UMNO tumpang PAS untuk dilihat Islam, tapi kini buang pula: Sheikh Umar

Sheikh Umar Bagharib Ali menyifatkan langkah UMNO sebelum ini bekerjasama dengan PAS kerana mahu dilihat mereka Islam tapi kini membuang rakan mereka itu pula.

Naib Pengerusi DAP Johor itu membidas Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO Datuk Puad Zarkashi susulan kritikannya terhadap kerjasama antara Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) dengan Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor nanti.

“Jika mengikut logik Puad, sayap pemuda PH adalah gagal kerana menumpang imej Muda. Jadi, ini bermakna UMNO gagal bawa Islam sewaktu mengambil membentuk kerjasama politik bersama Pas menerusi Muafakat Nasional (MN).

“Seperti logik Puad, UMNO menumpang imej PAS untuk dilihat Islam. Lebih teruk, UMNO seperti ‘pakai buang’ Islam kerana dahulu dengan PAS, sekarang tidak lagi, adakah begitu?” soalnya dalam satu kenyataan.

Sheikh Umar berkata Puad sebenarnya bimbang dengan kerjasama antara PH dan MUDA bakal memberikan kesan kepada kemenangan besar parti itu pada PRN nanti.

“Sebenarnya, Puad bimbang melihat kerjasama PH-Muda. Puad bimbang terhadap kesatuan blok pembangkang khususnya selepas penambahan lebih 700,000 pengundi Johor berusia 18 tahun ke atas dalam PRN kali ini.

“Puad juga bimbang kerana tidak ada apa-apa yang baharu dalam pembawaan UMNO. Bahkan, UMNO masih tidak move on daripada muka-muka pemimpin yang terpalit dengan rasuah dan salah guna kuasa,” jelasnya lagi.

Baru-baru ini, parti komponen PH, Amanah dan DAP dilaporkan mencapai persefahaman dengan MUDA untuk menjalin kerjasama politik dalam PRN Johor menerusi konsep khemah besar yang akan menyaksikan pengagihan kerusi antara mereka.

BERITA BERKAIT
POPULAR