Undi orang muda penentu kemenangan besar Perikatan Nasional

November 18, 2022 · Politik

Undi golongan muda akan menjadi penentu kemenangan besar Perikatan Nasional pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) Sabtu ini, kata Presiden PAS Tan Sri Abdul Hadi Awang.

Abdul Hadi yang juga Timbalan Pengerusi Perikatan Nasional berkata, beliau sudah melawat seluruh negara dan sambutan diberikan golongan itu terhadap Perikatan Nasional amat memberangsangkan.

“Saya telah melawat seluruh negara di Semenanjung dari Perlis sehingga Johor dan terakhir di Kemaman. Menarik perhatian saya, sambutan orang muda dan himpunan dianjurkan, di mana pengundi muda adalah undi penentu yang sangat besar dalam pilihan raya ini,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media Jelajah PN Best Grand Finale PRU15 di Padang Astaka, di Kemaman, malam tadi (17 November 2022).

Ditanya adakah pengundi muda bersama Perikatan Nasional pada PRU kali ini, Abdul Hadi berkata, sambutan diberikan pengundi muda kepada Perikatan Nasional melebihi parti lain.

“Sama ada majlis waktu pagi, makan pagi, petang mahupun malam, semuanya meriah,” katanya.

Terengganu dan Kelantan mendahului dengan jumlah tertinggi pengundi muda pada PRU-15, dengan statistik Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengesahkan 10.6 juta pengundi berusia 18 hingga 39 tahun di seluruh negara layak untuk mengundi Sabtu ini.

Melalui statistik sama, sejumlah 1,393,549 juta pengundi berusia antara 18 hingga 20 tahun, manakala 4,614,429 berusia antara 21 hingga 29 tahun.

Sementara itu, dalam ucapannya Abdul Hadi berkata mana-mana pemimpin dan penceramah PAS yang mengeluarkan kenyataan ekstrem sehingga mencemarkan imej parti itu ketika berkempen sempena PRU-15 akan ‘digam’ daripada berceramah.

Beliau berkata tindakan itu diambil berdasarkan konsep dan dasar yang diamalkan parti itu, di mana PAS tidak mengamalkan cara yang kasar, sebaliknya menggunakan pendekatan demokrasi aman sejak dahulu lagi.

“Kita pantau mereka kerana PAS ada dasar iaitu menerang bukan menyerang… itu konsep yang kita bawa. (Jadi apabila ada) mana-mana kalangan kita yang mengambil pendekatan menyerang kita ‘gam’ (dan) hentikan daripada ceramah,” katanya.

Malaysia Memilih
Semak keputusan PRU15
Berita berkaitan
Tanda rakyat tolak penipuan kerajaan campuran PH-BN, kata Muhyiddin
December 8, 2022· Politik
Anwar koyak selepas diminta buktikan tuduhan pihak lawan terima dana judi
December 6, 2022· Politik
Saya seleweng RM600 bilion?
December 5, 2022· Rencana
Calon PN Padang Serai beri keterangan polis selepas penyokong PH koyak
November 29, 2022· Politik
Popular
Kit Siang bimbang ‘gelombang hijau’ akan menjadikan Malaysia negara Islam sebelum PRU-17
December 9, 2022
Naib Ketua Pemuda UMNO tegur pemimpin BN masih tak sedar diri
December 9, 2022
‘Syaitan’ disisi DAP membisu
December 9, 2022
Kenapa Anwar tak tegur tauke telur, simen rapat PH-DAP? Wan Saiful
December 9, 2022
Lagi Politik terkini
Kit Siang bimbang ‘gelombang hijau’ akan menjadikan Malaysia negara Islam sebelum PRU-17
11 jam lalu · Politik
Naib Ketua Pemuda UMNO tegur pemimpin BN masih tak sedar diri
13 jam lalu · Politik
‘Syaitan’ disisi DAP membisu
15 jam lalu · Politik
PRU Padang Serai: Cina marah PH lantik kluster mahkamah ke Kabinet
16 jam lalu · Politik
Kenapa Anwar tak tegur tauke telur, simen rapat PH-DAP? Wan Saiful
17 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Annuar Musa, 2 pemimpin wanita sah dipecat dari UMNO
15 jam lalu
[VIDEO] Isu kemiskinan pesawah, aktiviti kartel padi perlu perhatian kerajaan pusat
16 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok