Undi awal tentera dan polis hari ini

August 8, 2023 · Politik

Kehangatan Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri bersekali Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kuala Terengganu semakin dirasai dengan 98,785 anggota tentera dan polis bersama pasangan masing-masing akan menunaikan tanggungjawab undi awal, hari ini.

Kesemua pusat pengundian awal di enam negeri termasuk di Kuala Terengganu dijadual dibuka serentak pada 8 pagi ini dan ditutup secara berperingkat mengikut kedudukan kawasan pusat mengundi, menurut laporan Bernama.

Pengundian awal PRN bakal menyaksikan 49,660 anggota tentera dan 47,728 anggota polis bersama pasangan masing-masing mengundi di 260 pusat mengundi awal yang mengandungi 377 tempat mengundi atau saluran awal.

Sementara, 1,362 anggota polis dan 35 anggota tentera bersama pasangan akan terlibat dengan proses pengundian awal bagi PRK Kuala Terengganu melalui tiga pusat mengundi awal yang kesemuanya dibuka di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Terengganu.

Di IPK Terengganu, pusat pengundian awal pertama yang akan ditutup ialah bahagian Dewan Undangan Negeri (DUN) Batu Buruk pada 12 tengah hari diikuti pusat mengundi DUN Bandar pada 2 petang dan terakhir DUN Ladang pada 5 petang manakala tiada pengundian awal bagi DUN Wakaf Mempelam.

Menurut laman web Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Daftar Pemilih Pilihan Raya yang digunakan untuk PRN dan PRK Kuala Terengganu adalah daftar pemilih terkini yang dikemas kini sehingga 21 Jun 2023.

SPR menetapkan tarikh penamaan calon dan pengundian awal bagi PRN melibatkan enam negeri dan PRK Kuala Terengganu masing-masing pada 29 Julai dan 8 Ogos, manakala hari pengundian 12 Ogos ini.

Tempoh berkempen ditetapkan 14 hari bermula hari penamaan calon dan akan berakhir pada 11.59 malam, 11 Ogos.
PRN ini melibatkan 36 kerusi DUN di Kedah; Kelantan (45); Terengganu (32); Pulau Pinang (40) Selangor (56) serta 36 DUN di Negeri Sembilan.

PRK Parlimen Kuala Terengganu pula diadakan susulan keputusan Mahkamah Pilihan Raya Terengganu pada 27 Jun yang membatalkan kemenangan calon PAS Datuk Ahmad Amzad Hashim pada Pilihan Raya Umum ke-15 selepas mendapati berlaku perbuatan rasuah.

Berita berkaitan
Hilman kekal ADUN Gombak Setia, mahu ambil tindakan undang-undang
3 jam lalu· Politik
Lelaki dalam video tular sokong Israel ditahan polis
December 7, 2023· Isu semasa
Armada Bersatu gesa siasat video warga Malaysia dengan pembantu PM Israel
December 5, 2023· Isu semasa
Pesara tentera lesap RM125,000 ditipu ‘phone scam’
December 5, 2023· Isu semasa
Popular
Polis siasat Kit Siang selepas kata bukan Melayu boleh jadi PM
December 11, 2023
Hilman kekal ADUN Gombak Setia, mahu ambil tindakan undang-undang
December 11, 2023
Speaker Dewan Negara tegur menteri tak hadir sidang
December 11, 2023
Macam mana ‘banduan’ boleh ada akses Facebook, di penjara atau hospital? soal Rafizi
September 20, 2022
Lagi Politik terkini
Spekulasi rombakan Kabinet Anwar esok?
14 minit lalu · Politik
Speaker Dewan Negara tegur menteri tak hadir sidang
2 jam lalu · Politik
Polis siasat Kit Siang selepas kata bukan Melayu boleh jadi PM
7 jam lalu · Politik
Isham dipecat kerana sudah melampaui batas, kata Khaled
December 9, 2023 · Politik
Zahid sahkan pembantu Najib dipecat daripada UMNO
December 9, 2023 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Setahun Anwar Ibrahim perdaya rakyat dengan janji politik
December 9, 2023
[VIDEO] Dr Sam angkat sumpah Ahli Parlimen Kemaman
December 8, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok