Umum peruntukan tambahan kepada negeri diperintah parti kerajaan untuk raih undi: Sanusi

May 8, 2023 · Politik

Kerajaan campuran hanya mahu meraih undi dan populariti sahaja apabila mengumumkan peruntukan tambahan kepada negeri yang diperintah mereka, dakwa Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor.

Menteri Besar Kedah itu menyifatkan pengumuman peruntukan tambahan kepada negeri yang diperintah parti kerajaan bertujuan untuk memancing undi memandangkan Pilihan Raya Negeri (PRN) bakal diadakan tidak lama lagi.

“Hari ini dia umum Negeri Sembilan dapat (lebih) RM1 bilion, kelmarin umum di Pulau Pinang. Negeri kecil sahaja, oleh kerana ada kepentingan besar di situ, dia umum hendak tanggung projek-projek infrastruktur contohnya pelan pengangkutan di Pulau Pinang. Lebih kurang RM7 – RM8 bilion projek itu. Umum macam itu sahaja.

“Tetapi, tak apa, oleh kerana mereka ada kepentingan politik yang besar di Pulau Pinang, berapa bilion ringgit pun dia sanggup. Itu saya kata ekstrim.

“Bukan kerana pembangunan yang munasabah, tetapi pembangunan semata-mata hendak raih populariti hendak dapat undi,” katanya dipetik laporan Utusan Malaysia.

Sanusi berkata semasa merasmikan Rumah Terbuka Aidilfitri anjuran PAS Selangor semalam.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Sabtu lalu mengumumkan peruntukan dana tambahan menerusi satu skim besar kepada Kerajaan Negeri Pulau Pinang bagi memastikan projek Transit Aliran Ringan (LRT) di negeri itu dilaksanakan segera.

Kemudiaan pada Ahad, Anwar juga mengumumkan peruntukan tambahan kepada Kerajaan Negeri Sembilan sebanyak hampir RM1 bilion lebih.

Untuk rekod, Pulau Pinang diperintah DAP dan Negeri Sembilan ditadbir oleh PKR.

Kedua-dua negeri tersebut juga bakal mengadakan PRN tidak lama lagi.

Sanusi dalam ucapannya mendakwa gabungan Pakatan Harapan dan Barisan Nasional (PH-BN) melakukan ekstrimisme kuasa sebagai pimpinan termasuk menggunakan dana kerajaan untuk melaksanakan kempen mereka.

“Ekstrimisme yang sedang berlaku dalam Kerajaan Persekutuan sedang melanda seluruh rakyat Malaysia dengan tidak semena-mena, peruntukan kerajaan di bawah kementerian-kementerian boleh digunakan semahunya untuk melaksanakan aktiviti kempen PH-BN,” ujarnya lagi.

Berita berkaitan
Zahid bawa UMNO tumpang rezeki DAP: Wan Saiful
7 jam lalu· Politik
DAP dan PKR dijemput ke Perhimpunan Agung UMNO, kata Asyraf Wajdi
8 jam lalu· Politik
Melayu mudah lupa sokong PH, Hadi gesa jangan sokong pembohong
June 1, 2023· Politik
Ringgit jatuh, MP Bachok kata kerana tiada Menteri Kewangan sepenuh masa
June 1, 2023· Isu semasa
Popular
Proklamasi Orang Melayu: Tun M disiasat polis
June 2, 2023
PN boleh tawan Selangor dengan formula satu lawan satu
June 2, 2023
Aysraf tegur Puad kritik Rafizi
June 2, 2023
Zahid bawa UMNO tumpang rezeki DAP: Wan Saiful
June 2, 2023
Lagi Politik terkini
Dana judi : Parti politik disiasat jangan panik, kata Azalina
11 minit lalu · Politik
Bukan korek cerita lama, mahu harta rakyat dipulangkan: PMX
1 jam lalu · Politik
Proklamasi Orang Melayu: Tun M disiasat polis
5 jam lalu · Politik
PN boleh tawan Selangor dengan formula satu lawan satu
5 jam lalu · Politik
Aysraf tegur Puad kritik Rafizi
6 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Perikatan Nasional tak serang peribadi saya macam PH-UMNO
June 1, 2023
[VIDEO] Khairy akan bertemu Muhyiddin dalam masa terdekat
June 1, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok