Najib untuk meneruskan desakan sama memandangkan PM baharu yang dilantik adalah wakil UMNO dan juga merupakan Naib Presidennya.

Ismail Sabri mengangkat sumpah sebagai PM kesembilan pada 21 Ogos.

Terdahulu pada 16 Ogos lalu, Muhyiddin mengumumkan keputusannya meletakkan jawatan selepas hilang majoriti sokongan dan cadangan kerjasama bipartisan juga tidak mendapat sokongan parti politik.

Sekurang-kurangnya 111 majoriti diperlukan Ismail Sabri bagi mengabsahkan kedudukannya di Dewan Rakyat dalam undi percaya.

Jumlah 111 tersebut adalah majoriti mudah yang diperlukannya, jika kurang daripada jumlah tersebut ia bermakna Ismail Sabri gagal memperoleh majoriti mudah.

Malaysia Memilih
Semak keputusan PRU15
Berita berkaitan
Saya cuba padam rumah yang sedang terbakar, kata Annuar Musa
49 minit lalu· Politik
Tuduhan seleweng dana, SPRM mohon bantuan pihak buat dakwaan cari bukti
16 jam lalu· Isu semasa
Tiada apa nak disorokkan, kata Tengku Zafrul
19 jam lalu· Isu semasa
Kerajaan kuat saman, pengguna media sosial bidas PM-10 cepat koyak
23 jam lalu· Politik
Popular
Kalau nak korek… korek semualah, kata Shahidan pada Anwar
December 7, 2022
Kerajaan kuat saman, pengguna media sosial bidas PM-10 cepat koyak
December 8, 2022
Mana suara DAP, kini sokong cara UMNO kempen beri habuan? soal Tuan Ibrahim
December 8, 2022
Annuar Musa antara Ketua Bahagian dipecat UMNO, selain dua Ketua Wanita
December 9, 2022
Lagi Politik terkini
Annuar Musa antara Ketua Bahagian dipecat UMNO, selain dua Ketua Wanita
59 minit lalu · Politik
Mana suara DAP, kini sokong cara UMNO kempen beri habuan? soal Tuan Ibrahim
23 jam lalu · Politik
Perkahwinan politik PH-BN, UMNO mendapat laba besar dan DAP perlu akur
December 8, 2022 · Politik
Tanda rakyat tolak penipuan kerajaan campuran PH-BN, kata Muhyiddin
December 8, 2022 · Politik
Mesej jelas rakyat tolak kerajaan campuran dan Kabinet kleptokrat: Azman
December 8, 2022 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Satu lagi laporan polis dakwa Anwar ligat fitnah Perikatan
December 7, 2022
[VIDEO] Laporan polis dakwa Anwar fitnah Perikatan dibiayai syarikat judi
December 7, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok