UMNO tuduh PAS penuh muslihat anjur perpaduan ummah 3 parti

October 10, 2022 · Politik

Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyifatkan cadangan PAS untuk perpaduan ummah bagi mengelak pertembungan tiga penjuru antara parti itu dengan UMNO dan Bersatu pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) sebagai satu taktik penuh muslihat.

Beliau berkata, UMNO dan BN sudah menetapkan pendirian jelasnya bahawa jika pun kerjasama antara dua parti itu mahu dibentuk dalam PRU, ia mesti bersifat menyeluruh.

“Kita hormati keputusan yang dicapai oleh jawatankuasa pusat parti mereka. Terserah kepada mereka bagaimana mereka mahu bergerak (dalam PRU).

“Tapi kalau mahu bekerjasama, biarlah bekerjasama ‘totally’ (secara menyeluruh), bukan kerana merundingkan kononnya ada kerusi bagi mengelak (pertembungan) tiga penjuru.

“Kami fikir itu adalah taktikal dan muslihat yang dilakukan,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Perhimpunan Agung MIC ke-76 di Pusat Pameran dan Dagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC) di ibu negara seperti dilapor BH.

Terdahulu, Naib Presiden UMNO Datuk Seri Khaled Nordin berkata UMNO menolak formula PAS yang mendukung Bersatu bagi menjayakan penyatuan ummah.

Beliau mengatakan bagi UMNO, formula PAS untuk mendukung Bersatu bukan rumusan untuk ummah yang bersatu.

Sebelum ini, PAS menjadi peneraju menganjurkan perpaduan ummah yang menggabungkan parti itu bersama Bersatu dan UMNO, dengan Bersatu pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin sentia menyokong dan mendukung usaha itu.

Sebaliknya, UMNO meletakkan tiga syarat kepada PAS sekiranya mahu perpaduan ummah dalam kelangan kedua-dua parti menerusi Muafakat Nasional (MN) bagi menghadapi PRU-15 akan datang.

Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dijangka mengumumkan pembubaran Parlimen petang ini setelah mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong.

Tiga syarat yang dikenakan UMNO kepada PAS ialah:

  • PAS perlu keluar daripada gabungan Perikatan Nasional (PN);
  • Memutuskan hubungan politik dengan Bersatu; dan
  • Mengisytiharkan secara rasmi ‘mufaraqah’ berkenaan dan bukan hanya sekadar retorik politik.

Terdahulu, Muhyiddin yang juga Pengerusi PN dan Presiden Bersatu berkata parti itu tidak pernah menolak usaha perpaduan ummah yang ikhlas yang dibuat parti komponen Perikatan Nasional (PN), PAS, termasuk bekerjasama dengan UMNO demi kesejahteraan negara.

“Jadi jangan salahkan Bersatu.. jangan salahkan PAS. Nak salah siapa?… bukan saja tak terima, dia (UMNO) tolak kita.

“Sampai saya pun tertolak jatuh daripada jawatan perdana menteri,” kata Muhyiddin yang juga Pengerusi PN pada Majlis Pelancaran PN Perak, di Dewan Jubli Perak, Kuala Kangsar, malam tadi.

Malaysia Memilih
Semak keputusan PRU15
Berita berkaitan
Saya seleweng RM600 bilion?
7 jam lalu· Rencana
Angkat semula kleptokrat, MP PKR malu nak ungkap lagi kata keramat ‘reformasi’
7 jam lalu· Politik
Ada kleptokrat jadi TPM, tak tahu kabinet Anwar ini apa dia? soal Samsuri
December 4, 2022· Politik
Tarik sokongan dan desak PRU-15 masa banjir, siapa yang meroyan sebenarnya Zahid?
December 4, 2022· Politik
Popular
Shahidan cadang lagu ‘penyamun’ didendang PH kepada UMNO ditukar
December 5, 2022
Habuan calon MIC tarik diri: PH-UMNO mula nak salah guna kuasa
December 5, 2022
Angkat semula kleptokrat, MP PKR malu nak ungkap lagi kata keramat ‘reformasi’
December 5, 2022
Wayang politik: Pakatan PH-UMNO kerajaan atau pembangkang?
December 5, 2022
Lagi Politik terkini
Segerakan juga siasat pemimpin PH main isu sensitiviti umat Islam: Hadi
59 minit lalu · Politik
MP PKR malu, tertipu bila Anwar bersekongkol dengan kleptokrat
3 jam lalu · Politik
Kumpulan berfahaman kiri mudah pengaruhi kerajaan PH-UMNO
4 jam lalu · Politik
Wayang politik: Pakatan PH-UMNO kerajaan atau pembangkang?
5 jam lalu · Politik
Dulu kritik PM jadi Menteri Kewangan, sekarang Rafizi kata boleh pula
6 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Muhyiddin tak takut disiasat, dakwaan RM600 bilion berniat jahat
1 jam lalu
[VIDEO] Ucapan Ustaz Nassuruddin di ceramah PRK Padang Serai
6 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok