Umum dulu tarikh pemilihan, baharu tahu siapa cabar siapa, kata Johari

January 14, 2023 · Politik

Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO Datuk Johari Ghani ‘mencabar’ kepimpinan partinya untuk mengumumkan tarikh pemilihan sebelum mana-mana ahli menawarkan diri untuk bertanding.

Menurutnya UMNO tidak mempunyai undang-undang yang menetapkan mana-mana hali yang ingin bertanding mesti memaklumkan terlebih dahulu, sedangkan tarikh pemilihan tidak diketahui.

“Beritahu lah tarikh (pemilihan) bila… kemudian kita (ahli) akan datang isi borang.

“Jawatan yang ada banyak… Presiden, timbalan, naib, selepas itu ahli Majlis Tertinggi.

“Buka borang, buka tarikh, jadi orang boleh buat keputusan,” katanya menerusi temu bual dalam program Malaysia Gazette, “Bukan reset UMNO tapi reset pemimpin” malam tadi (13 Januari 2023).

Beliau mengulas kenyataan Setiausaha Agung UMNO, Ahmad Maslan, dan Ketua Penerangan, Isham Jalil, yang diajukan persoalan berkaitan.

Rabu lalu, Ahmad berkata Perhimpunan Agung 2022 yang akan berakhir esok tidak akan memuktamadkan tarikh bagi pemilihan, kerana UMNO masih mempunyai tempoh beberapa minggu lagi untuk berbuat demikian.

UMNO sebelum ini memohon kepada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia untuk menangguhkan pemilihan selama enam bulan selepas PRU-15. Segala pemilihan hendaklah selesai sebelum 19 Mei.

Manakala Isham mencadangkan ahli yang mahu bertanding lima jawatan tertinggi UMNO membuat pengumuman secara terbuka.

Mengulas lajut, Johari yang juga Ahli PArlimen Titiwangsa berkata parti kena tetapkan bila pertandingan diadakan untuk tahu siapa yang berminat.

“Kalau tarikh nak bertanding ni tidak ada, bagaimana kita nak buat keputusan?” katanya.

Ditanya adakah beliau akan bertanding pada pemilihan kali ini dan apa strateginya, Johari sekadar menjawab: “Letak tarikh dulu. Bila letak tarikh, kita cerita kemudian.”

Berita berkaitan
MUDA kecil hati tak dijemput ke mesyuarat di pejabat UMNO, tapi logo di poster ada
40 minit lalu· Politik
Jangan tunduk dengan pekebun haram Musang King disokong DAP, kata Pemuda PAS Pahang
57 minit lalu· Isu semasa
Kemiskinan berleluasa, ketidakstabilan ekonomi akibat rasuah
8 jam lalu· Isu semasa
1MDB: Pendakwaan tarik balik rayuan lucut hak, wang UMNO disita dipulangkan
18 jam lalu· Isu semasa
Popular
KJ, Annuar, Noh bakal sertai PAS?
February 7, 2023
PH, BN bergabung hadapi PRN
February 8, 2023
Sertai Bersatu, tawan Selangor atau Negeri Sembilan, KJ boleh jadi MB
February 8, 2023
MT tolak maklumat agensi kata UMNO kalah jika PRU-15 awal
February 8, 2023
Lagi Politik terkini
Dulu lantang kini diam, MUDA bidas pemimpin PH isu kapal tempur
7 minit lalu · Politik
Kerajaan UMNO-DAP Pahang teruskan agenda ‘dendam politik’
1 jam lalu · Politik
MT tolak maklumat agensi kata UMNO kalah jika PRU-15 awal
2 jam lalu · Politik
Polis langgar undang-undang tolak aduan wanita seluar pendek: ADUN DAP
3 jam lalu · Politik
Sertai Bersatu, tawan Selangor atau Negeri Sembilan, KJ boleh jadi MB
4 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Kedah buru sindiket jual tanah, penerima geran jangan tamak
7 jam lalu
[VIDEO] 505 peneroka Pendang akan terima geran tanah
9 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok