UMNO tua tak sokong tapi UMNO muda gembira Onn Hafiz jadi MB

March 16, 2022 · Politik

Penolakan UMNO negeri terhadap pelantikan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Machap, Datuk Onn Hafiz Ghazi sebagai Menteri Besar (MB) Johor, semakin terbuka apabila veteran parti itu menyatakan sokongan kepada Datuk Hasni Mohammad.

Namun, sesetengah pemimpin muda dalam UMNO menolak pandangan golongan veteran dalam parti itu, sebaliknya yakin Onn Hafiz yang baru berusia 43 tahun mampu mencorakkan negeri Johor ke arah yang lebih baik.

Walaupun, Hasni sendiri ‘rela dalam paksa’ melihat jawatan MB terlepas dari tangannya setelah menerajui negeri itu bermula 28 Februari 2020, ‘posterboy’ Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, kekal mendapat sokongan veteran UMNO.

Ini ditegaskan sendiri Tan Sri Shahrir Samad, orang lama yang kekal berjuang bersama UMNO, yang menzahirkan perasaan malu untuk hadir ke Perhimpunan Agung UMNO (PAU) di Kuala Lumpur, bermula hari ini.

“Apabila saya menyatakan saya malu untuk menghadiri Perhimpunan Agong UMNO Malaysia berikutan pengenepian Hasni sebagai Menteri Besar Johor selepas kemenangan besar BN di PRN Johor, saya ditanya mengapa saya macam menyoalkan kuasa Raja untuk menentukan siapa yang dalam pertimbangan Tuanku layak memegang jawatan itu.

“Tan Sri tak berpihak kepada kuasa Raja ke?” Saya jawab: “Dalam soal hubungan antara Parti dengan Raja, saya mempunyai pendirian saya sendiri. Tidak setiap masa, saya menyokong parti dalam soal ini. Dan tidak setiap masa, saya menyokong Raja pula.

“Saya bagi contoh. Masa krisis perlembagaan berikutan Yang DiPertuan Agong tidak berkenan kepada undang-undang yang telah Parlimen luluskan, saya bersama parti,” tegas Shahrir dalam kenyataan hari ini.

Shahrir mengimbas tatkala UMNO berusaha untuk memansuhkan askar Timbalan Setia Johor (JMF), beliau melobi Datuk Ghani Othman untuk meminta ditarik balik rang undang-undang itu dan menyelamatkan warisan negeri Johor.

Namun, berbeza dengan golongan muda di dalam UMNO yang dilihat gembira apabila Onn Hafiz dilantik menjadi MB Johor ke-19.

Ketua Penerangan UMNO yang juga Naib Ketua Pemuda, Shahril Sufian Hamdan, 36 tahun, yakin Onn Hafiz mampu menggalas amanah demi bangsa Johor.

“Sebagai pemimpin muda, tentunya harapan tinggi diletakkan atas bahu beliau untuk meneruskan kegemilangan negeri Johor,” kata Shahril yang turut mengucapkan tahniah kepada MB baharu Johor itu.

Beliau yakin Onn Hafiz akan dapat menggalas amanah ini dan membuktikan bahawa beliau juga mampu menghadapi cabaran yang mendatang dengan gaya tersendiri ke arah matlamat sama, iaitu mengotakan Ikhtiar BN Johor demi kestabilan masa depan.

Berita berkaitan
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024· Isu semasa
Tengku Zafrul letak jawatan bendahari UMNO Selangor, tak sehaluan
April 1, 2024· Politik
DAP Johor bidas tindakan Akmal, boleh jadi benih ekstremisme
April 1, 2024· Politik
Saman fitnah: Rayuan Jamal ditolak, perlu bayar RM300 ribu kepada Kok
March 27, 2024· Isu semasa
Popular
Terdapat ‘kesilapan fakta’ dalam afidavit Zahid, kata Tengku Zafrul
April 18, 2024
Kes Covid-19 tinggi tapi blok pembangkang masih desak buka Parlimen
May 27, 2021
Anak Bung Moktar dilantik bendahari Pemuda UMNO
March 24, 2023
Rafizi balas kecaman Puad, ‘dia saja seorang bising’
March 27, 2024
Lagi Politik terkini
Azmin dakwa rumah terbuka Aidilfitri Bersatu disekat kerajaan Selangor
April 18, 2024 · Politik
Terdapat ‘kesilapan fakta’ dalam afidavit Zahid, kata Tengku Zafrul
April 18, 2024 · Politik
Pengapungan harga petrol dijangka beri tekanan kepada rakyat, kata Bersatu
April 18, 2024 · Politik
Anwar bantah permohonan ujian poligraf dibuat Yusoff Rawther: Laporan
March 30, 2024 · Politik
Rafizi balas kecaman Puad, ‘dia saja seorang bising’
March 27, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok