Undang-undang Malaysia tutup pintu sedekah ketika pilihan raya?

January 24, 2023 · Politik

UMNO tidak perlu ‘menangguk di air keruh’ di atas sesuatu isu demi kepentingan atau keuntungan diri sendiri, sedangkan amalan politik wang dan rasuah sudah menjadi mainan parti itu sejak dahulu lagi sama ada pada peringkat dalaman, negeri atau negara.

Parti yang kononnya ‘keramat’ orang Melayu itu yang kalah teruk dalam sejarah Pilihan Raya Umum (PRU), cuba mengambil kesempatan daripada ulasan umum Tan Sri Abdul Hadi Awang berhubung sedekah pada musim pilihan raya, untuk mengecam Presiden PAS itu.

Jika diteliti kenyataan Abdul Hadi, beliau tidak menyebut pun ‘sedekah itu bukan rasuah’, sebaliknya apa yang dikatakannya ialah undang-undang pilihan raya tidak membenarkan calon dan wakil calon memberikan sumbangan kepada pengundi, tetapi jika ada individu atau orang awam yang hendak memberikan sumbangan, terpulang kepada mereka sendiri.

Adapun sumbangan orang awam tersebut tiada kaitan dengan calon, wakil calon atau PAS sebagai sebuah parti yang bertanding.

Namun, Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang begitu sinonim dengan rasuah dan suapan pun melatah menyindir Abdul Hadi dengan berkata:

“Kalau dia (PAS) buat, sedekah, kalau kita bagi rasuah. Ulama-ulama ni, jangan tukar-tukar hukum, jangan tukar fatwa. Ulama kena ada integriti sebagai ulama, (jika tidak) ulama politik tidak akan dihormati oleh rakyat dan oleh orang Islam.”

Untuk rekod, Zahid yang kini dilantik semula menjadi Timbalan Perdana Menteri setelah membawa UMNO memberi sokongan kepada Pakatan Harapan (PH), termasuk DAP, diarah membela diri terhadap 47 pertuduhan jenayah, termasuk rasuah, setelah mahkamah pada perbicaraan awal mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan ada kes terhadapnya.

Dilihat daripada kes Zahid dan pemimpin UMNO lain, termasuk bekas presidennya yang kini dipenjara Datuk Seri Najib Razak, memang tepat lah kenyataan Ketua Penerangan PAS Pusat Khairil Nizam Khirudin, bahawa UMNO tidak mempunyai legitimasi moral untuk menuduh PAS mengamalkan politik wang atau rasuah.

Isu sedekah atau rasuah tercetus apabila wartawan bertanya Abdul Hadi berkaitan dakwaan UMNO bahawa parti Islam itu terlibat dalam pemberian wang kepada pengundi pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) lalu.

Menyusul tuduhan itu, UMNO Terengganu mengemukakan petisyen pilihan raya membantah kemenangan calon PAS atau dakwaan parti itu mengagihkan wang bantuan yang diberikan kerajaan negeri pada 15 hingga 17 November 2022, beberapa hari sebelum PRU-15 melalui program i-Pencen, i-Belia dan i-Siswa.

Petisyen itu dikemukakan UMNO bagi menentang kemenangan PAS di kawasan Parlimen Kuala Terengganu, Marang dan Kemaman. Sebenarnya UMNO bukan kalah di tiga kerusi itu sahaja, malah semua kerusi Parlimen di Terengganu, Kelantan, Kedah dan Perlis.

Pada masa sama, Timbalan Presiden PAS Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man pula membangkitkan satu persoalan apabila dalam konteks sedekah itu, siapakah yang boleh menyekat sumbangan yang disalurkan oleh penyokong parti kepada pengundi.

Katanya, di pihak UMNO sendiri sudah menjadi kebiasaan menyalurkan sumbangan politik kepada pengundi bukan saja dalam bentuk wang ringgit, malah juga geran tanah, pemberian bot dan sebagainya.

“Perkara ini sebenarnya jika dilihat, bukan benda baru, sudah lama dibuat pihak UMNO selama puluhan tahun. Bahkan bagi duit kepada pengundi.

“Dari segi peraturan yang ada, semua orang faham bahawa calon dan wakil calon tidak boleh memberi sebarang sumbangan dalam waktu tempoh kempen pilihan raya. Peraturannya begitu.

“Manakala orang lain, apa yang kita mahu sekat orang lain mahu beri sumbangan? Semua parti kadang-kadang adalah dia bagi. Tapi itu tidak bertentangan dengan peraturan pilihan raya. Malah, dalam PAS sendiri pun kita tidak tahu siapa yang mahu bagi (sumbangan),” katanya.

Isu ‘sedekah’ ini juga turut diulas bekas Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Seri Wan Ahmad Wan Omar yang memetik Seksyen 10 Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 secara terperinci menjelaskan apa-apa pemberian wang kepada pengundi adalah perbuatan membeli undi dan ia adalah rasuah pilihan raya.

Demikian juga, ketika mengulas isu ‘sedekah’ itu Mufti Pahang, Datuk Seri Abdul Rahman Osman menasihatkan semua pihak berhenti mengeluarkan sebarang istilah tertentu yang dibuat demi kepentingan dan agenda politik tertentu kerana tindakan itu akhirnya boleh menjejaskan imej agama Islam.

Berdasarkan akta yang disebut Wan Ahmad itu adalah jelas amalan sedekah yang digalakkan dalam Islam mesti dihentikan semasa tempoh kempen pilihan raya di Malaysia.

Berita berkaitan
DAP semakin berani disebabkan UMNO hanya ‘penumpang’ dalam kerajaan
February 13, 2024· Politik
Isu RM750 juta, PAS minta PMX beri penjelasan jangan melulu buat tuduhan
January 10, 2024· Politik
Jangan jadi ‘orang suruhan’ untuk kepentingan pihak tertentu, kata MB Kedah
January 8, 2024· Berita
PN tiada dana untuk mulakan langkah tukar kerajaan, kata Hadi
January 5, 2024· Politik
Popular
UMNO tak tuntut RM114 juta, Zahidi desak penjelasan MT UMNO
June 2, 2021
Kerajaan tapi berperangai pembangkang : Gerakan
July 20, 2023
PH buat kesilapan, geng pembodek Anwar boleh jatuhkan PKR: Rafizi
March 25, 2022
Bekas MB Pahang akui kata UMNO ‘sudah hendak bungkus’: Laporan
August 17, 2023
Lagi Politik terkini
NGO bidas kerajaan perkenal kod etika, dakwa cuba sekat media
February 21, 2024 · Politik
Dua bekas pembantu Najib antara disaman seorang penceramah bebas
December 27, 2023 · Politik
Kit Siang bangkitkan isu PM bukan Melayu, tapi Puad pula bidas PN
December 17, 2023 · Politik
Gesaan DAP supaya pilihan raya PBT diadakan di KL, pemimpin UMNO membisu
December 17, 2023 · Politik
Dengar cerita warga China sertai MM2H layak dapat PR, dakwa MP Masjid Tanah
December 16, 2023 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok