UMNO usah biadab, jangan poyo, kata Pemuda PAS

March 28, 2021 · Politik

“Jangan poyo sangat rasa diri macam Saidina Ali bossku ?.”

Demikian peringatan Pemuda PAS ketika mengulas ucapan dasar Ketua Pemuda UMNO, Datuk Asyraf Wajdi Dusuki ketika merasmikan persidangan perwakilan Pemuda, sempena Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2020 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di ibu negara, semalam.

Pemuda PAS turut memberi amaran supaya UMNO tidak biadab terhadap Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang hadir pada PAU, hari ini.

Timbalan Ketua Pemuda PAS Selangor, Mohamed Sukri Omar dalam kenyataan di laman Facebook beliau mengingatkan bahawa kesepakatan dengan PAS dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dimulakan oleh UMNO sendiri.

“Dr Asyraf Wajdi Dusuki kaitkan kisah khawarij dan Saidina Ali bagi menolak Gagasan Penyatuan Ummah bagi menyatukan UMNO, PAS & BERSATU.

“Suka saya ingatkan pengkhianatan persepakatan ini bermula dengan sokongan pada Anwar Ibrahim sebagai PM (Perdana Menteri). Itukah nilai setiakawan? Jujur dan ikhlas? Demi survival ummah?

“Bukan sikap pemuda menjadi pak turut sehingga mengadai prinsip perjuangan. Pemuda adalah perubah yang menjadi teras kebangkitan. Jika mahu menjadi pak turut elok lucutkan jenama ‘pemuda’ pada diri anda,” katanya.

Mohamed Sukri mengingatkan Asyraf Wajdi supaya tidak lagi bercakap mengenai perkara-perkara yang lucu dan tidak benar.

“Usah panjangkan kalam lucu dan bicara palsu. Jika anda membuka gelanggang di hadapan ketua pemuda kami. Insyallah kami pemuda bersedia menyambut.

“Bukan anak jantan jika bercakap seorang diri, tak ubah bagai orang gila yang merasa jaguh sedangkan bersilat langkahnya sumbang.

“Amaran kami usah biadab dengan tetamu esok, jika ayahanda kami dicederai. Kami bersedia menghadapi kalian, serta sekali-kali tidak akan berdiam diri!,” katanya.

Beliau mengakhiri kenyataannya dengan serangkap pantun:

Anak jantan anak temenggung,
Pergi belayar tanjung kerasak,
Berani buat beranilah tanggung,
Kami pemuda sedia bergasak.

Malaysia Memilih
Semak keputusan PRU15
Berita berkaitan
Zahid lulus tiga projek di Tioman, DAP pun sokong juga?
7 jam lalu· Politik
Lantik diri sendiri jadi Menteri Kewangan, Wan Saiful kata Rafizi sudah hilang ingatan
10 jam lalu· Politik
Bukti rakaman suara Najib dibantah peguam bela, dakwa kedudukan anak guam terjejas
10 jam lalu· Isu semasa
Zahid masih tak insaf kalah teruk, kini dakwa DAP akur syarat UMNO tetapkan
10 jam lalu· Politik
Popular
Anwar koyak selepas diminta buktikan tuduhan pihak lawan terima dana judi
December 6, 2022
Pengguna media sosial tak lagi percaya tuduhan dana judi selepas kena kencing
December 6, 2022
Zahid lulus tiga projek di Tioman, DAP pun sokong juga?
December 6, 2022
Zahid masih tak insaf kalah teruk, kini dakwa DAP akur syarat UMNO tetapkan
December 6, 2022
Lagi Politik terkini
Pengguna media sosial tak lagi percaya tuduhan dana judi selepas kena kencing
10 jam lalu · Politik
PN umum Tuan Ibrahim sebagai Ketua Pembangkang di DUN Pahang
13 jam lalu · Politik
Hantaran FB perkahwinan PH-BN, Saifuddin Nasution kini malu-malu pula
13 jam lalu · Politik
Anwar koyak selepas diminta buktikan tuduhan pihak lawan terima dana judi
16 jam lalu · Politik
Lantik diri sendiri jadi Menteri Kewangan, Rafizi kata boleh pula sekarang
16 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Ucapan Tuan Ibrahim di ceramah PRK Tioman
2 jam lalu
[VIDEO] Ucapan Peja di ceramah PRK Tioman
3 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok